Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:25 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


RM36 Juta Dibazirkan Untuk Promosi Kerajaan DAP Pulau Pinang? Ingat Duit Bapak Kau Ke @cmlimguaneng

Posted: 16 Jul 2016 06:38 PM PDT


Kerajaan DAP Pulau Pinang telah membelanjakan sejumlah RM35.84 juta wang Rakyat untuk menerbitkan Buletin Mutiara sejak 2010. Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung minggu lalu.

Sejumlah wang yang sebegitu banyak sepatutnya digunakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memperkasa agenda rakyat seperti membina rumah-rumah kos rendah untuk rakyat yang kurang berkemampuan atau digunakan untuk projek-projek yang lebih bermanafaat kepada Rakyat Pulau Pinang.

Sebaliknya, Buletin Mutiara yang sepatutnya menjadi bahan berita untuk menyuarakan hal-hal berkaitan kepentingan rakyat negeri Pulau Pinang telah menjadi buletin menyebarkan propaganda DAP. Hanya sedikit sahaja berita mengenai rakyat Pulau Pinang disiarkan. Tidak wajar kerajaan DAP Pulau Pinang mem­belanjakan wang rakyat yang begitu banyak untuk penerbitan Buletin Mutiara, seolah-olah penerbitan buletin tersebut menggunakan wang bapa Ketua Menteri.

Comments (0)