Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:04 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Betulkah Pengaruh Anwar Ibrahim Masih Sekuat Erdogan?

Posted: 16 Jul 2016 03:45 AM PDT


Pernah ada percubaan ingin menyamakan AKP Turki pimpinan Presiden Erdogan dengan parti PKR pimpinan Anwar Ibrahim. Bila ada percubaan segelintir pegawai tentera mahu merampas kuasa di Turki sejak semalam, ratusan ribu penyokong AKP turun ke jalan raya untuk menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Presiden Erdogan. 

Sedangkan apabila Anwar Ibrahim muncul di Mahkamah Tinggi semalam tidak sampai sepuluh orang yang muncul memberikan sokongan moral.

Adakah ini impaknya apabila Tun Dr Mahathir kembali bersatu bersama-sama dengan Pakatan Harapan? Tiada nampak kelibat dan bayang AMK maupun pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Harapan walaupun sudah diwar-warkan bahawa kes Anwar Ibrahim akan didengar semalam.

Apakah ini suatu mesej dan isyarat bahawa sokongan kepada Anwar Ibrahim oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terutamanya PKR sudah pudar? Adakah ini bertepatan dengan pepatah sudah dapat gading bertuah tanduk sudah tidak berguna lagi?

Comments (0)