Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:08 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Majlis Bandaraya Pulau Pinang Buta Bahasa Malaysia?

Posted: 14 Jul 2016 08:55 PM PDT



Kita faham kalau Ketua Menteri Pulau Pinang buta Bahasa Malaysia sebab beliau Cina DAP. Kita juga faham sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut buta Bahasa Malaysia kerana mereka Kerajaan DAP. Kalau kata EXCO Kerajaan Tempatan tidak faham Bahasa Malaysia kita boleh terima, tapi takkan Datuk Bandar yang berbangsa Melayupun tidak faham Bahasa Malaysia? Sudah tidak dapat dibezakan Pasar Awam dan Pasar Awan? Jangan jadi seperti Nga Kor Ming, 'dibatut ular' dan 'bahtah politik'! Oh bahasaku ...

Kesian Keluarga Bang Non, Habis Madu Sepah Dibuang

Posted: 14 Jul 2016 06:27 PM PDT


Ini adalah gambar mesyuarat yang diadakan semalam sebelum Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir membuat Sidang Media dengan mengumumkan untuk menubuhkan satu pakatan baharu dianggotai parti politik pembangkang terdiri daripada PKR, PAN, DAP dan satu parti baru yang akan ditubuhkan.

Puas CTS membelek-belek dengan membesarkan gambar ni. Namun masih gagal untuk menemui dua wajah anak beranak bertudung hadir sama. Kedua-duanya adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang dan Presiden PKR dan juga anaknya Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR. 

Ini kita kena akui betapa hebatnya Tun Dr Mahathir membuat 'sailang' ke atas Pakatan Harapan. Musuh utama beliau satu masa dulu, Anwar Ibrahim dapat ditenggelamkannya begitu sahaja. Kesian keluarga Anwar Ibrahim. 

Politik sekarang bukan lagi bergantung kepada kejujuran dan kebenaran. Sekarang Politik bergantung pada berapa banyak dedak yang anda mampu tabur dan suapkan kemulut si pemakan dedak. Noktah!

Comments (0)