Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:49 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Tun Dr Mahathir Mahu Tubuh Pakatan Pembangkang Baru, Soalnya Siapa Jadi Ketua?

Posted: 14 Jul 2016 05:23 AM PDT

Dalam usia melewati 90an, Tun Dr Mahathir masih memilih mengejar dunia dari menghabiskan sisa usia tua sehari dua lagi bermain dengan cucu dan beramal ibadah. Hari ini, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan satu pakatan baharu dianggotai parti politik pembangkang terdiri daripada PKR, PAN, DAP dan satu parti baru yang akan ditubuhkan.

Pakatan ini kononnya akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menewaskan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pakatan itu yang masih belum mempunyai nama khusus akan bergerak sebagai badan tertinggi untuk menyusun usaha dari sekarang sehingga PRU-14. 

Bijak Tun Dr Mahathir membuat sabotaj ke atas Pakatan Harapan dengan pengumuman ini. Adakah sekali lagi Tun Dr Mahathir menggunakan kuasa diktatornya membuat pengumuman ini tanpa berbincang dengan Pakatan Harapan? Tidak pernah terdengar sebelum ini Pakatan Harapan berbincang untuk membubarkan pakatan yang baru ditubuhkan ini.

Kenapakah perlu Tun Dr Mahathir membuat Pakatan baharu sedangkan beliau dan parti baharu yang hendak ditubuhnya hanya perlu menyertai Pakatan Harapan? Ini disebabkan beliau gila kuasa dan terdesak untuk menjadi Ketua sekali lagi. Mungkin tidak cukup 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Apakah Dr Wan Azizah sanggup melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang untuk diserahkan kepada Tun Dr Mahathir atau sekurang-kurangnya DS Mukhriz Mahathir?

Nasib PAS seperti biasa seperti melukut di tepi gantang walaupun Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man yang diibaratkan mempelam harum manis, di luar hijau, di dalam oren, merintih meminta gencatan senjata daripada Pakatan Harapan.

Mahfuz 'Harum Manis' Omar pun ada sama. Agaknya beliau wakil parti mana? PAS atau PAN? Atau beliau sudah sertai DAP? Carca merba betul pakatan ni. Apa kata kita namakan sebagai gabungan ini sebagai PAKATUN.

Bukan 9 Tetapi Hanya 8 Kenderaan Yang Dimiliki Oleh Zuraida Kamaruddin

Posted: 13 Jul 2016 08:00 PM PDT


Setelah sekian lama menyepi, semalam Ahli Parlimen Ampang telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah 9 kenderaan yang didakwa dimilikinya adalah fitnah dan berniat jahat. Jumlah sebenar adalah 8 sahaja. Tak baik betul sesiapa yang buat fitnah tu kan? Bukan 9 tapi 8 sahaja!

Zuraida Kamaruddin ketika dipetik oleh Malaysiakini, baca di sini berkata beliau hanya memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah nama beliau. Beliau juga bukan pemilik bermanfaat. Ini bukan kenderaan mewah. Kebanyakannya model Jepun dan termasuk van serta trak pikap.

CTS tidak pasti sejak bila kenderan-kenderaan seperti Toyota Vellfire (BAT1111), Mercedes Benz C200 (WTY575), VOLVO XC90 2.5 (WRL575) dan Toyota Fortuner 2.5G (W2956U) bukan merupakan klasifikasi kenderaan mewah kerana harga kenderaan-kenderaan tersebut adalah sekitar RM150k ke RM350k. Mungkin harga itu murah bagi Ahli Parlimen Ampang kot?

Ladies & Gentlemen, A** Hole Of The Month - DAP's Hew Kuan Yau

Posted: 13 Jul 2016 06:17 PM PDT


This man regards himself as the Superman of the DAP, wearing his trademark Superman t-shirt at every ceramah but we think he should be wearing a Super F t-shirt instead because he loves to spew profanity, uses vulgarities, especially in Cantonese, in front of women and children. He even once made a remark, screw the Malay.

Hew Kuan Yau is the political education director and DAPSY organising secretary. He is said to have a doctorate in Chinese history from Hong Kong but his attitude is certainly not reflective of his education status, if true.

Yesterday, he made a blatant claim after an international tribunal in The Hague rejects Beijing's claims in South China Sea, including its construction of artificial islands, and found that its expansive claim to sovereignty over the waters had no legal basis.

Hew in the social media Facebook wrote that "South China Sea is China. Don't oppose Chine just because you are anti-communist". Well, looking at the Hew's logic perspective, I guess the Indian Ocean is India and Straits of Malacca belongs to Malacca. This guy is trying to outdo his predecessors in term of heroic imbecility.  

If we follow idiots like him then the English Channel belongs to the English. India can claim everything from African Coast to Australia. Screw you stupid Hew!


Do you know that once he claimed to represent Malaysia during the Umbrella Revolution in Hong Kong?


Even the Singaporean Ambassador did not agree with this DAP's screw man. 

Comments (0)