Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:22 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Kes @cmlimguaneng Merupakan Satu Pemangsaan Politik? Hebat Betul DS @NajibRazak

Posted: 12 Jul 2016 09:13 PM PDT


Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan berhubung kes penjualan rumahnya yang kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM. Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah, dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mewakili  Pakatan Harapan menyatakan bahawa kes dakwaan terhadap Guan Eng itu hanyalah satu pemangsaan politik yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak. Sumber - Roketkini.
Benarkah dakwaan Majlis Presiden Pakatan (Tak Ada) Harapan bahawa kes Ketyua Menteri Pulau Pinang merupakan satu pemangsaan politik (politic prosecution)? Kalau benar, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak adalah merupakan seorang yang paling hebat di Malaysia untuk menjatuhkan lawan politiknya. Ini kerana DS Najib Tun Razak mampu untuk:
  • Memaksa Phang Li Khoon untuk menjalankan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  • Memaksa Phang Li Khoon untuk menjadi rakan kongsi syarikat dengan isteri Ketua Menteri, Betty Chew.
  • Memaksa Lim Guan Eng untuk membeli banglo tanpa kolam renang yang berharga jutaan ringgit di bawah harga pasaran.
  • Memaksa Lim Guan Eng untuk menerima dan menikmati kelebihan hartanah bernilai berjuta-juta ringgit hasil daripada pembelian banglo tanpa kolam renang di bawah harga pasaran.
  • Memaksa Phang Li Khoon untuk membuat permohonan pertukaran syarat tanah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  • Memaksa Lim Guan Eng untuk meluluskan syarat pertukaran tanah yang dipohon oleh syarikat Phang Li Khoon daripada Kerajaan Negeri.
Dahsyatkan peranan yang dimainkan oleh DS Najib Tun Razak untuk memangsakan politik Lim Guan Eng?

Comments (0)