Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:13 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Kenapa Lawyers Of Liberty Takut Sangat Peguam Negara Tangani Kes @cmlimguaneng ? #NoSwimmingPool

Posted: 11 Jul 2016 04:21 AM PDT

"Sebagai bekas hakim mahkamah tertinggi, kemunculannya sebagai pendakwa dalam kes ini boleh menjejaskan prosiding kerana hakim Mahkamah Tinggi mungkin merasa dipaksa untuk tunduk kepada beliau kerana beliau mempunyai kekananan dan pengalaman yang lebih semasa berkhidmat dalam badan kehakiman."
Itulah alasan yang diberikan oleh NGO pro-pembangkang Lawyers Of Liberty apabila mereka berkehendakkan supaya Peguam Negara, TS Mohamed Apandi Ali tidak campur tangan di dalam dua kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng.

Agak dangkal apabila persoalan ini ditimbulkan oleh barisan kumpulan peguam sendiri. Apakah mereka terlupa atau tidak pernah mengikuti kes-kes berprofil tinggi?  Sudah menjadi lumrah di dalam kes berprofil tinggi, pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri.

Di dalam kes Anwar Ibrahim pada tahun 1998, pendakwaan dilakukan oleh TS Mokhtar Abdullah, Peguam Negara pada ketika itu. Dalam kes DS Dr Khir Toyo pula, pendakwaan juga dilakukan oleh Peguam Negara sendiri, TS Abdul Gani Patail.

Tidak lama sebelum itu, di dalam kes Mantan Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, iaitu pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, juga pendakwanya adalah Peguam Negara sendiri iaitu TS Abu Talib Osman. 

Apabila bekas Hakim Mahkamah Persekutuan DS Ram Gopal mengepalai pasukan peguambela kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan tidak pula kedengaran ketika itu NGO Lawyers For Liberty membantah atas alasan tidak wajar dan boleh memberi kesan kerana mempunyai kekananan dan pengalaman yang lebih semasa berkhidmat dalam bidang kehakiman.

Mengapa bila tiba giliran Lim Guan Eng, peguam-peguam ini membantah kemuculan Peguam Negara dengan alasan yang sama? Tak kan kes Lim Guan Eng, Jabatan Peguam Negara hendak meminta Mat Sabu pulak yang membuat pendakwaan?

SPAD Akan Mengambil Tindakan Tegas Terhadap Pengusaha Bas Yang Melanggar Peraturan Keselamatan

Posted: 11 Jul 2016 03:30 AM PDT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap pengendali bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora pada jam 2.45 petang semalam. Menurut  Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, menerusi Kenyataan Media yang dikeluarkan sebentar tadi, tindakan ini termasuk penggantungan dan pembatalan lesen pengendali.

Dalam kejadian petang semalam, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju Kuala Lumpur dipercayai mengalami masalah brek. Bas itu bergerak laju ketika menuruni bukit menyebabkan pelanggaran berlaku membabitkan 10 kenderaan lain. Semua 28 penumpang bas selamat, pemandu dan penumpang kenderaan lain juga selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang mengalami kesakitan di bahagian perut.

Bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan lain di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini semalam mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas berkenaan yang berumur 51 tahun pula memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak 2011 hingga 2015.

Kita mengharapkan pihak-pihak berkuasa seperti Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak SPAD sendiri dapat lebih proaktif dalam mengambil tindakan preventif bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang. Tindakan seperti menyekat pembaharuan cukai jalan atau menggantung permit bas berkenaan kerana mempunyai saman trafik tertunggak dilihat dapat memastikan pemandu dan syarikat bas yang bermasalah tidak dibenarkan beroperasi di jalanraya.




Syarikat Bas Dalam Insiden Kemalangan Merempuh 10 Kenderaan Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Posted: 11 Jul 2016 03:00 AM PDT


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat yang bas terbabit kemalangan membabitkan 10 kenderaan lain di Kilometer (KM) 265.8 Lebuh raya Utara Selatan berhampiran terowong Menora di Ipoh petang semalam, bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Ini kerana syarikat tersebut membenarkan pemandu kenderaan itu bertugas walaupun dipercayai mempunyai 9 saman tertunggak.

DS Liow berkata pihaknya akan meneliti kes dan mengambil tindakan selanjutnya, sekiranya terbukti syarikat itu melanggar sebarang peruntukan undang-undang. Kementerian katanya akan melihat kepada peraturan sedia ada jika dibenarkan undang-undang. boleh mengambil tindakan kepada syarikat berkenaan. 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dua cedera selepas bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya. Bagaimanapun, semua 28 penumpang bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden kemalangan itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook di mana rakaman kamera litar tertutup Lebuh raya Plus berhubung kejadian itu turut dikongsi pengguna. Dalam klip video berdurasi selama 13 saat itu (tonton di bawah), bas ekspres berkenaan kelihatan dipandu laju dan gagal dikawal sebelum ia merempuh beberapa buah kenderaan di hadapan dan sisi kanannya.

Menurut DS Liow, walaupun pelbagai program keselamatan jalan raya dilaksanakan oleh kerajaan, bilangan kematian masih lagi meningkat. Katanya, ini menunjukkan tahap kesedaran rakyat masih belum meningkat meskipun pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Menurut beliau lagi, tahun lalu seramai 330 orang meninggal dunia disebabkan kemalangan manakala tahun ini kemungkinan akan  meningkat tetapi neliau masih belum mendapat data terbaharu untuk membuat perbandingan kerana Ops Selamat berakhir Rabu ini. Tambahnya, Kerajaan juga telah  mengehadkan tahap kelajuan dalam semua lebuh raya daripada  110kilometer (KM) per jam kepada 100KM, tetapi kemalangan masih berlaku.

DS Liow berkata, sekiranya masih tidak kesedaran, kerajaan terpaksa melaksanakan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bersama Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan. Sistem ini Kerajaan terpaksa guna pakai dengan harapan potongan mata demerit menerusi pemotongan mata lesen pemandu mampu mengubah cara pemanduan pengguna di jalan raya.




Comments (0)