Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:26 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Sultan Selangor Dukacita Masjid Dicemari Aktiviti Politik

Posted: 30 Jun 2016 11:30 PM PDT


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita terhadap sikap sesetengah Nazir Masjid di negeri ini yang membenarkan masjid digunakan untuk tujuan berpolitik. Baginda bertitah terdapat ahli politik yang menggunakan masjid di Selangor untuk menjalankan aktiviti politik mereka. Baginda bertitah:
"Apa yang lebih mendukacitakan lagi ialah ahli politik yang terlibat bukannya beragama Islam. Ini secara terang-terangan telah menyalahgunakan institusi masjid untuk faedah ahli politik berkenaan. Jika perlu, perkhidmatan nazir yang terlibat hendaklah ditamatkan dan ditukar kepada orang lain."
Sultan Sharafuddin bertitah demikian semasa merasmikan Masjid Kampung Johan Setia. Baginda turut berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 295 asnaf, fakir dan miskin serta 148 mualaf.

Sultan bertitah baginda memandang serius perkara itu dan menitahkan supaya pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneliti, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Daulat Tuanku.

CTS pernah membuat posting bila mana Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan pemberian sumbangan hari raya yang diadakan di masjid berkenaan. baca di sini.

Derma RM1 Juta Apa Lagi Yang @cmlimguaneng Minta Dari Rakyat? #LGExit

Posted: 30 Jun 2016 07:16 PM PDT


DAP semalam telah melancarkan tabung mengutip derma untuk wang jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng, yang didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas dua tuduhan rasuah. Wang RM10 diminta dari Rakyat untuk membantu pemimpin parti cauvinisme yang terpalit dengan kesalahan jenayah membayar wang jaminan RM1 juta yang dikenakan oleh Mahkamah.

Apa yang dilakukan oleh DAP amat menjijikkan. Di saat Rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang meningkat, DAP menggunakan isu Lim Guan Eng sebagai cara untuk menambah dana parti mereka. Untuk maklumat, wang jaminan RM1 juta berkenaan telahpun dibayar kepada pihak Mahkamah oleh EXCO Kebajikan Pulau Pinang, Phee Boon Poh, yang juga penjamin dalam kes berkenaan.

Buat makluman, wang jaminan akan dikembalikan setelah kes selesai dibicarakan dan sekiranya Lim Guan Eng tidak melarikan diri dari hadir bicara kes rasuah beliau. Phee Boon Poh dan DAP akan mendapat kembali kesemua wang RM1 juta berkenaan. Lagipun jaminan berkenaan hanya dalam bentuk Jaminan Bank sahaja atau "Bank Guarantee". Bukan dalam bentuk tunaipun. Duit RM1 juta tersebut masih ada di dalam bank, Tak hilang pun dan tak masuk ke dalam akuan kerajaan pun.

Buat apa perlu derma sekiranya Jaminan Bank telah diberikan kepada Mahkamah? Jaminan Bank tersebut akan dikembalikan seletah perbicaraan selesai. Bagaimana dengan wang derma yang dikutip daripada orang ramai? Sudah pastinya akan masuk ke dalam kantung parti cauvinisme DAP bukan?

Oh lupa, bagaimana pula dengan tabung derma yang DAP lancarkan ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) baru-baru ini? Berapa wang yang telah dikutip? Pernahkan mereka telus dan memberikan penyata kira-kira berpa wang yang dikutip dan kemana wang berkenaan dibelanjakan?

Lim Guan Eng semalam dengan megah mengatakan beliau lebih rela mati berdiri dari hidup melutut. CTS tanya yang melutut minta derma dari orang ramai kenapa? Buat pengetahuan Lim Guan Eng, penjenayah terkenal Botak Chin pun tidak pernah melutut. Beliau mati bergantungan di tali gantung.


Comments (0)