Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 8:41 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Gencatan senjata - MB Kelantan dah mula risau PAS tumbang PRU14

Posted: 14 Jul 2016 06:00 PM PDT

Cuma masalahnya, aku tak yakin TMB Kelantan akan sokong sepenuh hati kenyataan MB Kelantan ni. pasainya kalau PAS perlu "kerjasama sesama pembangkang" maknanya Ust Nik Amar terpaksa kerjasama dengan Hj Husam Musa.

Harakahdaily dalam berita bertajuk "Persefahaman elak tembung tiga penjuru" melaporkan:
PAS mempertahankan prinsip bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan memberi kebaikan kepada rakyat.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, parti itu hanya tidak terlibat dengan kerjasama yang boleh mengundang kepada dosa.

"Pimpinan tertinggi tentunya sudah memperhalusi cadangan untuk bekerjasama memandangkan Lajnah Politik bermesyuarat setiap minggu," katanya sebagai reaksi terhadap usaha PAS mengurangkan pertelagahan sesama pembangkang. - Hrkh.
Artikel penuh »

Gencatan senjata Ust Tuan Ibrahim - Komen bangang Cikgu Mustafa Ali

Posted: 14 Jul 2016 06:30 AM PDT

Nak gelak pun ada bila aku baca komen bangang veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Cikgu Pa ni pasai saranan gencatan senjata Ust Tuan Ibrahim tu. Iya-iya dia kata jangan salah tafsir padahal dia punya tafsir langsung merapu ke laut.

Harakahdaily dalam berita bertajuk "Jangan salah tafsir kenyataan Tuan Ibrahim" melaporkan :
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali menegaskan jangan ada mana-mana pihak menyalah tafsir kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tentang kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang.

Beliau berkata, kerjasama politik boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan tidak semestinya kerjasama itu berlaku apabila PAS menyertai Pakatan Harapan.

"PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul," katanya kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Artikel penuh »

Comments (0)