Followers

Nuffnang

.

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:58 PG | Posted in

sumber :-

.


Pujian dan sanjungan Annuar kepada Tengku Razaleigh lewat 30 tahun

Posted: 17 Jul 2016 06:11 AM PDT

ULASAN

Annuar Musa sekonyang-konyang memuji cara Tengku Razaleigh Hamzah berpolitik dengan menganggap ahli parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang memberi hasil kerja terbaik dan berhemah tinggi yang perlu diteladani.



Tengku Razaleigh berucap pada majlis perjumpaan raya.
Kenyataan indah itu semuanya dibuat bertitik tolak daripada kenyataan Tengku Razaleigh yang berhasrat untuk tidak mengegakalkan kerusi parlimen Gua Musang dalam Peraum (pilihan raya umum) akan datang.

Lanjutan itu Ketua Penerangan Umno itu memuji Tengku Razaleigh sebagai seorang negarawan yang perlu dihormati dan diteladani. 


Pemerhati politik, termasuk juga lembu dan kerbau di Kelantan yang faham dan arif politik, tahu ke mana hujung jatuh dan maksud pujian dan sanjungan Annuar kepada Anak Raja Kelantan itu.

Pujian itu mempunyai serampang dua mata, satu segi menyatakan sanjungan kepada Tengku Razaleigh dan dalam masa sama mahu melastik Dr Mahathir Mohamad dengan harapan bapak Mukhriz itu tidak terus menganggu gugat kekuasaan Naji Razak yang kini menjadi pokok berhantu buatnya.

Annuar membandingkan kerja politik Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir kerana ingin gambarkan Dr Mahathir buruk perangai politiknya. Katanya, Tengku Razaleigh walaupun tidak berada dalam barisan kepimpinan parti, pernah tubuh parti Semangat 46, tetapi beliau tetap bersama Umno dan sedia bubar S46.

Apa yang hendak digambarkan Annuar ialah sikap Dr Mahathir hari ini yang hendak tubuh parti bagi menentang Najib Razak. Di sebalik itu dia mengharap nilai pemujaannya kepada Najib juga bertambah.

Hurai Annuar lagi tentang kebaikan Tengku Razaliegh, Tengku tidak menggunakan populartinya untuk berbuat kacau, tepatnya menganggu dan menyusahkan pentadbiran Najib. Walaupun Annuar tidak menyebut secara langsung dan jelas, tetapi maksud dan marfum (konotasi) itu dihalakan kepada Dr Mahathir yang kini sedang menggerakkan aktivitinya menjatuhkan Najib.

Dalam konteks politik tanggapan Annuar itu dianggap bijak, namun di segi agama ianya munafik. Kenapa kini dia baharu membuat penilaian adil dan bijak demikian antara Tengku Razaleigh dengan Dr Mahathir. Kenapa penilaian dan keistimewaan Tengku Razaleigh itu baharu nampak hari ini tetapi tidak dahulu?

Ertinya mata politik Annuar rabun ketika itu sampai tidak mengenali dan membezakan antara intan dan kaca, di antara kedua sosok itu. Dahulu dia hentam Tengku Razaleigh sampai menyulur" dan menyanjungi Dr Mahathir hingga ke langit biru dan hijau.

Orang masih ingat sejarah politik, semasa Tengku Razaleigh berlawan dengan Dr Mahathir merebut jawatan presiden Umno tahun 1987, di mana Annuar waktu itu. Apa yang Annuar ucapkan dalam Dewan Merdeka kerana mempertahankan Dr Mahathir yang sedang diasak Tengku Razaleigh. Bukankah orang yang mencuplikan kisah klasik pembunuh Julius Casear oleh Marcus Junius Brutus ialah orang bernama Annuar bin Musa al Maraki?

Semua orang faham bila Annuar mencungkil kisah itu. Apa lagi apabila dia sendiri melafazkan bahawa dia bukan tidak sayangkan Tengku Razaleigh, (dalam menyokong Dr Mahathir) tetapi dia lebih menyayangi Umno.  Madah itulah juga dilafazkan oleh Brutus setelah dia membunuh Caeser; bukan dia tidak sayangkan Ceaser sahabatnya tetapi dia (Brutus) lebih sayangkan Rom.

Pun begitu tidak salah Annuar sanjung dan menghargai cara Tengku Razaleigh berpolitik. Tetapi ianya tidak memberi apa-apa makna lagi kerana pujian dan sanjungan atau dalam kata lain memahami hatibudi Tengku sudah terlewat 30 tahun.

Sekiranya Annuar memuji Tengku Razaliegh 30 tahun lalu mungkin keadaan berbeza. Mungkin Tengku Razaleigh sudah jadi PM, yang sudah tentu dengan apa diperjuangkan Tengku, idealismenya, Umno sendiri tidak terjadi seperti hari ini. Umno tidak diharamkan tahun 1987 atas restui Dr Mahathir kerana motif pengharamkan itu mengukuhkan kedudukannya.

Sayang Annuar baharu menyedarinya hari ini. Bagaimana pun Annuar boleh menebus dosa politik itu, kalau dia ikhlas dalam menyangjungi Tengku Razaleigh. Apa yang beliau harus lakukan, dia sendiri kena berundur secara terhormat daripada arena politik sebagai menunjukkan dia juga ada integriti seprerti Tengku Razaleigh. Usahlah bermimpi untuk menjadi jemaah menteri lagi.

Padanlah dia menjadi Ketua Umno Bahagian Ketereh. Serahlah jawatan itu kepada mereka yang lebih muda dan lebih berintegriti. Tidak ada guna kita bermada memuji orang lain, mengajar orang lain agar berbuat baik, tetapi kita sendiri liat untuk melakukannya. Inilah orang kata mulut cakap lain, hati pula metasdik hal lain. Keluarlah dari munafik politik. [wm.kl.8:15 pm 17/07/16]

Comments (0)