Followers

Nuffnang

ANGIN PERUBAHAN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:07 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN

Tun Mahathir Sanggup Minta Campur Tangan Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan

Posted: 24 Jul 2016 10:35 PM PDT

"Kekacauan yang berlaku ini bagi peluang pada negara asing untuk masuk ke sini" kata Tun Mahathir dalam satu sidang akhbar pada tahun 2012 membidas himpunan Bersih yang dianjurkan oleh Ambiga. 

Itu dulu, sekarang sudah jadi lain. Tun Mahathir sendiri telah bercakap pada akhbar Australia, The Weekend Australia pada 9 April 2016 seperti berikut :

"Kebiasaanya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya. Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan asing dalam urusan domestik kita" kata Tun Mahathir (rujuk sini

Apakah apa yang difailkan oleh Department Of Justice pada 21 Julai 2016 juga ada kaitan dengan seruan Mahathir untuk minta campur tangan asing? Siapa sumber DOJ ambil untuk failkan siasatan tersebut?. Harus diingat, apa yang DOJ sebut itu masih lagi dalam keraguan, masih lagi belum dibuktikan dan masih lagi dalam siasatan. 

Ianya berbeza sama sekali dengan kes banglo Guan Eng yang mana SPRM sudah pun mendakwa dan membebaskan Guan Eng dengan ikat jamin. Mengapa Tun Mahathir diam dalam isu Ketua Menteri DAP ini?

"Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.
"Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu," katanya kepada The Weekend Australian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-minta-campur-tangan-asing-1.231207#sthash.QmJ0gS60.dpuf

Tun Mahathir wajib malu dengan PAS dalam soal campur tangan asing. PAS konsisten tolak campur tangan asing. PAS masih percaya hanya sistem demokrasi sebagai satu cara untuk peralihan kerajaan bukan menerusi campur tangan asing. 

Selama 22 tahun, Tun Mahathir mengajar agar rakyat tolak campur tangan asing dan tolak demo jalanan, tetapi kini Tun Mahathir lupa apa yang dipesannya itu. 

Institusi kerajaan, kelangsungan perjuangan parti dan sistem yang sedia ada perlu diteruskan demi kemakmuran rakyat dan negara. Tidak boleh menjadikan sentimen peribadi Tun Mahathir untuk menghalalkan semuanya. 

Orang Melayu kena bersatu mempertahankan kerajaan yang sedia ada, yang sah dipilih menerusi undang undang negara. 

Comments (0)