Followers

Nuffnang

ANGIN PERUBAHAN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:29 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Penjelasan Peguam Negara Berkaitan Dakwaan DOJ

Posted: 21 Jul 2016 08:36 PM PDT


Rakyat Malaysia cepat sangat menjadi pakar. Bila musim bola, jadi pakar bola. Bila kapal terbang hilang, semua jadi pakar kapal terbang. Bila musim hujan, semua jadi pakar cuaca. Pantang ada kes, semuanya hendak diulas dan diolah dalam Facebook dan Whatsapp. Ada kalanya pengulas  ijazahnya berlainan bidang dengan subjek yang diulasnya. 

Biarlah yang pakar dan memahami mengulas sesuatu isu. Masyarakat boleh jadi tunggang terbalik kalau semua orang jadi pakar mengulas. Hanya sedap di bibir tetapi hakikatnya belum tentu betul. Dalam kes dakwaan oleh Department Of Justice ini, rakyat Malaysia perlulah mendengar penjelasan daripada yang pakar. Peguam Negara telah berikan kenyataan. 

Usah jadi macam ramalan MOF hendak bankrup pada 11 Julai 2016 yang lepas. Akhirnya, cerita pendakwaan di LCIA itu juga pun satu cerita tidak tepat. Oleh itu, jangan cepat melatah. Mainkanlah peranan sebagai rakyat Malaysia. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk kebaikan rakyat Malaysia secara bersama daripada bergosip dalam bidang yang bukan kepakaran kita.

"Snap Poll" Hanya Gimik Tutup Isu Guan Eng

Posted: 20 Jul 2016 03:00 AM PDT


Sebenarnya Pakatan Harapan yang dikatakan satu pakatan itu bukanlah pakatan. Mereka tiada kata sepakat. 19 Julai 2016, Lim Guan Eng tidak hadir untuk memberi taklimat dalam mesyuarat Biro Politik PKR. 

Sedangkan menurut Laporan The Star pada 19 Julai 2016, Lim Guan Eng akan hadir untuk memberi penerangan kepada rakan sekutunya PKR dalam mesyuarat tersebut. Bila tidak hadir, ianya menampakkan DAP dan PKR sudah lagi tidak berpakat. 

Jika ada pilihan raya sekali pun, mereka akan bergaduh awal mengenai pembahagian kerusi dan kawasan. Siapa yang hendak bertanding dan parti mana hendak bertanding? Itu belum ambil kira lagi soal PAN dan PAS. 

Itu belum lagi diambil kira wakil parti pembangkang baharu pimpinan Mahathir, apakah mereka tidak mahu bertanding di Penang?

Sudah dua penggal rakyat Pulau Pinang kerugian di bawah kerajaan DAP. Tidak mendapat apa yang diharap dan dijanji dalam manifesto. Rakyat Pulau Pinang yang perlu lakukan perubahan. 

Usah terpedaya dengan taktik "diversion issue" rasuah Guan Eng ini. "Snap Poll hanyalah gimik politik sahaja.  Semuanya untuk menutup dan meredakan cerita kes rasuah Guan Eng.

Bloomberg Iktiraf Guan Eng Didakwa Kes Rasuah

Posted: 19 Jul 2016 07:00 PM PDT


Pada 20 Julai 2016, akhbar Bloomberg telah menulis ayat "Lim Guan Eng was charged last month with graft and abuse of power over property deals". 

Ini bermakna Bloomberg sendiri percaya Guan Eng terlibat dalam kes rasuah dan bukannya kes bermotifkan politik sebagaimana yang cuba didendangkan oleh DAP. 

Kalau berita Bloomberg ini tidak benar, mengapa tidak saman sahaja akhbar tersebut? Bloomberg jelas jelas sebut nama Guan Eng sebagai pesalah yang telah didakwa. 
 
DAP masih lagi tidak mahu menerima kenyataan ini. Orang Pulau Pinang sendiri perlu bertindak menentukan nasib mereka bukan lagi menentukan kesinambungan legasi Guan Eng di Penang. 

Apa yang Guan Eng dan Kit Siang mahu adalah legasi mereka dijamin menerusi "snap poll" sebelum Guan Eng didakwa. Apakah itu sesuatu yang demokratik dan adil buat rakyat Pulau Pinang? 

Kerana kes rasuah seorang, seluruh negeri terpaksa berbelanja besar untuk pilihanraya kecil. Lebih baik wang itu digunakan untuk membina lebih banyak rumah rakyat di Penang.

 

Comments (0)