Followers

Nuffnang

anakbukitgantang says

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:00 PG | Posted in

sumber :-

anakbukitgantang says


Orang mati tidak boleh berbicara

Posted: 30 Jun 2016 07:59 PM PDT

Saya imbas kembali nahas helikopter Agusta A 109E, dengan nombor pendaftaran 9M-DRB yang membunuh Tan Sri Yahya Ahmad pada  8 Mac 1997

Tan Sri Yahaya diberitakan membawa 2 bag berisi dokumen penting semasa nahas. Dari laporan polis , di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya. Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas. 

Mungkin anda rasakan ia tak pelek kan? 

Namun laporan inques mengatakan mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Malam sebelum nahas udara tersebut, Tan Sri Yahaya menghadiri Majlis makan malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

Tan Sri Yahaya juga pengerusi Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia juga diberi tender award untuk Transportation Lembah Klang. 
 
Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.


Hari ini setelah berbelas tahun kejadian helikopter terhempas, dan pelancaran LRT bersepadu di Lembah Klang  yang mana kajian blueprint transportation bersepadu di Lembah Klang  dah dibuat lebih 15 tahun dulu, saya terpanggil bertanya apa ada dalam 2 bag dokumennya . 

Apakah jika 2 bag dokumen tersebut dijumpai selamat maka masalah trasportation di Lembah Klang akan lebih baik? Jika benar helikopter tersebut disabotaj, siapa pula yang merasa Tan Sri Yahaya sebagai saingan hebatnya sehingga berlaku nahas udara yang mengerikan tersebut. Siapakah bekas pelajar MCKK yang terasa sangat tersaing dengan Allahyarham Tan Sri Yahaya?

Rujukan- sini sini dan sini



Comments (0)