Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:09 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Muhyiddin Sedih Difitnah JMM Dan TV3..

Posted: 04 Jul 2016 03:00 AM PDT


Program "Nothing to Hide 2.0" oleh NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan disiarkan di TV3 semalam, diselar sekeras-kerasnya hari ini oleh bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkannya sebagai satu pembohongan dan fitnah.

Muhyiddin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan siaran program pada penghujung bulan suci Ramadan apabila umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan mereka.

"Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau. 



"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM.

"Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.

"Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka semua," katanya di Facebook.

Menurut timbalan perdana menteri yang dilucutkan jawatannya pada Julai tahun lalu, apabila mendapat tahu JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian di media.

Katanya, beliau juga meminta pegawainya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan pembabitannya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawabnya.

"Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.

"Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.



"Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut," katanya lapor MalaysiaKini

Shafie Apdal Umum Keluar UMNO

Posted: 04 Jul 2016 12:54 AM PDT


Naib Presiden UMNO yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan keluar parti, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna mengumumkan demikian pada program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, sebentar tadi.

Ini kali pertama beliau kembali ke Semporna sejak digantung keahlian UMNO selepas pulang daripada menunaikan ibadat umrah.

Hujung bulan lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

MT juga sebulat suara memutuskan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti kerana melanggar disiplin.

Pada 27 Jun lalu, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie.

Bagaimanapun, Ketua Puteri UMNO Semporna, Zakiah Kalipunya menafikan beliau keluar parti, sebaliknya menyatakan akan terus setia bersama UMNO lapor Berita Harian



Padan Muka Guan Eng, Khir Toyo Kata?

Posted: 03 Jul 2016 09:40 PM PDT


Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mengatakan "padan muka" kepada Lim Guan Eng yang sedang menghadapi pertuduhan kes hampir sama dihadapi beliau dimana dikatakan membeli aset kurang daripada nilai sebenar.

Dr Khir berkata tidak dapat menolak perbandingan yang dibuat orang ramai berhubung kes rasuah dihadapi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tapi beliau mahu menjelaskan beberapa fakta yang cuba diputar-belit oleh pembangkang.

Guan Eng membuat kenyataan, 'Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang (Phang Li Koon) tidak rugi RM 5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM 300 ribu daripada harga asal RM 2.5 juta. Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.'




"Jawapan saya, 'tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki, Guan Eng meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF (Layak Menduduki) dengan harga RM 3.5 juta.'

"Harga ini mengikut penilaian penilai hartanah yang berwibawa dan bank antarabangsa. Harga asal RM 6.5 juta merupakan sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot (fully furnished). Ia sudah merupakan dua entiti yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau juga membangkitkan keputusan mahkamah yang dibuat ke atasnya juga tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan Selangor pimpinannya ketika menjadi menteri besar.

"Saya suka mengingatkan Guan Eng, keputusan Mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari kerajaan negeri Selangor pimpinan saya.

"Malah permohonan syarikat Shamsudin yang disokong oleh saya juga ditolak oleh PNSB (Permodalan Nasional Sdn Bhd)," katanya.

Mmenurut Khir, keputusan bersalah yang dijatuhkan terhadapnya bukan kerana mengambil rasuah sebaliknya kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam ketika itu.

"Saya bersalah kerana dalam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan bukanlah kerana mengambil rasuah, tetapi kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan balasan tidak mencukupi (lebih murah dari nilai sebenar) dari seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan saya.

"Dalam kes saya, Mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi Pendakwa, Shamsuddin Haryoni, memberitahu Mahkamah beliau tidak setuju dengan harga RM 3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas," katanya.

Khir juga mahu Guan Eng berhenti daripada berterusan membuat perbandingan dengan kes pertuduhan dihadapiya kerana ia adalah sama sekali berbeza dengan situasinya.

"Justeru, saya nasihatkan Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya.

"Malah kes saya tidak sama dengan beliau kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan sikap DAP yang meraikan kemenangan apabila beliau disumbat ke dalam penjara tetapi kini situasi sama dihadapi mereka.

"Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, 'Padan Muka'," ujarnya lapor The Malaysian Mirror



Comments (0)