Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:36 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Politikus, Hakim Ingatlah Akhirat...

Posted: 30 Jul 2016 05:30 AM PDT


Tahun lalu memperlihatkan pelbagai peristiwa dramatik dilalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggakan pada suatu ketika kakitangannya mengadakan solat hajat.

Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.

Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.

"Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.

"Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.

"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.

Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.

Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.

Dipindah ke JPM

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.

Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.

Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.

Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.

Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

"Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.

Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.

Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.

Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.

"Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

"Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah," katanya.

Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu ~ Malaysiakini

Dakwaan Konspirasi: Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Bukan Pendirian Pemuda UMNO?

Posted: 30 Jul 2016 03:00 AM PDT


Kesiannya kat dia.. dahlah kena kutuk berbagai lapisan masyarakat kerana buat laporan Polis kononnya 3 Tan Sri tu terlibat dengan konspirasi untuk jatuhkan Najib.. semalam Najib, hari ni pulak Ketuanya sendiri yang tinggalkan dia keseorangan..

Semalam Najib dilaporkan oleh AstroAwani sebagai berkata tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun untuk membuat laporan polis adalah tindakan peribadi bukannya parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai individu, Khairul Azwan punyai hak untuk membuat laporan polis.

"Beliau ada hak sekiranya beliau merasakan ada perkara yang perlu disiasat.

Hari ni pulak Ketua dia dan tak menyokongpun dakwaan konspirasi dia tu.. ha..ha.. 

BATU PAHAT: Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan perdana menteri adalah tindakan individu.

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menegaskan bahawa laporan berhubung dakwaan konspirasi itu bukan pendirian Pemuda UMNO.

Justeru, beliau menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan kerana laporan telahpun dibuat.

"Beliau (Khairul Azwan) membuat laporan polis sebagai seorang individu. Beliau berkata mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan lanjut sebab laporan polis dibuat atas kapasiti beliau sebagai seorang individu," katanya selepas melancarkan Fit Malaysia Fasa Dua di Stadium Batu Pahat, Johor ~ AstroAwani

Dah terlajak bodek lah ni.. kah.. kah.. kah..

Muhyiddin Bersama PKR Jelajah Malaysia Jelas Isu 1MDB

Posted: 30 Jul 2016 12:01 AM PDT


Di saat Malaysia dilanda krisis kegagalan urus tadbir yang berpunca daripada rasuah berskala besar, rakyat turut menyaksikan salahguna kuasa yang memusnahkan institusi-institusi utama demokrasi negara.

Ini semestinya menjadi detik dan waktu di mana semua pejuang dan patriot yang menjunjung demokrasi akan bangkit berjuang dalam satu halatuju, iaitu untuk menyelamatkan Malaysia.

Rakyat Malaysia telah terlalu lama menyaksikan bagaimana pemusatan kuasa politik mengakibatkan terhakisnya institusi-institusi negara dan terbantutnya demokrasi; bagaimana dasar-dasar menekan rakyat hanya menambah beban termasuk melalui peningkatan harga barang; dan bagaimana gejala ekstremisme dan perkauman sempit yang semakin menular mampu memecahbelahkan kita.

Rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kebobrokan pentadbiran di Putrajaya yang telah banyak kali gagal memimpin negara untuk menangani krisis penyelewengan dan dalam kes terkini, RM28 bilion yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Ramai di Malaysia malah seluruh dunia sudah mengetahui siapakah 'Malaysian Official 1' yang disebutkan tetapi Putrajaya tetap cuba menafikan penglibatan YAB Perdana Menteri.

Malah keengganan Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen khas dengan segera untuk menjelaskan isu 1MDB hanya mengesahkan persepsi bahawa kepentingan rakyat diselewengkan menerusi 1MDB.

Wang berbillion RM dipinjam dan disalahgunakan untuk meraikan gaya hidup mewah, berjudi, bertemasya arak, membeli jet peribadi, membuat filem Hollywood, membeli lukisan mahal ketika rakyat disuruh berjimat, berkorban dan bekerja kuat telah tidak dipedulikan.

KEADILAN sudah mendepani kemelut salahguna kuasa yang membelenggu negara dari dahulu lagi dan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membayar dengan kebebasan beliau akibat kelantangan bersuara terhadap salahguna kuasa, penyelewengan rasuah, skandal 1MDB dan skandal-skandal sebelumnya.

Kami juga turut merasai keperitan dan kekeliruan semua lapisan masyarakat apabila pegawai kerajaan yang lantang serta profesional dan berkecuali dimangsakan secara sistematik!

Maka jelaslah negara kita perlu diselamatkan. Bagi KEADILAN, selagi agenda reformasi termasuk reformasi parlimen, reformasi kehakiman, reformasi sistem pilihanraya malah juga dasar pemisahan kuasa belum tercapai, selagi itulah kami akan bangkit dan lawan kezaliman yang menghalang kemajuan rakyat.

Justeru, KEADILAN mengalu-alukan kesediaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama, dan berganding bahu bersama KEADILAN dan rakan-rakan PAKATAN HARAPAN, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan serta individu-individu dalam menggerakkan momentum menangani krisis rasuah, salah guna kuasa, memusnahkan institusi-institusi negara demi kepentingan sendiri yang semakin berleluasa sebelum terlewat.

Ini termasuklah siri jelajah yang dianjur pelbagai pihak untuk menerangkan isu-isu mutakhir termasuk kes dakwaan kecurian wang 1MDB.

Kami mengajak rakyat untuk bersama, menyebar maklumat dan menyertai satu gerakan massa demi masa depan negara yang lebih baik.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Comments (0)