Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kronologi Kes Tembak Di Malaysia Sepanjang 2016

Posted: 28 Jul 2016 07:30 AM PDT


TAHUN ini menyaksikan beberapa tragedi berdarah membabitkan kes tembak yang berlaku di seluruh negara.

Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian meragut nyawa yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan.

Berikut adalah kronologi kes tembak yang berlaku di seluruh negara bermula awal tahun ini.


25 Januari, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan, dipercayai ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang pada pukul 2.10 petang.

Mangsa dikenali sebagai S. Surya Kumar, 41, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

11 Februari, PULAU PINANG:

Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat pada pukul 3.30 pagi.

Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan berlumuran darah dalam kereta yang dipandunya.

28 Februari, SELANGOR:

Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang pemandu lori cedera parah selepas ditembak suspek yang menaiki sebuah motosikal dalam kejadian pukul 4.40 pagi berhadapan sebuah stesen minyak Petron, Jalan Semenyih Kajang. Mangsa yang berumur 45 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

25 Mac, SELANGOR:

Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki dua kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Charterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang dalam kejadian pukul 8.45 malam.

Ketika kejadian, pengawal peribadi berkenaan memandu kereta jenis Mercedes Benz menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

15 April, SABAH:

Dua lelaki terbunuh selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Jalan Kolam, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hii Lam King, 36, dan Ting Wen Hou, 23, kedua-duanya berasal dari Sibu, Sarawak namun menetap di Sabah. Ketika kejadian, Hii yang memandu kenderaan pacuan empat roda dikatakan dalam perjalanan balik dari menghantar anaknya ke sekolah.

20 April, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki maut ditembak polis, sementara teman wanitanya bersama dua lagi rakan mereka ditahan di Jalan Kilang 51/A, di Kuala Lumpur pada awal pagi.

Keempat-empat individu terbabit dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.

Semasa pemeriksaan itu, lelaki yang memandu kereta Proton Perdana itu cuba melarikan diri dan merempuh kenderaan polis termasuk anggota bermotosikal.

Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu terbabit bagi mempertahankan diri menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian.

21 Jun, SELANGOR:

Dua lelaki 30 dan 34 tahun yang memandu kereta berasingan cedera ditembak dari jarak dekat di persimpangan jalan besar Sunway Batu Caves ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat pada pukul 12 tengah hari.

21 Jun, SARAWAK:

Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong, 43, ditembak ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong, Miri pada pukul 8.30 pagi.

Calon PKR di kawasan Bekenu pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu itu meninggal dunia di tempat kejadian.

29 Jun, SELANGOR:

Seorang suspek utama kes tembak dua lelaki di Sunway Batu Caves pada 21 Jun, ditembak mati oleh polis di kawasan perumahan USJ 11/1D pada pukul 12.10 tengah hari. Ketika polis memperkenalkan diri, suspek berusia 37 tahun itu cuba mengacukan pistol ke arah anggota menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai badan suspek.

Seorang pengurus besar syarikat swasta berusia 40 tahun cedera parah ditembak individu yang menaiki motosikal ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan dekat Desa Petaling pada pukul 8.40 pagi.

6 Julai, KUALA LUMPUR:

Seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG. Setakat ini polis telah menahan sembilan suspek berhubung kes itu.

9 Julai, PERAK:

Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepalanya di Teluk Kulat, Pulau Banding, Perak. Polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat Khairul Azizan Zaidi, 29, pada 7.20 pagi daripada seorang lelaki berumur 24 tahun yang juga rakan mangsa.

11 Julai, JOHOR:

Seorang peniaga nyaris maut apabila dipercayai diserang dua penjenayah yang melepaskan beberapa das tembakan dalam kejadian di hadapan rumahnya di Taman Seri Fajar, dekat Batu Pahat pada pukul 10 malam.

13 Julai, PULAU PINANG:

Empat sekeluarga mati ditembak, dipercayai oleh anggota keluarga sendiri menggunakan senjata tidak berlesen, di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung Pulau Pinang pada pukul 2.55 pagi. Polis turut menemukan 11 kelongsong peluru di tempat kejadian.

14 Julai, PULAU PINANG:

Polis menembak mati suspek tunggal kes tembakan, Chung Chun Wah, 32, yang dikehendaki kerana membunuh empat sekeluarga di Batu Maung awal pagi 13 Julai, selepas insiden berbalas tembakan antara suspek dan polis berhampiran pasar Air Itam kira-kira pukul 7 malam.

26 Julai, KUALA LUMPUR:

Tiga lelaki berusia lingkungan 51 dan 58 tahun nyaris maut apabila kenderaan Toyota Fortuner yang dinaiki mereka ditembak kumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian cubaan samun di susur Lebuh Raya Elite menghala ke Putrajaya pada pukul 9.30 pagi.

Ketika kejadian ketiga-tiga lelaki itu sedang dalam perjalanan menghantar seorang lagi rakan mereka bersama sejumlah wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), Sepang.

27 Julai, KUALA LUMPUR:

Seorang lelaki berusia 43 tahun maut ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini ketika memandu kereta jenis Honda Accord dalam kejadian pukul 3.35 petang.

~ AstroAwani



Gani Patail Lantik Bekas Ketua Majlis Peguam Untuk Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemuda UMNO

Posted: 28 Jul 2016 04:50 AM PDT


Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah melantik bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan sebagai peguamnya berikutan laporan polis oleh Pemuda Umno yang menuduhnya merancang untuk mengulingkan perdana menteri.

"Ya, saya mewakili Abdul Gani. Saya akan ambil arahan untuk memulakan tindakan undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.

Walau bagaimanapun, Ragunath tidak menjelaskan jenis tindakan undang-undang yang akan diambil.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun pada Selasa lalu membuat laporan polis menuduh Gani, bekas gabenor Bank Negara Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Gani menafikan dakwaan itu dan berkata ia sekadar muslihat untuk mencari publisiti, manakala sedangkan Zeti berkata beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang.

Abu Kassim yang dijadual bersara akhir bulan ini pula berkata, beliau akan mengulas berhubung dakwaan itu tidak lama lagi.

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Gani selaku peguam negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara baru, berkuatkuasa 27 Julai tahun lalu lapor Malaysiakini



Oh! Patutlah PKR Tak Berapa Setuju Cadangan Pilihan Raya Mengejut Tu..

Posted: 27 Jul 2016 11:00 PM PDT


Pembangkang berisiko hilang kerusi jika pilihan raya mengejut diadakan di Pulau Pinang, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Kita semua berdepan risiko itu. "Dengan kemungkinan tiga penjuru, secara teorinya, tiada siapa yang akan menang kecuali Umno," kata Nurul Izzah ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PKR menarik balik persetujuan untuk mengadakan pilihan raya tergempar kerana takut hilang kerusi.

PKR pada Selasa berkata masih tidak yakin pada keperluan pilihan raya mengeut di Pulau Pinang, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) pula bersetuju dengan rancangan DAP itu.

Situasi itu mungkin berlaku jika Pakatan Harapan dan PAS gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi pilihan raya.

Dua pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan persaingan tiga penjuru lebih menguntungkan BN, berbanding pembangkang lapor Malaysiakini


Hmm.. salah tu kalau dia kata PKR adalah Pembangkang di Pulau Pinang ni, kat sini PKR adalah Kerajaan Negeri.. kalau kat Parlimen barulah betul sebagai Pembangkang..

Dan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dilaporkan berkata. 
Hanya PKR yang perasan bahaya rancangan DAP yang mahu mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang. 
"PKR betul kerana nampak tiada ada keperluan yang jelas untuk memanggil pilihan raya kilat di sana (Pulau Pinang). Selalunya kerajaan membubarkan dewan undangan negeri atau Parlimen sekiranya mereka rasa perlu kembali kepada rakyat dan mohon mandat." 
"Pembentukan kerajaan baharu yang diinginkan DAP itu tidak memberi manfaat bermakna kepada PH kerana pakatan itu sebenarnya tidak memerlukan mandat baharu, selepas mendapat sokongan yang kuat dalam pilihan raya lepas" tambahnya. 
"Mungkin PKR terfikirkan sekiranya pilihan raya kilat dipanggil, BN akan turun dengan sepenuh kekuatan dan menumpukan seluruh jenteranya di negeri itu," katanya.

Lagi apa katanya bacalah di SINI



Penubuhan Parti Baharu Akan Gugat Keamanan Negara - MP UMNO

Posted: 27 Jul 2016 09:11 PM PDT


Penubuhan parti baharu yang dicadangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan mengugat keamanan negara, kata Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim. 

Katanya penubuhan parti baharu itu dilihat lebih membawa kemudaratan kepada Malaysia kerana Dr Mahathir bertindak demikian untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya bimbang negara akan menjadi kacau-bilau kerana pembangkang sebenarnya akan menggunakan sesiapa sahaja demi memastikan mereka dapat menumbangkan BN malah jelas terbukti bahawa gabungan pembangkang sekarang sangat rapuh dan tidak bersatu," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Bernama Radio dalam program 'Langit Biru' di Wisma Bernama, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Dr Mahathir baru-baru ini mengenai cadangan untuk menubuhkan sebuah parti baharu, yang akan menjadi sebahagian pakatan pembangkang bersama DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

Irmohizam berkata rakyat Malaysia harus menanam sifat patriotisme yang tinggi dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang mahu mengugat perpaduan kaum dan keamanan negara.

"Kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Turki apabila rakyatnya bangkit menentang rampasan kuasa oleh tentera dan menyokong Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ... ini jelas terbukti tahap patriotisme dalam kalangan rakyat Turki adalah tinggi," katanya.

Mengenai tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa diselewengkan, Irmohizam berkata isu itu tidak harus dipolitikkan memandangkan kerajaan telahpun mengambil perhatian dan meneliti perkara yang dibangkitkan itu.



TMJ Bercakap Tentang Felda.. Hilang Arah Katanya..

Posted: 27 Jul 2016 07:12 PM PDT


Selang beberapa jam perdana menteri memuji kejayaan Felda semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuduh program itu sudah tersasar daripada tujuan asal Felda untuk membasmi kemiskinan, sebaliknya wang peneroka disalah guna bagi kepentingan individu tertentu.

"Pada hari ini, wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu dalam Felda dan juga membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi dalam Felda membuat wang.

"Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin," katanya dalam wawancara yang diterbitkan di laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers.

Beliau sebelum itu ditanya mengenai persaingan antara pasukan JDT dan Felda. "Mana saya boleh lawan, ini pasukan Datuk Seri Najib," katanya sebelum menambah, "gurau".

Kritikan Tunku Ismail itu dibuat pada hari sama Najib memuji kejayaan Felda dalam menambah baik kehidupan peneroka.

"Mobiliti sosial juga telah membolehkan 50,000 peneroka berpindah ke Lembah Klang dan bilangan yang boleh menjadi lebih tinggi," katanya di Putrajaya semalam.

Tunku Ismail berkata berlainan dengan Felda dan agensi kerajaan dengan pasukan bola sepak sendiri, JDT tidak menggunakan dana milik rakyat.

"Saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak. Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek di dalam Felda.

"Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin.

"Pada saya, PDRM dan ATM pun tidak patut ada pasukan bolasepak kerana pasukan-pasukan ini juga menggunakan dana kerajaan," tambahnya.

Beliau menasihati Najib memperbetulkan keadaan ini.

"Wang kerajaan mesti digunakan untuk kebaikan rakyat dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat."lapor FMT



Comments (0)