Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:18 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Gani Patail Jawab Tuduhan Pemuda UMNO

Posted: 26 Jul 2016 07:18 AM PDT


Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.

"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya kepada Bernama.

Abdul Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.

Beliau menyatakan demikian menerusi Whatsapp apabila diminta mengulas mengenai laporan bahawa Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas lapor AstroAwani



Pemuda UMNO Dakwa Zeti, Gani Dan Abu Kassim Cuba Jatuhkan Najib.. Laporan Polis Dibuat..

Posted: 26 Jul 2016 01:47 AM PDT


Khairul Azwan mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.

Amboi.. takkanlah begitu bangang DoJ tu untuk mempercayai dokumen palsu yang dibekalkan oleh tiga individu yang dituduh oleh Pemuda UMNO..

Kalau DoJ dan FBI boleh percaya dengan apa yang dikatakan sebagai dokumen palsu oleh pemuda UMNO itu.. tentu hebat mereka bertiga tu..

Tapi persoalannya disini.. bagaimana pula pemuda UMNO itu tahu bahawa dokumen yang diperolehi oleh DoJ dan FBI itu palsu?

Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 
Menurut Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah. 
Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. 
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara. 
Beliau juga mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka. 
Khairul menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini lapor Malaysiakini





Rosmah Bergenang Air Mata Membaca Posting Anaknya Kata Pembantunya..

Posted: 25 Jul 2016 11:00 PM PDT


Tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB mendedahkan persengketaan dalam keluarga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun apabila mengulas kritikan pedas dan tajam oleh anak perempuannya yang kini berpisah dengannya, Azrene Soraya Abdul Aziz di laman media sosial baru-baru ini, Rosmah hanya mampu bergenang air mata, kata pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

"Maka bertanyalah saya kepada si ibu...

"Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu... tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..

"Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan," katanya dalam satu posting Facebook penuh emosi lewat malam semalam. 

Bagaimanapun dalam posting itu, Rizal tidak membuat rujukan langsung kepada Azrene Soraya mahupun Rosmah tetapi sekadar menyebutnya sebagai "si anak" dan "si ibu".

Katanya, sejak lapan tahun mengenali Rosmah, beliau tidak pernah mendengar isteri Datuk Seri Najib Razak itu mengeluarkan kata-kata tidak elok berhubung anak perempuannya.

"(Oleh) kerana kata-kata ibu adalah doa, jauh sekali mahu mengungkit kesakitan yang ditanggung waktu melahirkan juga menyusukan mereka..

"Si ibu memilih untuk memendam sahaja perasaan daripada mengeluarkan kata-kata kerana kasih ibu tiada sempadan.

"Tugas dan tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak dan memberi pelajaran secukupnya. Sekarang si anak telah memilih jalan hidupnya. Didoakan si anak bahagia dengan dunianya," tulisnya lagi lapor Malaysiakini

Anda sedih??.. Akupun sedih jugak.. kah.. kah.. kah.. nak meraih simpatilah tu..

Bagi aku ini hal peribadi antara Rosmah dan anaknya itu.. Pembatunya tak payah sibuk nak bodek Rosmahlah..

Kata orang peribadi seorang anak adalah cermin dari ibu bapanya.. kalau hari ini kita lukakan hati ibu kita, esok anak kita akan lukakan hati kita.. itu mungkin putaran hidup Rosmah..



Inilah 'Hukum Karma' Wahai Mahathir...

Posted: 25 Jul 2016 08:03 PM PDT


Malaysiakini hari ini melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan rakan-rakan serta keluarganya sedang 'diasak' untuk menghalang dirinya membidas dan menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Buat masa ini, saya sedang diasak. Banyak perkara sedang dilakukan untuk menjadikan hidup saya, keluarga dan rakan-rakan tidak selesa.

"Semua jenis perkara dilakukan dalam usaha untuk menghalang saya daripada berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej Najib," katanya..


Bagi yang dah lama mengikuti perkembangan politik tentu menyedari apa yang didakwa oleh Tun itu.. itulah juga yang dilakukan oleh Tun terhadap Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Berbagai asakan dikenakannya terhadap keluarga Anwar hinga Anwar berakhir dipenjara hanya kerana menentangnya...

Baiknya Najib jika hendak dibandingkan dengan Mahathir hingga setakat ini ialah Najib tidak mereka fitnah untuk sumbat Mahathir ke dalam penjara..

Boleh juga dikatakan inilah hukum karma.. yang didefinasikan sebagai pembalasan atas perbuatan yang dilakukan oleh seseorang samada ianya perbuatan baik atau buruk yang dibalas kembali menurut hukum alam atas apa yang telah seseorang itu lakukan.

Jika ianya perbuatan baik, maka baiklah balasannya dan jika sebaliknya...maka buruklah pembalasan yang seseorang itu akan terima.

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang.

Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di "Nirwana" atau Syurga menurut agama Hindu.

Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan "Hukum Karma" ini. Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yg baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

TETAPI  kita perlu ingat tidak ada hukum Karma dalam Islam.. Pandangan Islam amat jelas tentang hukum melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya:

"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula."

Huraian lebih jelas tentang hukum Karma tu silalah baca di SINI dan juga di SINI 

Jadi kita samakanlah apa yang berlaku terhadap Tun ini selari dengan apa yang dinyanikan oleh Band Heavy Metal RATT dari US tu.. tajuknya.. 'What You Give Is What You Get'

Dulu dia buat kat Anwar.. la ni Najib pulak buat kat dia...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan rakan-rakan serta keluarganya sedang 'diasak' untuk menghalang dirinya membidas dan menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  
"Buat masa ini, saya sedang diasak. Banyak perkara sedang dilakukan untuk menjadikan hidup saya, keluarga dan rakan-rakan tidak selesa.  
"Semua jenis perkara dilakukan dalam usaha untuk menghalang saya daripada berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan imej Najib," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Jakarta, Indonesia hari ini, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times, Singapura.  
Mahathir berada di Jakarta untuk memberi syarahan bertajuk "Membina Kebebasan Ekonomi dan Kerajaan Bersih" kepada pelajar-pelajar universiti.  
Antara tekanan dan asakan ke atas dirinya dan rakan-rakan serta keluarga, dakwanya adalah lawatan oleh pegawai jabatan cukai pendapatan.  
Beliau juga berkata bahawa "salah laku kerajaan Najib kini diketahui oleh semua orang di seluruh dunia dan juga rakyat Malaysia". 
Laporan penuh silalah baca di SINI

Lawatan Pegawai Income Tax pun dia kata tekanan?.. selama ni dia tak pernah bayar income tax ke?



Comments (0)