Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:57 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Tindakan DoJ Dikata Campur Tangan Asing.. Derma Pak Arab Bagaimana Pula?

Posted: 25 Jul 2016 08:30 AM PDT


Rakyat Malaysia diingat supaya tidak tertipu dengan jerat kaum dan agama yang dimainkan pihak tertentu berikutan pendedahan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) melibatkan kebocoran AS$3.5 bilion dana 1MDB yang dicuri untuk 'berfoya-foya'.

Ia antara lain cuba menggambarkan Amerika Syarikat sedang masuk campur hal ehwal dalaman Malaysia mengaitkan ianya sebagai konspirasi jahat Amerika ke atas negara, tambah buruk lagi, ia digambarkan satu serangan menjatuhkan 'Melayu dan Islam' di Malaysia.

Hakikatnya, penyelewengan yang didedahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat itu melibatkan salah laku yang berlaku di dalam dan melibatkan sistem kewangan negara tersebut dan antarabangsa.

Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri, berkata tindakan DOJ itu tidak langsung ada kaitan dengan bangsa atau agama, sebaliknya adalah serangan terhadap penyelewengan dan rasuah.

"Adakah ini serangan ke atas Islam? Jawapannya tidak. Ini adalah serangan ke atas rasuah, pencurian, salah laku, kemungkaran. Ia dituntut oleh Islam," katanya kepada Roketkini.

Menjelaskan kenyataannya beliau berkata perlakuan jenayah tidak mengenal bangsa, budaya mahupun agama.

"Misalnya jika ditangkap Shahrol Azral dan Najib Razak, itu bukan tangkap Melayu. Jika kita tangkap Jho Low, kita bukan tangkap Cina tapi seorang yang bernama Jho Low. Kita hendak tangkap Eric Tan, bukan bangsa Cina. Kalau kita tangkap Arul Kanda, kita bukan tangkap India, tapi tangkap seseorang dari kaum itu. Kalau kita tangkap Khadem Qubaisy dan Badawy Husseini, kita tangkap dua individu, bukan bangsa Arab," ujar beliau.

Kata beliau lagi, tindakan sivil oleh DOJ tidak boleh dilihat sebagai campur tangan Amerika dalam hal ehwal dalaman Malaysia memandangkan ia melibatkan perbuatan yang melanggar undang-undang di Amerika.

"Tindakan sivil di Amerika kita anggap campur tangan dalam negeri kita, tetapi derma pak arab berbilion itu, tidak pula dianggap campur tangan?" soalnya.

"Tapi kita tahu jentera Najib berkerja 24 jam seminggu untuk mengalihkan isu pendedahan dan tindakan undang-undang oleh DOJ Amerika kepada isu lain," ujar Ariff lagi.

Antaranya dengan menggambarkan bahawa pendedahan DOJ itu adalah satu serangan politik yang keterlaluan keatas 1MDB dan Malaysia dan konspirasi Yahudi untuk campur-tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

"Jangan menipu rakyat jelata dengan menolak kebenaran itu hanya kerana ia dimulakan di Amerika," tegas beliau. – Roketkini.com



Kenapa Shabery Bela Riza Aziz Dan Jho Low?

Posted: 25 Jul 2016 05:30 AM PDT


Peguam, Haniff Khatri Abdulla membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Haniff Khatri sebaliknya menyarankan agar kertas klausa yang difailkan AS itu dibaca dengan teliti terlebih dahulu.

"Sejak bilakah menteri Malaysia bertanggungjawab menjadi jurucakap untuk dua orang rakyat Malaysia yang disaman di luar negara atas dasar mengaut harta dan dana haram melalui penyelewengan di dalam syarikat milik Malaysia, yakni harta milik rakyat Malaysia?," katanya dalam kemas kini status di Facebook.

Rabu lalu, DOJ dilaporkan akan menyita aset bernilai lebih RM4 bilion dan menamakan individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi mengubah wang haram daripada 1MDB iaitu, anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan Jho Low serta dua individu lagi, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Ahmad Shabery sebelumnya berkata, tidak adil dan tidak wajar untuk menghukum dan mendakwa seseorang itu bersalah dengan membuat andaian sendiri memandangkan kes itu masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Haniff yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua individu lain dalam kes pendakwaan berkaitan 1MDB berkata, sebagai seorang menteri Kabinet, Shabery sepatutnya membela nasib rakyat Malaysia bukannya dua individu yang disaman di luar negara itu.

"Soalan yang awak patut tanya adalah, 'sekiranya benar harta milik Riza atau Jho Low yang dipohon untuk disita itu adalah hasil daripada penyelewengan curang dana 1MDB, maka bagaimanakah jemaah menteri dan kerajaan Malaysia akan peroleh atau siasat harta-harta lain mereka berdua di dalam negara, mahupun di negara luar yang lain?'

"Kenapa awak bagaikan hendak membela hak mereka jauh lebih tinggi daripada hak rakyat Malaysia? Ya ALLAH SWT, selamatkanlah negara kami ini," katanya lapor Sinar



Najib Mahu Individu Dinamakan DoJ Bersihkan Nama!

Posted: 25 Jul 2016 01:00 AM PDT


Kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mengambil serius laporan DOJ itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak dalam siasatan.

"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

"Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini Isnin.

Pada majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan lapor mStar


Pergh!! selamba saja dia..

Pakcik-pakcik yang dilantik jadi JKKK tu pun akan kata "Haaa.. tengok tu Najib bagus.. dia tak mahu wang rakyat disalahguna.."



Itu kalau pakcik-pakcik yang dilantik jadi JKKK tu tak tahu siapa yang dimaksudkan dengan 'Malaysian Official 1" itulah..

Tapi cara Najib bercakap tu nampak selamba saja..

Sepatutnya Najib juga desak 'Malaysian Official 1' turut membersihkan namanya, sebab Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam laporan DoJ.

Ianya memperlihatkan betapa besar peranan yang dimainkannya, malah turut didakwa menerima wang yang berasal daripada 1MDB secara keseluruhhannya sebanyak AS$731 juta atau melebihi RM3,000 juta.

Sehingga ini, bukan saja Malaysian Official 1 itu masih menyembunyikan identitinya yang sebenar, malah belum terdengar apa-apa penafian berkaitan nama itu yang turut disebut oleh Jabatan Kehakiman AS kerana menerima wang berbilion-bilion, juga ditaktifkan sebagai wang curi.

Baca juga ulasan di SINI

"Wahai Shahrizat! Rakyat Malaysia Bukan Bodoh Macam Lembu" - Peguam Mahathir

Posted: 24 Jul 2016 11:00 PM PDT


Itu apa yang ditulis oleh Peguam Dr. Mahathir dalam satu status yang dimuatnaik dilaman Facebook membidas kenyataan Ketua Wanita UMNO yang terkenal dengan isu Lembu dan NFC sebelum ini. 

Peguam tersebut mewakili Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, dalam saman mereka terhadap Najib atas dakwaan salah laku di pihak Perdana Menteri yang melibatkan dana 1MDB.



Shahrizat sebelum ini telah menyatakan Wanita UMNO menolak semua usaha-usaha oleh pihak tertentu untuk mengambil peluang dengan menggunakan kuasa-kuasa asing bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi Malaysia.

Tulis Haniff'..

Wahai, My Dearest SHAHRIZAT : 
The DoJ Court Forfeiture Cause Papers HAVE NOTHING what so ever to do with foreigners meddling with our beloved nation's internal affairs !! 
In fact, The DoJ Court Forfeiture Cause Papers HAVE ALL TO DO with our own FRAUDSTERS meddling with the foreign laws and regulations !! 
So, don't ever dare to think that we, RAKYAT MALAYSIA, are as STUPID AS COWS !!! 
In fact, even ACTUAL COWS by now, should already know the ACTUAL TRUTH !!!
Wahai, My Dearest SHAHRIZAT !!! 

Dan dilaporkan oleh Malaysiakini

A lawyer has told Wanita Umno chief Shahrizat Abdul Jalil, who classed the US' forfeiture lawsuit against 1MDB as foreign meddling, that Malaysians are not as stupid as cows. 
"My dearest Shahrizat, the US Department of Justice's (DOJ) court forfeiture cause papers have nothing whatsoever to do with foreigners meddling in our beloved nation's internal affairs. 
"In fact, it's to do with our own fraudsters meddling with foreign laws and regulations," said Haniff Khatri Abdulla in a Facebook post today. "So, don't ever dare to think that we, the rakyat Malaysia, are as stupid as cows. In fact, even actual cows by now, should already know the actual truth," he added. 
Haniff is representing Dr Mahathir Mohamad, former Batu Kawan Umno division vice-chief Khairuddin Abu Hassan and former Langkawi Wanita Umno member Anina Saadudin, in their suit against Najib for alleged misconduct on the part of the prime minister involving strategic development fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Shahrizat had stated the movement rejected all efforts by certain quarters to take the opportunity of using foreign powers, and the recent scandal involving alleged money laundering in 1MDB, to topple Malaysia's democratically elected government. 
"The consequences of such tactics will get out of hand, just as what occurred to Iraq and Syria, which in the end not only invited conflict, but also prolonged the civil war," she had said yesterday. 
Ahmad Shabery questioned 
In another Facebook post uploaded today, Haniff also questioned if Umno minister Ahmad Shabery Cheek should defend individuals named in DOJ lawsuit. 
"Since when a Malaysian minister is entrusted to become a spokeperson for two Malaysians who were summoned abroad for (allegedly) acquiring illegal funds and assets of a company owned by the government?," asked the lawyer.

Read more: https://www.malaysiakini.com/news/349726#ixzz4FONqjztL

Berikutan Dakwaan DoJ, Beberapa Pemimpin Tertinggi UMNO Akan Lompat Parti?

Posted: 24 Jul 2016 09:55 PM PDT


Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.



"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.

Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.

South China Morning Post turut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Akhirnya Bekas Pemimpin UMNO Akui.. "Melayu Tak Akan Mati Tanpa UMNO"..

Posted: 24 Jul 2016 07:26 PM PDT


Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal memberi jaminan kepada penyokongnya, Melayu Bumiputera tidak akan mati di negara ini meskipun tanpa parti kerajaan, Umno.

Beliau mengambil contoh tiga negeri yang diperintah pembangkang. "Jangan takut, jangan bimbang, orang Melayu Bumiputera tidak akan mati tanpa Umno.

"Kelantan 20 tahun Pas pegang, DAP pegang Pulau Pinang dua penggal, di Selangor, PKR perintah dua penggal negeri itu...tak mati org Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Aidilfitri bersamanya di Kota Belud, hari ini.

Malah, bekas Naib Presiden Umno ini juga mengingatkan rakyat Sabah agar tidak bimbang walaupun bakal banyak parti politik tumbuh di negeri tersebut.

"Jangan bimbang...banyak parti nanti di Sabah...nak tambah kerusi lagi di Sabah. Tambahlah...banyak parti macam mana pun, biarlah. Itu tidak penting.

"Banyak parti pun, jangan sampai pecah belah dan jangan pilih parti tapi pilih pemimpin yang kita boleh bergantung, berteduh. Jangan pilih parti calon tempatan tapi hanya jadi kuda tunggangan," katanya.

Tegasnya, bukan parti mahupun jumlah kerusi yang menentukan kuasa di negeri itu sebaliknya ia terletak di tangan rakyat lapor Sinar



Comments (0)