Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:22 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Pemuda Gerakan Dedahkan Siapa 'Malaysian Official 1'..

Posted: 23 Jul 2016 08:00 AM PDT


Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong berkata, beliau percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah diberi "nasihat yang salah" mengenai 1MDB, yang membawa kepada saman sivil pelucuthakan difailkan.

<!--more->"Terdapat banyak laporan dan kenyataan menyindir dalam media sosial tentang siapakah 'Malaysian Official 1' (dinamakan dalam dokumen mahkamah Amerika). Saya percaya jawapannya adalah jelas.

"Saya percaya niat Najib adalah baik, tetapi entah bagaimana dimanipulasi oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan diri.

"Mungkin PM juga telah diberi nasihat yang salah," kata Yong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata saman sivil itu untuk mendapatkan semula lebih AS$1 bilion aset - yang didakwa dalam saman sivil itu, dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB - "mesti mempunyai asas dan bukti yang kukuh".

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya bagi perdana menteri untuk menjelaskan secara terbuka, siapa yang berbuat demikian kepadanya - sama ada ahli keluarganya atau rakan-rakan baiknya.

Saman sivil itu difail Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang didakwa diperolehi melalui penyalahgunaan dana dari 1MDB.

Saman itu menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai 'Jho Low', dan pegawai kerajaan Abu Dhabi - Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman itu juga kerap merujuk kepada 'Malaysian Official 1' yang identitinya menjadi topik hangat sejak berita itu disiarkan ~ Malaysiakini





PAS Akan Letak Calon Di Semua DUN Di PRN P. Pinang

Posted: 23 Jul 2016 05:47 AM PDT


PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, PAS mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.

"Kita (PAS) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (PAS) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada PAS akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya PAS sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa oleh PAS sejak awal penubuhannya.

"Kita (PAS) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar PAS, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.

"PAS hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan oleh PAS, telah berkerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," kata Abdul Hadi lapor Malaysiakini


Hmmm.. ini masaalah.. tahu sejarah tapi tak mahu belajar dari sejarah..



Diamlah Guan Eng Stau Saya Dedah Bukti Rasuah, Peguam Negara Kata?

Posted: 23 Jul 2016 03:00 AM PDT


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya.

Beliau berkata ini merupakan peringatan terakhir kepada Lim berikutan tindakan setiausaha agung DAP yang berbuat demikian sejak pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah di sebalik telah diingatkan untuk tidak berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui peguam mewakili Lim.

"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.

"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.

"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan Lim berkata kebanyakan bukti terhadap Lim adalah dalam bentuk dokumen dan semua dokumen itu ada dalam milikannya.

Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 29 Jun dan esoknya (30 Jun) dihadapkan di Mahkamah Tinggi terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran - The Malaymail Online



Kenapa Dividen LTAT Menurun Hishamuddin?

Posted: 22 Jul 2016 10:59 PM PDT


Tujuannya mungkin dia nak belasah Rafizi kot jadi dengan bangganya berkatalah Hishammuddin dividen 12 peratus kepada pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diumum semalam menepis tuduhan liar terhadap badan itu.

"Bermakna desas-desus atau tuduhan tak berasas berhubung kedudukan LTAT sebelum ini merupakan tuduhan liar yang hari ini dapat kita jawab dengan mengisytiharkan dividen ini," katanya..

Dia belasah Rafizi sebab..  Rafizi mendakwa tunggakan 1MDB kepada anak syarikat LTAT, Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) mencecah RM396.41 juta setakat September tahun lalu.

Tunggakan itu, dakwanya, memberi kesan langsung ke atas aliran tunai LTAT sehingga menyebabkan kelewatan membayar gratuiti kepada veteran-veteran askar tak berpencen. 



Tapi hakikatnya yang perlu kita tahu ialah 12 peratus yang diumumkan oleh Hishamuddin itu 3 peratus lebih rendah dari dividen yang telah dibayar oleh LTAT kepada pencarumnya pada tahun 2015.


Tahun 2014 LTAT dilaporkan oleh Berita Harian telah membuat pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus yang berjumlah RM835.1 juta bagi tahun kewangan 2014, jumlah tertinggi dibayar sejak LTAT ditubuhkan 42 tahun lalu.

Dan purata Purata kadar dividen dan bonus LTAT bagi lima tahun kebelakangan berakhir pada tahun 2014 adalah 15.2 peratus setahun.

Berdasarkan penyata kewangan yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, LTAT telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.014 bilion iaitu peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding RM967 juta pada tahun sebelumnya.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan membuat pembayaran dividen dan bonus sebanyak 15 peratus yang berjumlah RM835.1 juta bagi tahun kewangan 2014, jumlah tertinggi dibayar sejak LTAT ditubuhkan 42 tahun lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding RM 818.3 juta pada tahun sebelumnya.

"Jumlah 15 peratus ini merangkumi dividen biasa sebanyak tujuh peratus, bonus (satu peratus) dan bonus khas (tujuh peratus) dalam bentuk unit-unit amanah saham secara percuma kepada pencarum yang aktif," katanya dalam satu kenyataan.

Purata kadar dividen dan bonus LTAT bagi lima tahun kebelakangan ini adalah 15.2 peratus setahun.
Menurutnya, berdasarkan penyata kewangan yang belum diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, LTAT telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.014 bilion iaitu peningkatan sebanyak 4.9 peratus berbanding RM967 juta pada tahun sebelumnya.

Hishammuddin berkata, keuntungan melebihi paras RM1 bilion ini merupakan kali pertama sejak penubuhan LTAT.

Beliau berkata, jumlah aset LTAT sehingga 31 Disember tahun lepas meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada RM9.4 bilion berbanding RM9.2 bilion pada tahun sebelumnya dan jumlah akaun carumannya pula ialah RM8.7 bilion berbanding RM8.3 bilion tahun 2013.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Tu tahun lepas.. 15 peratus dividen dan  LTAT telah mencatat keuntungan sebanyak RM1.014 bilion.. tapi tahun ini pula 12 peratus.. keuntungannya pula aku tak jumpa berapa banyak untung..

Pengerusi LTAT Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor dalam dalam ucapannya berkata LTAT telah mencatatkan jumlah pendapatan belum diaudit sebanyak RM766.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Sehubungan itu, ahli-ahli yang layak akan menerima bayaran dividen dan bonus berjumlah RM693.8 juta pada kadar 12 peratus, katanya.

"Bayaran dividen dan bonus itu meliputi dividen 6 peratus dan bonus khas sebanyak 6 peratus dalam bentuk unit amanah saham untuk ahli yang aktif.

"Sepanjang tempoh 43 tahun, purata kadar dividen dan bonus tahunan yang dibayar oleh LTAT ialah 11.3 peratus setahun," katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI

Kenapa dividen menurun Hishamuddin?



Comments (0)