Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:18 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Riza Aziz Tuai Apa Disemai, Tulis Adiknya DiFacebook

Posted: 22 Jul 2016 07:30 AM PDT


"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu," Tulis adik Riza Aziz di Facebook

Seperti Riza, Azrene adalah anak tiri Najib, yang lahir hasil perkahwinan pertama, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Riza masih dan adalah seorang yang dikasihi oleh keluarganya, walaupun kasih mereka 'tidak cukup untuk beliau' dan orang sekelilingnya.

"Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan," katanya.

Azrene mendakwa abangnya kini membayar harga kerana dosa yang dilakukannya walaupun Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan seperti didoakan rakyat tetapi Amerika Syarikat memberikannya.

"Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya kambing hitam keluarga - tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya.

"Orang ramai boleh mengatakan saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.

"Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mendapat keuntungan daripada dana yang dicuri dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu.

"Jika dia berdiri sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya atau mana-mana individu yang meminta beliau menjadi 'anak berbakti', dia perlu membayar untuk itu," katanya lapor Malaysiakini

Berikut adalah sebahagian dari apa yang ditulisnya..

So... Thank you to all my friends and family for your concern this morning. For those who have been asking how i feel about all that is going on at the moment, here is my official statement:

Riza was and still is someone we all love very much. Unfortunately, our love was not enough for him and those he chose to surround himself with. He chose, like many others before him, to have fame, wealth and adulation. He is now paying the price for it. If Malaysia is not willing to give the justice that the Malaysian people have prayed for and the justice my family have each night prayed for then the US has- in its own way that only they can justify.

Those who know me know that i am the black sheep of the family- but that does not mean i do not love my family. People can call me heartless for what i write today but i have always stood for and done what is right, for truth and for justice even if there is a high price to pay and if it means doing the unpopular thing. I have always maintained that if Riza did indeed use and profit from stolen funds he needs to pay for what he has done. If he stood as proxy or as a trustee for what does not belong to him or any individual who asked him to be the "dutiful son", he needs to pay for it. Nevermind the reasons justified for doing it, if it hurts the country and the people then it is wrong. A wrong must be righted.

I am not a politician and i hope never to have anything to do with politics. If the USAG and the US have decided to cop out by leaving the term "corrupt government officials and 1MDB officials" as an open ended thing, i hope and pray for the sake of this country and what is right that the right individuals be brought to justice.

To his mother, you have forsaken one child at great cost and detriment. You have utilised and mobilised government resources to wreak terror to harass us over the last ten years for standing up for what we believe to be right. Please do not forsake another just so that you and your husband can get off scott-free. It is time for YOU to step to the plate and do what is right. Be. A. Mother.

To the different "officials" who have had a hand in harassing my family to this day because you were ordered to do so at the threat of job safety and the safety of your family members, one day a knock will come at your doorstep asking to collect your soul and debts. Make sure you are prepared to pay them.

Please continue yours reading HERE

‘Malaysian Official 1’ Laporan Polis Dibuat Bagi Mengesannya..

Posted: 22 Jul 2016 01:27 AM PDT


Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

"Saya mahu polis siasat nama-nama yang dinyatakan oleh DOJ dan FBI (Biro Siasatan Persekutuan), iaitu, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz dan (ahli perniagaan) Jho Low, serta 'Malaysian Official 1'.

"Saya mahu polis juga siasat mana perginya wang AS$ 3.5 juta, yang kata FBI, telah dicuri dari 1MDB," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, selepas beliau membuat laporan itu.

Beliau juga memberi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tempoh seminggu bermula hari ini untuk menyiasat laporan yang dibuatnya.

Jika tidak, katanya, Pakatan Harapan dan pelbagai badan bukan kerajaan, NGO akan mengambil "tindakan drastik".

Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada demonstrasi jalanan secara aman, katanya.

Laporan polis juga dibuat bagi pihak pelbagai badan bukan kerajaan dengan wakil mereka turut hadiri di Dang Wangi, kata bekas exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu lapor Malaysiakini



Tak Boleh Salahkan Anwar, Mahathir Pulak Menjadi Mangsa

Posted: 21 Jul 2016 11:00 PM PDT


Kalaulah Anwar Ibrahim tidak berada dalam penjara ketika ini, tentu beliau dipersalahkan bila DoJ US buat sidang media tentang penyelewengan 1MDB itu..

Tapi oleh kerana Anwar Ibrahim sedang dipenjara maka Anwar terlepas, kalau mereka tetap salahkan Anwar Ibrahim juga bangang sangatlah namanya tu..

Kalau tidak semua keburukan yang berlaku baik dalam Malaysia atau di luar Malaysia yang berkaitan dengan Malaysia habis diletakkan di atas kepala Anwar.

Menariknya kini.. setelah Anwar tak boleh dipersalahkan lagi, mantan Presiden mereka sendiri pula yang dijadikan mangsa.. ha..ha..ha..

Salleh Keruak dakwa geng Mahathir dibelakang saman oleh DoJ berkaitan 1MDB itu..

Tak boleh salahkan Anwar, Mahathir pulak menjadi mangsa..

KUALA LUMPUR, July 22 — Tun Dr Mahathir Mohamad's allies are behind the US Department of Justice's (DOJ) lawsuit seeking to recover more than US$1 billion in assets bought with money allegedly embezzled from 1Malaysia Development Berhad (1MDB), minister Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak claimed. 
In a blog post yesterday, the communications and multimedia minister wrote that he was made to understand that "certain people" aligned to the former prime minister had lodged complaints with the US government. 
"From our understanding the action currently being taken is based on complaints made by a third party or certain people aligned to Tun Dr Mahathir Mohamad, who are not actually the aggrieved party. 
"Under US law, however, class action suits are allowed and the complainant can claim locus standi merely by virtue of the fact that he or she is a Malaysian citizen," he wrote. 
Salleh said the aggrieved party in the case was none other than 1MDB and added that it was problematic for the US to take action based on money allegedly stolen or transferred from the local state investment firm. 
"The problem here, though, is that 1MDB itself has said it has not lost any money or no money has been stolen from it. 
"If the US had chosen criminal action then the burden of proof would be on the prosecutor to prove guilt. 
"In this case, they have chosen civil action and after freezing or confiscating the assets of the accused, the accused will need to prove that the assets were legally and not illegally acquired. This shifts the burden of proof from the prosecutor to the accused," he wrote. 
Please continue yours reading HERE

Nasib hanglah Tun.. hang pi lawan Najib buat apa??



'Ada konspirasi Cabar Kedaulatan Negara' Kata Pemuda UMNO Kedah?

Posted: 21 Jul 2016 07:29 PM PDT


"Sepertimana ghairahnya suatu ketika dahulu pihak Amerika memomokkan kononya Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran "weapon of mass destruction" (WMD) sebagai justifikasi untuk menakluki Iraq untuk kuasai minyaknya, saya tidak hairan jika modus operandi sama digunakan dalam kes yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB.. katanya..

Kah..kah..kah.. Alooo Brader Amerika takluk Iraq memang benar untuk mencuri minyak tapi kalau dikatakan 1MDB akan digunakan Amerika untuk menakluk Malaysia itu lawak bodoh..

Amerika tak perlu menakluk Malaysia sepertimana yang dilakukan terhadap Iraq sebab Amerika sudah menakluki ekonomi Malaysia melalui TPPA yang telah ditandatangani oleh pemimpin UMNO sendiri..

Singapura pun sita juga harta benda berkaitan denga siasatan terhadap 1MDB tu.. jadi Singapura pun nak cabar kedaulatan negara kita ke?

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sendiri dah kata "Itu bukanlah konspirasi. Mereka (DOJ) menjalankan kerja mereka berdasarkan laporan yang dibuat.

"Mereka mengendalikannya (siasatan) berdasarkan undang-undang dan peraturan di negara tersebut,"

Tapi mamat ni memandai-mandai pulak...



KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Kedah yakin wujud konspirasi bermotifkan politik pada peringkat tertinggi untuk mencabar kedaulatan negara dalam isu syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Kerajaan juga perlu memulakan siasatan terhadap beberapa individu yang mempunyai jaringan antarabangsa dan bersekongkol ingin mencabar kedaulatan negara secara terang-terangan. 
"Sepertimana ghairahnya suatu ketika dahulu pihak Amerika memomokkan kononya Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran "weapon of mass destruction" (WMD) sebagai justifikasi untuk menakluki Iraq untuk kuasai minyaknya, saya tidak hairan jika modus operandi sama digunakan dalam kes yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB. 
"Persoalannya kenapa dengan tiba-tiba Jabatan Keadilan Amerika boleh mengeluarkan kenyataan untuk membekukan aset yang dikatakan dibeli melalui salah guna wang 1MDB? Kenyataan itu pula jelas merujuk berdasarkan aduan awam dan siapakah pula gerangan pihak awam yang dimaksudkan? 
"Melainkan jika aduan ini ada kaitan dengan segelintir pihak dalam negara yang sekian lama merancang untuk menjatuhkan dan memalukan kepimpinan negara, maka tidak salah usaha ini boleh kita katakan sebagai konspirasi terancang tahap tertinggi melibatkan elemen subversif dalaman negara dan golongan berkepentingan di peringkat antarabangsa," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Khamis. 
1MDB pada Khamis menafikan ia adalah pihak yang berdepan saman sivil oleh kerajaan Amerika Syarikat. 
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang siasatan berhubung syarikat-syarikat Malaysia atau rakyatnya mengikut protokol antarabangsa. 
Dalam pada itu Shaiful melihat serangan fasa kedua terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Najib harus dipandang serius dan tindakan serta merta perlu diambil bagi memelihara imej dan reputasi negara. 
"Nampaknya juga ada pihak yang tidak mahu mengaku kalah dan menerima hakikat bahawa fitnah dan pembohongan mereka gagal meruntuhkan kepimpinan yang sedia ada," jelasnya. 
Meskipun begitu, Shaiful turut memuji langkah segera pihak pengurusan 1MDB dan Pejabat Perdana Menteri sendiri yang tangkas mengeluarkan makluman dan pemberitahuan menafikan penglibatan berhubung kes itu. 
"Ia sekali gus dapat mententeramkan kekeliruan yang sedang bermain dan berlegar di kalangan masyarakat. 
"Hakikatnya, isu 1MDB ini telah pun diperjelaskan oleh SPRM dan Jabatan Peguam Negara dan semua pihak perlu menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka," katanya. 
Peguam negara AS, Loretta Lynch sebelum ini memaklumkan beberapa individu menyalahgunakan dana syarikat 1MDB. 
Tambah Lynch, individu tersebut memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka. 
Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia lapor AstroAwani

Dulu masa Puak Pengganas Sulu tu menceroboh Sabah dengan lengkap bersenjata tu.. Ketua UMNO Kedah ni kat mana?



Comments (0)