Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:12 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Skandal 1MDB: Switzerland Sita Tiga Lukisan Van Gogh Dan Monet

Posted: 21 Jul 2016 08:56 AM PDT


Bertindak atas pemintaan Amerika Syarikat, pihak berkuasa Switzerland merampas tiga karya yang berkait dengan siasatan keatas syarikat milik kerajaan Malaysia 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata mereka pada Khamis.

Jurucakap Pejabat Kehakiman Persekutuan berkata karya yang dirampas adalah La Maison de Vincent à Arles (rumah Vincent di Arles) yang dilukis Van Gogh, dan Saint-Georges Majeur (senja kala di San Giorgio Maggiore) dan Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes (pantulan telepok dan pelbagai herba) yang dilukis Monet.

Beliau mengesahkan laporan oleh akhbar Neue Luzerner Zeitung.

"Operasi masih belum tamat maka kami tidak akan beri sebarang kenyataan berhubung lokasi lukisan-lukisan itu," katanya.

Amerika Syarikat memfailkan saman pada Rabu untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion (RM4.07 bilion) yang dibeli dengan wang yang dipercayai disonglap daripada 1MDB.

The Swiss authorities, acting on United States request, have seized three rare paintings linked to an investigation into the scandal-hit Malaysian state fund 1MDB.

A spokeswoman for the Federal Office of Justice said the paintings were Vincent van Gogh's La maison de Vincent à Arles and Claude Monet's Saint-Georges Majeur and Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes.
She was confirming a report by the Neue Luzerner Zeitung newspaper.

"The operation is not over yet so we will not comment at the moment on the location of the paintings," she said.

The US government on Wednesday filed lawsuits seeking to seize $1 billion in assets bought with money believed to have been stolen from the Malaysian 1MDB sovereign wealth fund.

The civil lawsuits allege that a total of $3.5 billion was misappropriated from 1MDB, a fund Malaysian Prime Minister Najib Razak established in 2009 and whose advisory board he chaired.

Federal prosecutors are seeking to seize $1 billion that they say was diverted from 1MDB into luxury real estate in New York, Beverly Hills and London as well as paintings by Van Gogh and Monet and a private jet.

They also are trying to seize proceeds from the 2013 film "The Wolf of Wall Street". Riza Aziz, Najib's stepson and founder of Red Granite Pictures, which produced the movie, was named in the lawsuit.

Please continue yours reading HERE

The operation is not over yet... kita tunggu sajalah...

Jangan Buat Kesimpulan Selagi Proses Belum Selesai - Najib

Posted: 21 Jul 2016 05:28 AM PDT


Kes tuntutan yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat merupakan tindakan sivil dan bukan satu tindakan jenayah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, ia juga terhad kepada nama-nama yang disebutkan di dalam laporan DoJ itu sendiri.

"Saya pandang berat apa kenyataan yang dibuat oleh DoJ Amerika Syarikat yang disiarkan malam tadi. Perlulah dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang disebutkan dalam laporan DoJ.



"Oleh itu, dari segi Kerajaan, kita akan beri kerjasama sepenuhnya bagi semua pihak badan siasatan peringkat antarabangsa.

"Pendirian kita selama ini, kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggari apa-apa undang-undang," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan Felda, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian semasa mengulas kenyataan Peguam Negara AS, Loretta Lynch yang memaklumkan bahawa beberapa individu didapati menyalahgunakan dana syarikat 1MDB dengan memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.

Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu, kata Najib, semua proses perlulah dihormati selain peluang untuk membela diri.

"Maknanya seseorang itu ada peluang untuk bela diri sendiri atau gunakan proses penghakiman di mahkamah, dan kita tidak sewajarnya, jangan buat kesimpulan selagi proses belum selesai.

"Tetapi maknanya kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada mana-mana pihak salah anggap bahawa kerajaan tidak mahu prinsip good governance, urus tadbir baik ini menjadi satu yang sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia," jelasnya.

Laporan penuh bacalah di SINI

RM381 Juta Tu Hadiah Dari Aabar BV Kata Riza Aziz

Posted: 21 Jul 2016 02:13 AM PDT


Bertuahnya badan dia..macam bapa tiri dia jugak, Bapa tiri dapat derma RM2.6Billion dari Arab.. anak tirinya pulak dapat hadiah sebanyak RM381 juta dari syarikat Aabar BV..

Penderma untuk bapa tiri dia tidak mengharapkan sebarang balasan.. begitu juga pemberi hadiah untuk anak tiri dia..

Kononnya hadiah diberi dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi Aabar AV dan anak tiri Najib tu..

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. 
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam. 
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012. 
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura. 
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London. 
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan. 
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel. 
Pindahan tanpa sebab 
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat. 
Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung. 
Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah. 
"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami." 
DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite. 
Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza "ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi". 
Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street. 
Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya. 
Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong lapor Malaysiakini 

Ni pertama kali dalam hidup aku, aku dengar ada syarikat yang sanggup berikan hadiah kepada individu yang baik dan rapat terhadap mereka..

Kalau tiga rinngit lapan kupang tu tak pa lah jugak.. tapi ni RM381 Juta.. he..he.. nak perbodohkan siapa ni?



1MDB: Bagaimana Amerika Jumpa Bukti Tapi Malaysia Tidak?

Posted: 20 Jul 2016 11:00 PM PDT


PAS mempersoalkan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menteri kewangan wajar berdiam diri berikutan pengumuman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan undang-undang dengan merampas aset yang dikaitkan dengan dana pelaburan negara itu.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga tertanya-tanya bagaimana DOJ berjaya menemui bukti salah laku oleh firma yang berpangkalan di Malaysia manakala pihak berkuasa negara ini gagal berbuat demikian.

"Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan DOJ untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?



"Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

"Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

"Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rakyat sedang melihat sama ada institusi-institusi berkenaan bekerja untuk rakyat atau individu tertentu sahaja.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memikirkan apa langkah terbaik seterusnya buat dirinya dan negara.

Sementara itu, katanya, PAS menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang terdiri daripada ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB.

Siasatan perlu memberi tumpuan kepada dua aspek, katanya.

Pertama, menurutnya adalah pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah.

"Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Singapura Sita S$240 Juta Aset Berkaitan Siasatan Terhadap 1MDB

Posted: 20 Jul 2016 09:43 PM PDT


Laporan ini datangnya dari Reuters.. memetik satu kenyataan bersama oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapore, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Hal Ehwal komersial.. Reuters melaporkan..

Berikutan dari tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Pendakwa raya AS untuk merampas lebih daripada $ 1 bilion dalam bentuk aset mereka milik anak tiri Najib dan Jho Low yang didakwa berkaitan dengan  wang yang dicuri daripada dana 1MDB, pihak Singapura telah menyita
S$240 Juta aset berkaitan siasatan berkaitan 1MDB.

Separuh dari aset yang dirampas tersebut adalah milik Jho Low dan kaum keluarganya..

"Aliran wang yang disiasat itu termasuk yang berkait Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investments PJS Limited (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Seychelles), dan Tanore Finance Corp. (BVI)," kata kenyataan bersama Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Hal Ehwal Komersil.

MAS berkata ia sudah melakukan pemeriksaan ke atas Bank DBS, Standard Chartered dan UBS dan mendapati beberapa "kegagalan kawalan" dalam ketiga-tiga bank itu, di samping "kelemahan proses menerima penyimpan dan mengawal selia transaksi".

Bacalah..

Singapore authorities have seized assets worth S$240 million ($176.82 million) in an investigation of 1MDB-related fund flows for possible money laundering, in a probe which has found "deficiencies" at several major banks in the city-state. 
"The fund flows being investigated include those connected with Good Star Limited (Seychelles), Aabar Investments PJS Limited (BVI), Aabar Investments PJS Limited (Seychelles), and Tanore Finance Corp. (BVI)," said a joint statement by the Monetary Authority of Singapore, the Attorney-General's Chambers and the Commercial Affairs Department. 
The statement follows a lawsuit filed by U.S. prosecutors to seize more than $1 billion in assets they said were tied to money stolen from the Malaysian state development fund, which was overseen by the prime minister. 
The Monetary Authority of Singapore said it has completed its inspections of DBS, Standard Chartered and UBS and preliminary findings showed instances of "control failings" in all three banks and "weaknesses in the processes for accepting clients and monitoring transactions. 
"However, the MAS' inspections did not reveal pervasive control weaknesses or staff misconduct within these banks, unlike in the case of BSI Bank," the statement said.
In May, the MAS withdrew the status of Swiss BSI Bank as a merchant bank for serious breaches of anti money laundering requirements. 
An onsite inspection of another Swiss bank Falcon PBS in April 2016 found substantial breaches of anti-money laundering regulations. Management oversight and inadequate risk management were found at Raffles Money Change, a money changer and remittance agent. 
Of the assets seized, about half belonged to Malaysian financier Low Taek Jho, known as Jho Low, and his immediate family, the joint statement said.
Please continue yours reading HERE

Salleh Keruak kata serangan terhadap 1MDB ni bermotifkan politik.. kalau macam tu selain Obama.. Perdana Menteri Singapura ni pun nak jatuhkan Najib jugaklah gamaknya...

Kenyataan media bersama pihak Singapura tu lihatlah di SINI



Riza Aziz Dan Jho Low Antara Nama Dalam Tindakan Jabatan Keadilan AS

Posted: 20 Jul 2016 07:34 PM PDT


Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan tindakan undang-undang, pada hari Rabu, bagi merampas berpuluh-puluh hartanah yang berkait dengan 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB) dengan lebih AS$3.5 bilion disalah gunakan daripada institusi berkenaan.

Tindakan undang-undang tersebut yang difailkan di Los Angeles bertujuan membuat rampasan aset yang 'terlibat dalam dan boleh dikesan berhubung konspirasi antarabangsa untuk menggubal wang haram disalah gunakan dari 1MDB'.

Tindakan undang-undang berkata, kesalahan yang didakwa berlaku itu dilakukan dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu termasuk para pegawai Malaysia dan rakan sekutunya yang berkomplot untuk menipu bagi memindahkan berbilion daripada 1MDB.

Tiada satupun daripada tindakan undang-undang tersebut menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Namun, tindakan tersebut menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai 'individu berkaitan' dalam kes itu.

Mereka juga menamakan pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al- Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al- Husseiny. - Reuters



Comments (0)