Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Bubar AMANAH, Pembangkang Akan Tenang - Tuan Ibrahim

Posted: 18 Jul 2016 07:30 AM PDT


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.

"Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau AMANAH dibubarkan," katanya.

Khalid mencadangkan sedemikian jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai rahmatal-lil-'aalamin (rahmat ke seluruh alam).

Tuan Ibrahim menegaskan, saranan itu dibuat kerana menjangka AMANAH bakal berdepan masalah dalam pembahagian kerusi di kalangan blok pembangkang.

"Saya sebagaimana orang ramai melihat AMANAH akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) lalu," tambahnya.

Bagaimanapun, keadaan akan berlaku sebaliknya jika DAP atau PKR bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan itu, jelas Tuan Ibrahim lagi.

Jika tidak, sebab itu adalah lebih strategik dan baik untuk AMANAH diserapkan sahaja ke dalam parti pembangkang sedia ada, ujar beliau.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.

"Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik," katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menegaskan beliau tiada mempunyai masalah untuk bekerja bersama Presiden PAS dan saf kepimpinan parti itu yang ada.

"Kami sangat bahagia, seronok dgn kemanisan ukuhwah sangat dirasai.

"Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini," tambahnya lapor Malaysiakini



Kerajaan PAS Kelantan Bakal Terkubur - Mahfuz

Posted: 18 Jul 2016 05:24 AM PDT


Kerajaan Pas Kelantan bakal terkubur sekiranya parti Islam itu memilih untuk bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini memandangkan parti itu tidak menyertai mana-mana pakatan atau gabungan ketika ini.

Justeru, Pas perlu membuat keputusan samada mahu bersama gabungan pembangkang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) ketika ini atau bersama Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka kekal memerintah Kelantan.

"PAS tidak ada pilihan untuk hadapi pilihan raya akan datang sama ada dengan Pakatan Harapan atau pakatan baharu yang bakal diwujudkan atau juga BN.

"Kalau Pas memilih untuk terus bersendirian, saya sangat sayang bimbang Kelantan akan terlepas kepada BN.

"Kalau dia bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. "Ini bermakna Pas bakal kehilangan Kelantan," katanya yang mengulas mengenai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed ingin menubuh parti baharu dan juga satu pakatan di kalangan PH dan parti pembangkang lain baru-baru ini.

Mahfuz yang juga, bekas Naib Presiden Pas berkata, pandangan itu dibuat berdasarkan analisa politik negara ketika ini.

"Dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang.

"Jadi saya buat analisa Kelantan tidak akan dapat diselamatkan pada PRU14," katanya.

Pada masa sama, Mahfuz menegaskan masih setia bersama parti dan tidak akan meningalkan Pas. - MalaysiaGazette



Ahmad Maslan Kat Mana?.. Dulu Dia Kata GST Ni Bagus.. Tapi Apa Nih?

Posted: 17 Jul 2016 10:30 PM PDT


Sebelum GST dilaksanakan dulu Ahmad Maslan ada berkata.. "GST ini bagus, akan turunkan harga barang, tidak bebankan rakyat, menggantikan cukai lama, rakyat boleh dapat resit, rakyat boleh jimat perbelanjaan, cukai terbaik sepanjang zaman"

"Tidak ramai yang memahami GST dan jika anda tidak faham, janganlah berarak di jalanan... Jangan protes dan kata GST tidak baik,"

Malah dia turut bandingkan perlaksanaan GST dengan Hukum Hudud "Jika anda baca satu buku, dalam satu hari, anda boleh faham hudud. Begitu juga dengan GST – dalam satu jam anda boleh faham.

Mahathir yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteripun dia kata tak faham apa itu GST kerana masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?,"

Tapi persoalannya.. Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Dr Mahathir akan lebih faham tentang GST?

Keputusan Putrajaya melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini dianggap sebagai langkah tepat untuk menangani ekonomi merosot akibat daripada kejatuhan nilai ringgit.. juga kata Ahmad Maslan.. Tapi... baca ni..


Sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) menyaksikan pendapatan mereka jatuh sekurang-kurangnya 20 peratus. 
Sambil mengakui kemerosotan itu adalah berikutan beberapa faktor, Presiden Persatuan IKS Malaysia, Michael Kang bagaimanapun berkata GST memburukkan lagi keadaan. 
"Kadar pertukaran ringgit juga menurun, menjadikan import kurang menguntungkan. Isu terbaru membabitkan pekerja asing juga memberi kesan hebat kepada peniaga kecil. Mereka tidak dapat bersaing," kata Kang yang dipetik oleh The Malay Mail. 
"Ia begitu teruk terutamanya sejak enam bulan lalu apabila pengguna memahami harga barangan menjadi lebih tinggi dan mengurangkan perbelanjaan mereka dengan ketara."

Laporan oleh The Malay Mail itu bacalah di SINI 

Bagusssss... memang GST bagus.. baguslah sangat!



Gani Patail Nafi Terlibat Dalam Parti Baru Ditubuh Dr M

Posted: 17 Jul 2016 05:30 PM PDT


Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan pembabitannya dalam parti baru bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk Facebook dan Twitter semalam.

"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baru itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.

"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Semalam, salah seorang orang kuat Dr Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan bahawa senarai itu adalah palsu.

Senarai itu mendakwa parti yang dinamakan sebagai Parti Melayu Baru Bersatu itu akan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden, manakala Datuk Seri Shafie Apdal memegang jawatan timbalan.

Nama Khairuddin sendiri disenaraikan sebagai 'setiausaha agung' parti baru berkenaan.

Senarai palsu itu muncul dua hari selepas Mahathir mengesahkan spekulasi mengenai usaha pembentukan sebuah parti politik baru.

Selain itu ia juga menyenaraikan nama naib-naib presidennya yang terdiri daripada bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz.

Ia juga menyenaraikan ahli majlis tertinggi parti itu terdiri daripada ahli-ahli politik, aktivis, dan teknokrat, termasuk bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penari Bilqis Hijjaz.

Parti itu dijangka menjadi gabungan besar pembangkang yang akan menampilkan PKR, DAP dan AMANAH bagi menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mahathir dilaporkan berkata ia belum diputuskan sama ada parti baru itu akan eksklusif kepada orang Melayu atau terbuka kepada semua kaum.



Comments (0)