Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:33 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Pemimpin UMNO Akui Mahathir Tiada Kekuatan Seperti Anwar

Posted: 15 Jul 2016 01:00 AM PDT


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan bekas presiden parti Melayu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kekuatan kerana sudah lama bersara dari politik untuk menerajui parti baru yang bakal ditubuhkan nanti.

Katanya, Mahathir tidak seperti pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai pengaruh dan kekuatan tersendiri.

"Waktu Anwar dipecat dari Umno, Anwar merupakan timbalan perdana menteri yang amat kuat dan kemampuan dari segi sokongan memang mampu menggugat kekuatan Umno waktu itu.

"Tapi Mahathir sudah lama bersara. Bagi saya kekuatan sudah tidak ada berbanding Anwar dan Tengku Razaleigh waktu mereka keluar Umno," katanya kepada pemberita di Wisma Felcra di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata parti yang bakal ditubuhkan itu tidak akan memberi kesan kepada BN dan akan hanya disertai oleh 'kumpulan yang kecewa'.

"Ia (parti baru) tidak beri banyak kesan kepada rakyat. Mungkin bagi kumpulan-kumpulan yang agak kecewa mereka akan menyertai parti itu," katanya.

Di sebalik keyakinannya itu, Ismail bagaimanapun mengingatkan pemimpin dan ahli BN supaya tidak memandang rendah dengan kemampuan parti baru itu.

"Saya tak boleh ramal (berapa lama parti itu mampu bertahan) tapi saya rasa tentu tidak mampu menggugat Umno. Tapi bagi BN, apapun parti yang ditubuhkan kita tidak boleh memandang sepi dan ambil mudah.

"Kita mesti teruskan kekuatan kita walaupun kita anggap parti Mahathir dan Pakatan Harapan tidak mampu gugat kekuatan kita.

"Kita mesti kerja kuat dan ahli parti mesti bersatu untuk memperkukuhkan parti dan ke arah pilihan raya ini," katanya sambil menambah bahawa BN akan memfokuskan kepada kemenangan pada pilihan raya umum akan datang lapor Malaysiakini



Suspek Kes Bunuh Empat Sekeluarga Di Batu Maung Ditembak Mati

Posted: 14 Jul 2016 07:43 PM PDT


Polis telah menembak mati seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan empat sekeluarga di sebuah kilang ayam di Batu Maung semalam.

Menurut Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain @ Rasid, suspek Chung Chun Wah, 32, ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan berhampiran sebuah kedai di hadapan kuil Buddha Kek Lok Si di Air Itam, di sini sekitar 7 malam tadi.

"Selepas menerima maklumat daripada orang ramai, polis menghampiri suspek yang berada dalam kereta Wira Aeroback. Dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dan polis kemudian membalas tembakan.

"Dia terbunuh dalam tembak-menembak itu tetapi jika dia tidak menembak ke arah polis, kita akan memberkasnya," kata Razaruddin pada sidang media di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan polis selepas itu menemui dadah dan peralatan menghisap dadah di dalam kenderaan suspek.

Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Kes tersebut dianggap selesai dengan kematian suspek tersebut.

Dalam kejadian awal pagi Rabu, Chun Wah dipercayai menembak mati empat ahli keluarga sendiri selepas berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam.

Mangsa yang maut disahkan sebagai, Toh Hock Choon, 50, yang juga pemilik kilang; teman wanitanya, Tan Saw Sim, 50, anak lelaki Saw Sim, Chung Wah Thong, 27 dan cucunya yang dikenali sebagai Ah Bee, 2 tahun.

Suspek, yang juga anak kedua mangsa wanita menggunakan pistol jenis semi-automatik ketika melepaskan beberapa das tembakan sebelum bertindak melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Hasil maklumat orang awam, polis kemudian menemui kenderaan milik suspek terbabit ditinggalkan di Bukit Mertajam pagi Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam tweetnya turut mengucapkan syabas terhadap kejayaan itu.

"Syabas STAFFOC@PDRMsia tumpaskan penjenayah selepas berbalas tembak di Air Itam Pg tadi. Suspek disyaki terlibat kes bunuh empat sekeluarga," katanya lapor AstroAwani



Comments (0)