Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:29 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Mat Sabu Ni Faham Tak Apa Yang Tuan Ibrahim Kata Mengenai Pendedahan Sarawak Report Tu?

Posted: 11 Jul 2016 09:23 AM PDT


Sekali baca apa yang Presiden Amanah, Mat Sabu kata tentang pendedahan Sarawak Report yang diulas oleh Tuan Ibrahim mengenai 1MDB, nampak macam dia baca tajuk saja terus bedal.

Kalau dibaca tajuk kebanyakkan laporan memang kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai pendedahan itu ianya kelihatan seperti menyokong kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh mendakwa Sarawak Report cuba memperdayakan orang ramai mengenai laporan siasatan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB dan PAS bersetuju dengan pendirian kerajaan yang mahu rakyat tidak terpedaya dengan laporan dikeluarkan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Tetapi Salleh langsung tidak menyebut kerajaan akan mendedahkan laporan ketua audit negara itu manakalan Tuan Ibrahim mahu kerajaan mendedahkan laporan ketua audit negara yang diklasifikasikan sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi itu

Jadi dengan itu kata Tuan Ibrahim kerajaan melalui medianya boleh menunjukkan di mana kesilapan Sarawak Report dan membuktikan bagaimana rakyat diperdaya laman sesawang berkenaan seperti didakwa Salleh.

Laporan penuh bacalah di SINI

Baca apa yang Mat Sabu kata ni..

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Laporan penuh bacalah di SINI

Kalau Mat Sabu baca sepenuhnya kenyataan Tuan Ibrahim tu tentu dia tak hentam ikut suka dia saja..



Naib Ketua UMNO Bahagian Dedah Sebab Beliau Dan 600 Lagi Keluar UMNO..

Posted: 11 Jul 2016 05:30 AM PDT


Umno parti tertua orang Melayu kini dianggap sebagai alat melindungi dan menjaga kepentingan individu tertentu, secara tidak langsung merosakkan dan melumpuhkan parti, dedah Naib Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ketika mengumumkan beliau keluar parti pada Ahad.

Seramai 600 ahli Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi itu telah mengumumkan keluar parti serta merta kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno mengantung jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tanpa dipanggil membela diri.

"Umno kami terima dahulu disebabkan pemimpin dan barisan kepimpinan yang telus dan fokus membantu membela nasib orang Melayu dan Bumiputera di Semenanjung dan di negeri Sabah.

"Walaupun pada awalnya Umno agak sukar diterima di sini, tetapi kami memilih untuk menyertai parti Umno kerana percaya dan yakin dengan perjuangan yang pada ketika itu memang hanya untuk rakyat.

" Tetapi apa yang berlaku pada masa kini adalah parti Umno ini dijadikan alat untuk melindungi dan menjaga kepentingan indvidu tertentu yang secara tidak langsung telah merosakkan dan melumpuhkan parti," ujarnya.

Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan, dan disebabkan tidak mahu lagi bersekongkol dengan pemimpin yang menggunakan parti Umno ini untuk kepentingan peribadi yang pada akhirnya akan merosakan masa depan negara dan anak bangsa.

"Saya mengumumkan keluar parti Umno serta-merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada Presiden parti dan juga barisan kepimpinannya.

"Tindakan ini saya ambil dengan rela hati, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kepada pengundi di kawasan saya, terima kasih saya ucapkan dan saya akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan," ujarnya.

Beliau juga menjangkakan akan lebih ramai ahli yang akan keluar parti.

"Dijangka lebih ramai akan menyusul…" ujarnya.

Sebelum itu pada 27 Jun seramai 300 ketua cawangan Umno Bahagian Semporna keluar parti apabila Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti lapor MalaysiaDateline



3 Warga Myanmar Maut Dilibas Parang Di Prai

Posted: 11 Jul 2016 12:59 AM PDT


Tiga pekerja kilang warga Myanmar maut dilibas, sementara seorang lagi cedera parah dalam satu serangan dilakukan sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang di Prai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kumpulan penyerang terbabit datang ke asrama mangsa di Lorong Nagasari 1 di sini dengan menaiki empat motosikal.

Menurut polis, tiga mangsa yang berusia antara 26 dan 33 tahun pada ketika itu sedang mandi di anjung asrama berkenaan.

Seorang jiran memberitahu polis beliau nampak serangan ganas itu, di mana mangsa pada mulanya dikelar dua lelaki yang kemudiannya memancung kepala mereka.

Seorang lagi mangsa yang sedang mandi bersama dua lagi lelaki terbabit, berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Manakala, seorang rakan senegara yang segera datang untuk melihat kekecohan itu turut maut dikelar.

Dua mangsa dikenali sebagai Naing Win, 28, Kyaw Hoe, 33, sementara mayat ketiga masih belum dikenal pasti.

Ketiga-tiga mangsa ialah pekerja kilang di Bukit Tengah. Ketua Polis Seberang Prai Tengah ACP Rusli Md Noor berkata polis setakat ini menahan 15 lelaki bagi membantu siasatan.

Semua suspek berumur antara 22 dan 38 tahun ialah rakan sekerja dan teman serumah mangsa lapor FMT


Hmm.. bawa masuklah ramai-ramai lagi.. selain dari menyumbang berbagai penyakit yang dah lama tak ada dinegara kita ini.. mereka juga menyumbang kepada peningkatan jenayah..



Pengerusi MyWatch Ditahan Lagi 60 Hari?

Posted: 10 Jul 2016 09:00 PM PDT


Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang semalam.

"Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Poca selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu lapor Sinar

Sementara itu AstroAwani pula melaporkan..

Sanjeevan, 32, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 4.30 petang Ahad mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berikutan laporan polis terbaru terhadap beliau.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata pihaknya akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.

Sanjeevan sebelum ini ditahan reman beberapa kali mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dan pemerasan terhadap pengendali judi ekor tanpa lesen.

Menurut peguamnya R. Prakash, sejak ditahan 22 Jun lalu, terdapat tujuh laporan polis dibuat terhadap Sanjeevan.

Bagaimanapun setelah dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini..

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch) R Sri Sanjeevanditahan reman selama 21 hari, kata peguamnya Preakas Sampunathan. 

Beliau berkata Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah reman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) semasa pendengaran pada 11 pagi hari ini.

"Kami membangkitkan bantahan bahawa beliau (Sanjeevan) tidak termasuk di bawah kategori yang boleh didaftarkan dalam jadual pertama Poca, dan beliau telahpun ditahan (19 hari) bagi kesalahan lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Meskipun dibantah, beliau berkata majistret memberikan reman selama 21 yang dibenarkan di bawah Seksyen 4 (1), yang boleh dilanjutkan selama 38 hari.

Laporan penuh silalah baca di SINI



Mana Bantuan Khas RM500 Yang Dijanji Najib Kepada Penoreh Masa PRK Tu?

Posted: 10 Jul 2016 05:30 PM PDT


Dalam program pada 10 Jun itu juga Najib dilaporkan telah berkata.. "Ini (bantuan) bukan kerana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kerana kita telah beri bantuan ini pada 2013, 2014 dan ini adalah kali ketiga.

"Kalau ada yang kata bantuan itu disebabkan PRK itu tak betul. Ini soal kebajikan masyarakat luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016.

Pekebun-pekebun kecil menerima sumbangan pada majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Gerah 2016



Daripada keseluruhan 388,111 penerima itu, seramai 1,479 adalah pekebun kecil dari sekitar kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM739,500.

Menjelas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah keseluruhan penerima itu juga, seramai 307,770 merupakan pemilik pengusaha, manakala bakinya 80,341 adalah penoreh yang tidak mempunyai kebun getah.

"Kerajaan sememangnya mengambil berat keperluan rakyat di mana sahaja mereka berada apatah lagi di kawasan luar bandar yang merupakan penyokong tegar kerajaan sedia ada.

 "Walaupun keadaan ekonomi global lembab, waima apa keadaan sekalipun kerajaan tidak sanggup melihat orang kampung susah tanpa bantuan," katanya.

Najib berkata selaku ketua kerajaan, beliau serta menteri-menteri kabinet yang lain sentiasa membuat perancangan yang rapi dan jitu selain mampu dilaksanakan untuk rakyat.

Tapi.. setelah hampir sebulan berlalu dan Hari Raya Aidilfitri juga telah memasuki hari ke enam.. Baca nih!

Sehingga kini, selepas hampir sebulan diumumkan, kerajaan ternyata masih gagal melunaskan janji memberi bantuan khas (one-off RM500) kepada penoreh dan pekebun kecil getah. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) telah menyatakan sebaik sahaja bantuan khas ini diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa pengumuman PM berkaitan hal tersebut adalah rasuah politik menjelang PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar.

Selain gagal membayar one-off RM500 ini,terdapat juga aduan pekebun getah bahawa bantuan tanaman semula getah yang telah diluluskan selepas pemeriksaan juga tidak dibayar oleh Risda. Kerajaan juga masih gagal membayar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melalui LGM selepas 7 bulan tuntutan dibuat oleh penoreh.

Pengerusi Risda yang juga Ahli Parlimen Padang Besar (BN) memaklumkan dalam akhbar semalam bahawa Risda sedang mencari jalan penyelesaian akibat kelewatan ini kerana berlaku masalah dalam tuntutan one-off antara pekebun dan penoreh. Beliau mendakwa kononnya ada cubaan menipu oleh penoreh yang membuat tuntutan beberapa kali.

Alasan ini hanyalah dalih terbaru kerajaan kerana borang tuntutan antara pekebun dan penoreh adalah berasingan, berlainan warna dengan syarat-syarat yang ketat.

Tambahan pula, Risda memiliki rekod berhubung hal itu kerana bayaran seumpama ini pernah dilakukan pada tahun 2014. Risda juga memiliki data-data daripada bancian yang dijalankan tahun yang sama.

Tuduhan yang dibuat kepada penoreh ini sangat serius, seolah-olah pihak kerajaan sentiasa betul, cekap dan efisyen- rakyat yang menjadi penoreh sentiasa bermasalah dan tidak jujur.

Berdasarkan trend kegagalan kerajaan membuat bayaran-bayaran yang diumumkan dalam belanjawan negara (IPG), yang dijanjikan oleh Perdana Menteri (one-off), dan bantuan tanam semula yang termaktub dalam Akta RISDA Bil. 85/1972, ternyata masalah sebenar bukan datangnya daripada penoreh.

Ia berpunca daripada pemimpin politik BN/UMNO yang hanya pandai berjanji atas matlamat meraih undi dan sokongan.

Kelemahan agensi kerajaan yang menguruskan hal itu juga berpunca daripada pemimpin politik yang memperkudakan agensi untuk kepentingan politik kepartian mereka, tanpa persiapan yang munasabah.

Adakah kerajaan sekarang sebenarnya tidak memiliki dana yang cukup untuk melunaskan janji dan tanggungjawab mereka? Kalau benar, mengapa penoreh pula yang dipersalahkan?

LATAS mendesak pihak kerajaan segera melunaskan ketiga-tiga kategori bayaran tersebut kepada penoreh tanpa sebarang dalih dan alasan lagi.

Kerajaan tidak wajar sama sekali meletakkan rakyat miskin dari kalangan penoreh dalam situasi bersalah untuk menutup kegagalan pihak kerajaan, sambil memusnahkan harapan mereka yang telah lama menanti bayaran yang dijanjikan kepada mereka.

Muhammad Sanusi Md Nor 
Pengerusi LATAS PAS Pusat.
Asalnya disiarkan di SINI

Hmmm... percayalah lagi...



Comments (0)