Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:20 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Perlukah Lim Guan Eng Letak Jawatan?

Posted: 01 Jul 2016 01:43 AM PDT


Ada dua pertuduhan jenayah terhadap Lim Guan Eng semalam hanyalah serangan dan penganiayaan politik terhadap pemimpin pembangkang daripada DAP, kata Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng. 

Beliau mempersoalkan desakan beberapa pihak yang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang itu meletakan jawatan di atas pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

"Adakah Guan Eng mampu mempengaruhi siasatan dan pendakwaan terhadapnya?

"Adakah Guan Eng mampu memecat Ketua Pengarah SPRM, atau mana-mana anggota polis dan pendakwaraya?

"Adakah Guan Eng mampu mengubah keterangan dan bahan bukti yang telah berada dalam tangan Peguam Negara?" soalnya dalam satu kenyataan.

Justeru sekiranya jawapan kepada semua soalan ini ialah "ya", ujarnya, maka Guan Eng wajar bercuti sementara kes jenayahnya dibicarakan.

Namun katanya lagi, orang ramai hanya akan menyebut satu nama sahaja yang mempunyai kuasa sedemikian; Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Jadi Lim Lip Eng mempersoalkan kenapa beberapa pemimpin Barisan Nasional(BN) begitu terkinja-kinja mahu menyuruh Guan Eng bercuti?

"Adakah mereka begitu jahil sehingga tidak tahu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mempunyai sebarang kawalan mahupun pengaruh ke atas SPRM, pihak polis dan Peguam Negara?

"Kenapa mereka tidak berani pula menyuruh Najib Razak bercuti atau meletakkan jawatan Perdana Menteri ketika draf pertuduhan terhadap Najib Razak muncul yang kemudian diikuti pemecatan Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Abdul Ghani Patail?," soalnya lagi.

Kata beliau hanya ada satu jawapan untuk persoalan di atas - dua pertuduhan jenayah terhadap Lim Guan Eng semalam hanyalah serangan dan penganiayaan politik terhadap pemimpin pembangkang daripada DAP ~ MalaysiaDateline


Kenapa CEO Baru MAS 'Mat Salih' Juga?

Posted: 30 Jun 2016 07:47 PM PDT


Kumpulan pendesak Melayu PERKASA mempersoalkan mengapa Malaysia Airlines (MAS) masih terus melantik warga asing sebagai peneraju syarikat penerbangan negara itu.

"Saya amat terkejut dengan CEO baru yang menggantikan (Christoph) Mueller juga mat salih walaupun ramai di kalangan tokoh-tokoh tempatan memberi pandangan merayu supaya dilantik anak tempatan," kata Presiden PERKASA, Datuk Seri Ibrahim Ali kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas tindakan MAS yang akan menamakan ketua pegawai operasi dan bekas eksekutif Ryanair, Peter Bellew, sebagai ketua eksekutif baru untuk menggantikan Mueller.

Mueller akan meninggalkan syarikat itu September ini selepas bertugas hanya setahun. Beliau sebelum ini memikul tugas berat memulihkan MAS yang terjejas, terutama selepas kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.

Menjawab soalan Malaysiakini, Ibrahim mendakwa pemilihan Bellew menunjukkan Khazanah dan kerajaan nampaknya sudah tidak percaya dengan kebolehan rakyat Malaysia.

"Kalau anak tempatan dilantik, dia ada semangat nasionalis, ada semangat kebangsaan. Mat salih tak faham perasaan anak tempatan.

"Selepas lantik mat salih yang gagal (Mueller) dan lantik lagi (Bellew), maknanya terus berulang kegagalan itu.

"Nampaknya kerajaan bukan sahaja tak percaya pada orang Melayu tetapi pada rakyat Malaysia," kesalnya.

Pelantikan seorang lagi warga asing mengepalai sebuah syarikat milik negara boleh mencetuskan kontroversi apabila terdapat rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan Mueller di sebuah radio Jerman yang menyebut terdapat pekerja tidur semasa kerja.

Mueller, dianggap pakar pemulihan syarikat, sebelum ini memecat 6,000 kakitangan MAS dalam strategi membawa MAS ke haluan asal.

Beliau mengumumkan hasrat meninggalkan syarikat itu pada April atas alasan peribadi.


Comments (0)