Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:12 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Dedah pembohongan Ustaz Zakaria Ahmad

Posted: 08 Jul 2016 11:40 PM PDT

  
  Transkrip : Baru ni Tok Guru Haji Hadi Awang… dia bawa satu usul dalam parlimen supa diletakan Mahkamah Syariah standard taraf sama dengan Mahkamah Sivil… dan Alhamdulillah diterima untuk peringkat bacaan … nak bahas dia bulan sepuluh nanti…

 Segi dakwah satu kejayaan besar… enta tahu tak.. suara yg bercakap ni start tahun 1959… dah hampir dekat merdeka, hampir 60 tahun dah … Lima purut tiga serangkai… buta perut, takda akai… habak lama dah … 60 tahun baru orang terima … sekurang-kurangnya… kita pun cerdik pi jolok.. jumpa agong dulu … Agong Kedah ni … 

alhamdulillah dia hormat ulama'… Dia cakap dalam parlimen… Tok Guru bercakap dalam parlimen… depa nak tolak tak lepas pergi… sebab Agong dah bercakap….hangpa tolak… makna hangpa tolak ucapan Agong! Kita pun cerdik jugak!

 Kalau lagi tidak dipinda, hudud tidak dibuat lagi di Kelantan… enta tahu tak? Undang-undang di Mahkamah Syariah tu ada kalanya denda buang sampah lebih mahal denda Mahkamah Syariah… denda hisap rokok lebih mahal dari denda Mahkamah Syariah… 

 Jadi kita minta standard Mahkamah Sivil…. Enta ingat tak dua tahun sudah kalau tak silap saya … Jab Agama Negeri Sembilan .. tangkap pondah-pondan .. hak laki-laki pakai pompuan… Mak Yah lah makcik oii … Mak Yah tu yg mekap kalah hangpa… halkum besak-besak bola pingpong … Jabatan Agama ambil tindakan tangkap depa… didakwa lah.. semua… enakmennya ada … Kedah, Perak semua ada… depa dah bawa kes ni ke mahkamah sivil… loyar depa bawa…

 Hakim Mahkamah Sivil kata apa… enakmen syariah dibuat oleh Jabatan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dan lain-lain … yg mengambil tindakan pada laki-laki pakai perempuan… bercanggah dengan perlembagaan Negara … bercanggah dengan hak asasi maknusia … kerana laki-laki pakai perempuan telah dianggap sebagai satu kesalahan jenayah… enta bayangkan… siapa Ketua Agama Negeri?... 

 Ketua Agama Negeri siapa dia? Sultan! Bawah dia Mufti… bawah dia Qadhi… bawah dia Hakim…lawan dengan pondan menang pondan… di mana maruah Sultan…maruah Qadhi.. maruah Mufti .. maruah Hakim… di mana muruah Islam yang dikata hebat dgn Yahanana? Pondan boleh menang dalam kes ini… 

 Di mana maruahnya Islam… Hakim Mahkamah Syariah hebat la ni… Kawan-kawan saya duta … gaji dua belas ribu ke atas… kereta cermin gelap… Yang Arif… tiba-tiba bicara, Mahkamah Sivil boleh kondem hak Mahkamah Syariah… Tak hinakah kita? Duk dekat 60 tahun kita merdeka duk peringkat tu… 

Sekurang-kurangnya usul diterima ni… satu dari segi dakwah … sebab itu tuan-tuan perjuangan Islam dia kena makan masa lama… tak boleh hari ni berjuang, minggu depan orang terima… kena sabar… wal-asri duk baca manjang … tak boleh menang cepat… dia kena sabar… 

 Enta ingat tak dulu.. tudung kepala makcik-makcik ingat nuh.. tahun 80-an… pada masa tu makck-makcik duk pakai seluar yenki… rambut bersimpul macam mee magie.. berjalan macam nampak ranggi … tengok sekali menyampah tak mau tengok lagi! Hangpa tengok orang pakai tudung rasa lemas… rimasnya I tengok… macam hantu pocong … macam rimau bergerak… macam gagak hitam… pelik tengok orang bertudung… La… kita tentang, hari ni kita terima … itu hidayah Allah … 

 Dulu banyak orang cakap jangan campur politik dengan agama… La Alhamdulillah.. orang dah tak becakap hari ni… 

 Dulu ingat Tok Guru Nik Aziz hudud tahun 93… macam-macam pakat hentam orang tua tu… jumudlah.. digunalah ustaz-ustaz ampu sana …wa ampu sini wal talivisen … tak wajar hudud dilaksakan lagi .. hakim tak cukup saksi… sebagainya.. macam-macam alasan…

La… Alhamdulillah 20 tahun, tahun 93 dikemukakan, 2013 baru diterima untuk peringkat jalankan … soalnya kurang-kurangnya berjuang Islam ni orang dah boleh terima… dakwah kita dah diterima walaupun tak boleh perintah lagi… Kalau depa tak buat.. yang tu depa antara tuhan Allahu ta'ala sebab depa dah berjanji… bulan sepuluh ni nak dibahaskan… 

Saya sebut duk khutbah banyak kali … minta minta, saya harap semua ahli parlimen yang beragama Islam .. tak kiralah hang parti apa .. hangpa wajib menyokong usul dinaikkan Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil supaya mudah terlaksana hukum hudud di Kelantan dan sebagainya.

 Seandainya anda tidak menyokong… atau anda berdolak daleh… menyebabkan gagal dinaikan taraf Mahkamah Syariah… didaulatkan Islam… anda sudah jadi orang yang munafiq… Innal munafiqeena fiddarki asfali minannar… Orang Munafiqeen itu tempatnya api neraka paling bawah sekali … nak kata apa lagi dah… Nak kata orang Islam? Mai ke Islam.. ajak Islam… tak mahu sokong… Nak kata kapiaq nama Islam… kata apa? Munafiq!

 Saya bagi tahu awai dah.. jangan letakkan parti anda … ketua parti anda … lebih daripada Allah dan Rasul … duk terikat dengan parti.. duk terikat dengan ketua mereka… hangpa nak taat Allah dan Rasul … nak taat ketua hangpa.. parti hangpa… peringkat ni Allah nak uji hangpa … Kita nak tengok bulan sepuluh… nak tengok depa nak sokong tak sokong hok yang ada … sokong 2/3 memang dah boleh jalan dah… sebab orang Islam 2/3 dalam parlimen ni…

 DAP, MCA, Gerakan… biasa depa ni pelik.. depa ni mahukan اسلام بدون الشريعة Islam bidunisyariah… enta faham tak? الدولة بدون الشريعة - Ad-daulah bidunisyariah … Negara yang tidak ada undang-undang Islam … depa ni nak nilai Islam… baik akhlak… jangan rasuah… kena adil… yang tu depa nak… undang-undang Islam depa tak mau… 

Jawapan Ust Che Ibraim Mohamad kpd pembohongan/penyelewengan fakta oleh Ust Zakaria Ahmad; 

1. Usul yg dibentang oleh TGHH ialah utk meminda kuasa hukuman dlm Akta 355, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965 drp denda rm5000,penjara 3 thn dan sebat 6 kali kpd mengikut undang2 Islam, bukan meminda bidangkuasa jenayah mahkamah syariah bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan. Usul ini jika diluluskan, mahkamah syariah boleh menjatuhkan hukuman mengikut islam kpd beberapa kesalahan spt zina, qazaf dan syurb mengikut bidangkuasanya yg termaktub dlm Senarai II Jadual 

Perlembagaan Persekutuan. Adapun bidangkuasa mahkamah syariah utk membicarakan kesalahan2 hudud dan qisas yg lain tetap tidak dibolehkan.

 Usul ini tidak ada kaitan langsung utk menaikkan taraf mahkamah syariah setaraf dgn mahkamah sivil dan pelaksaaan hukum hudud di Kelantan @ enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015.

 2. Mahkamah Syariah ada kuasa utk mengenakan hukuman sehingga denda maksima rm5000 dan penjara 3 thn serta sebat 6 kali atas apa2 kesalahan yg dibicarakannya, dakwaan hukuman hisap rokok atau buang sampah adalah lebih tinggi merupakan satu prejudis dan boleh didakwa menghina mahkamah syariah.

 3. Dlm kes lelaki berpakaian wanita yg dianggap satu kesalahan jenayah dlm Kanun Jenayah Syariah Negeri2 yg kemudiannya peruntukkan tersebut dianggap tidak sah dan dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi adalah berkait dgn isu perlembagaan, bukan isu mahkamah sivil boleh membatalkan keputusan mahkamah syariah.

 4. Semua Hakim Mahkamah Syariah dilantik atas Gred 41 dan 44, manakala Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pula gred 48 dan 52, hanya Ketua Hakim Syarei shj atas gred Jusa. 

5. Kanun Jenayah Syariah ii 1993 yg dibuat zaman TGNA telah ditukar kpd KJS II (1993) 2015 dan sehingga skrg belum dikuatkuasakan.

 6. Tuduhan ahli2 Parlimen melayu/islam yg tidak sokong usul TGHH pd oktober nanti sebagai munafik adalah karut dan tidak ada asas syarak.

 p/s adapun dakwaan Pas telah jumpa Agong dan Agong telah setuju dgn usul TGHH ambo tak minat nak komen sebab telah mencemar dan memperlekehkan institusi beraja.

Komen al-Husseyn :

  Saya telah meminta bantuan Ust Che Ibrahim Mohamad (CIM) supaya mengulas ucapan Ust Zakaria di atas itu.

  Latar belakang beliau sebagai bekas Setiausaha Jkuasa Pindaan Enakmen-Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan, sudah tentu merupakan orang yang sangat bermaklumat mengenai isu RUU tersebut.

  Alhamdulillah CIM telah sudi membantu kita semua dalam menghuraikan beberapa perkara pembohongan abang kepada YB Ust Idris Ahmad, Ust Zakaria Ahmad menerusi rakaman vdo diatas tadi.

   Saya cuma nak tambah dua perkara pokok mengenai pembohongan Ust Zakaria Ahmad ini.

Pertamanya ucapannya yang diawal rakaman, Ust Zakaria mendakwa :

1) RUU persendiraian yang Hj Hadi bawa ke parlimen itu bertujuan supaya  Mahkamah Syariah naik taraf sama dengan Mahkamah Sivil…

Ulasan : Lebai ni mohong! RUU tersebut hanya bertujuan untuk meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah Syariah yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. 

"Kuasa merotan sebanyak maksimum enam kali sebatan, denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun, antara perkara yang akan disentuh di dalam pindaan yang dibentangkan ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini.

  RUU itu sekali-kali bukan bertujuan supaya Mahkamah Syariah naik taraf sama dengan mahkamah Sivil seperti yang didakwa Ust Zakaria Ahmad.

2) … jangan letakkan parti anda … ketua parti anda … lebih daripada Allah dan Rasul … duk terikat dengan parti.. duk terikat dengan ketua mereka… hangpa nak taat Allah dan Rasul … nak taat ketua hangpa.. parti hangpa… peringkat ni Allah nak uji hangpa …

Ulasan : Ust Zakaria ni sebenarnya tidak menyedarai yang dia dan yang mereka yg sewaktu dengannya meludah ke langit dan kena atas batang hidung puak-puak dia sendiri. 

 Contoh yang paling jelas ialah ketika Muktamar Pas ke-61 dulu, mereka ikut saja kehendak presiden supaya usul oleh Dewan Ulama supaya memutuskan hubungan dengan DAP supaya diterima dengan sebulat suara tanpa dibahas. Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh YB Mahfuz Omar.

 Walaupun keputusan tersebut telah dibantah oleh beberapa perwakilan, antaranya anak almarhum Ust Fadzil Nor, Muhammad Faiz Fadzil Noor yang mahukan usul itu dibahas oleh perwakilan muktamar kerana keputusan bertahaluf siayasi dengan DAP telah dibuat melalui Muktamar yang sebelumnya.

  Tetapi adalah agak pelik apabila Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengeluarkan kenyataan bahawa Dewan Ulama Pas tidak seharusnya dipersalahkan kerana mencadangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dilulus tanpa dibahaskan dalam muktamar tahunan parti itu minggu lalu.

 Beliau berkata, sebaliknya muktamar yang perlu dipertanggungjawabkan kerana bersetuju menerima usul itu tanpa melalui sesi perbahasan.


 "Kalau boleh, memang Dewan Ulama mahu usul itu dibahaskan supaya kita boleh dapat pandangan dan bincang tentang kesan kepada parti jika usul itu dilaksanakan, katanya di sini.


   Dewan Ulama tidak mahu kesalahan diletakan keatas bahunya... Dia mahu melepaskan dirinya  begitu sahaja...?? 

  Namun Dewan Ulama tidak berani untuk berterus terang nak bagi tahu atas kemahuan siapa sebenarnya maka usul itu dilulus tanpa dibahas ..... ???

Comments (0)