Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:08 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Celaka Umno, Celaka Pas... meh nak kabo !

Posted: 28 Jul 2016 05:00 AM PDT

  GEORGE TOWN, 28 Julai - Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan hari ini ahli parlimen negeri DAP RSN Rayer daripada tuduhan menghasut kedua ke atas  kenyataannya "celaka Umno".

 Hakim Mahkamah Sesyen Ibrahim Osman berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima.

 "Walaupun pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa dia telah berkata demikian dalam ucapan, ia telah gagal membuktikan elemen hasutan kerana Umno bukan kumpulan perkauman tetapi kumpulan politik," katanya ketika membacakan keputusannya hari ini di akhir pendakwaan kes.

 Mahkamah juga mendapati bahawa frasa "celaka Umno" tidak diterjemahkan kepada "celaka Melayu".

 Rayer telah dituduh mengucapkan "celaka, celaka, celaka Umno" pada 20 Mei 2014 semasa Dewan Undangan duduk negeri.

 Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan akan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 Ibrahim hari ini berkata beliau tidak mendapati frasa "celaka, celaka ini , celaka Umno, biadap, kurang ajar" mengandungi apa-apa kecenderungan menghasut.

 Rayer telah membuat kenyataan itu pada forum yang sesuai, di Dewan Undangan Negeri, Ibrahim berkata apabila menunjukkan bahawa ahli parlimen itu juga mengulas mengenai unsur-unsur yang dibangkitkan dalam ucapan Gabenor Pulau Pinang.

 Beliau juga berkata parti politik tidak boleh ditakrifkan sebagai mewakili bangsa.

"Mahkamah tidak dapat menerima Umno sebagai satu bangsa kerana dengan merujuk kepada sebuah parti politik sebagai satu bangsa, ia akan menimbulkan implikasi negatif kerana akan ada banyak ucapan yang lain terhadap parti-parti politik terutama semasa kempen pilihan raya," katanya.

 Hakim kemudiannya membebaskan Rayer dan mengarahkan supaya pesalah itu dilepaskan dengan serta-merta daripada pertuduhan itu.

 Ini adalah tuduhan menghasut kedua Rayer telah dilepaskan daripada dan dibebaskan berhubung dengan frasa "celaka Umno".

 Pada bulan April, beliau telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

 Dia didakwa mengeluarkan frasa yang sama "celaka Umno" semasa berceramah di Bukit Gelugor, Jalan Delima pada 22 Mei, 2014. Di luar mahkamah, peguam utama Rayer, Gobind Singh Deo, menggesa Peguam Negara tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu dan meminta rayuan terhadap keputusan April juga digugurkan.

 "Peguam Negara kelmarin berkata beliau tidak faham mengapa orang mengkritik beliau dan mempersoalkannya; jadi saya menyeru beliau untuk mengkaji kes ini mengapa orang mempersoalkan peranannya," kata Gobind.

 Beliau berkata, Peguam Negara tidak perlu merayu terhadap keputusan ini kerana ia mungkin memberi kesan kepada peranan semua wakil rakyat. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Hakim Mahkamah Sesyen Ibrahim Osman berkata, frasa "celaka Umno" tidak boleh diterjemahkan kepada "celaka Melayu" kerana Umno bukan kumpulan perkauman tetapi kumpulan politik.

Beliau juga berkata parti politik tidak boleh ditakrifkan sebagai mewakili bangsa.

"Mahkamah tidak dapat menerima Umno sebagai satu bangsa kerana dengan merujuk kepada sebuah parti politik sebagai satu bangsa, ia akan menimbulkan implikasi negatif kerana akan ada banyak ucapan yang lain terhadap parti-parti politik terutama semasa kempen pilihan raya," katanya.

  Harap orang Pas pun ambil iktibar akan apa yang Hakim katakan itu. Bahawa parti politik tidak boleh ditakrifkan sebagai mewakili bangsa; apatah lagi mewakili agama.

  Kalau begitu, maka jika ada yang kata Pas celaka, Pas biadap, Pas kurang ajar, Pas penipu.... itu semua tidak mengandungi apa-apa kecenderungan menghasut kerana Pas bukan boleh ditakrifkan sebagai mewakili agama Islam tetapi hanyalah satu kumpulan politik.

  Bukanlah maksud saya nak suruh orang pi maki Pas macam itu; cuma nak nyatakan disini bahawa keluar dari parti Pas, bukan bermakna keluar dari Islam, atau meninggalkan perjuangan Islam. Pas hanyalah satu jemaah politik. nak kabo tu jer!

MEJAR ZAIDI AHMAD : HARAM PERGI HAJI DENGAN DUIT 1MDB

Posted: 28 Jul 2016 02:15 AM PDT

  Assalamualaikum dan salam BERSIH untuk semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Baru2 ini diberitakan bahawa lebih seribu orang Islam di Malaysia telah terpilih untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini dibawah tajaan 1MDB.

Semua orang tahu bahawa 1MDB ditubuhkan untuk menguruskan pelaburan bagi rakyat Malaysia. Segala dananya (pinjaman) adalah atas nama negara (rakyat) jadi bolehlah disimpulkan bahawa 1MDB adalah MILIK RAKYAT MALAYSIA yang berjumlah 30 juta orang lebih dan terdiri dari berbagai kaum dan agama.

 1MDB bukan milik umno atau BN dan ianya juga bukan milik peribadi PM DS Najib Razak, yang telah melantik dirinya sendiri bagi menguruskan dana terbesar yang pernah ditubuhkan oleh negara ini.

 Oleh kerana 1MDB adalah hak rakyat maka segala dananya tidak boleh digunakan selain dari untuk kepentingan rakyat; iaitu dilaburkan dalam projek2 yang halal dan menguntungkan bagi menghasilkan pendapatan untuk rakyat.

Sebarang keuntungan dari pelaburan2 yang dibuat oleh 1MDB hendaklah dipulangkan semula kepada rakyat dan tidak boleh dibelanjakan sewenang wenangnya oleh mereka2 yang dilantik (atau melantik diri sendiri) bagi menguruskan dana tersebut.

 Malangnya, seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Tony Pua baru2 ini, sejak ditubuhkan kira2 6 tahun lalu 1MDB tidak pernah membuat untung malah telah mengumpul hutang sehingga dikatakan mencecah RM50 Bilion.

Lebih malang lagi baru2 ini didedahkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat (beserta dengan laporan lengkap dan bukti forensik) bahawa sebanyak USD3.5 Bilion atau lebih RM14 Bilion wang 1MDB telah dicuri dan DS Najib didapati turut terpalit sama (walaupun dalam laporan tersebut menamakan beliau sebagai MO1).

 Sepatutnya dalam situasi ini beliau telah MELETAK JAWATAN sebagai pengerusi 1MDB bukan saja kerana GAGAL memastikan wang rakyat selamat tetapi lebih memalukan lagi beliau turut terpalit apabila pihak US mendakwa wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau adalah wang dari 1MDB.

 Malang sekali dalam keadaan seperti ini Najib bukan saja tidak mahu melepaskan jawatan tetapi terus membelanjakan wang 1MDB milik rakyat Malaysia sesuka hati, seolah2 wang itu adalah milik peribadi beliau.

Ini termasukkah menaja pekej haji kepada 1000 lebih umat Islam baru2 ini.

Haji adalah satu ibadat yang hanya diwajibkan kepada umat Islam yang mampu.

 Mampu bermaksud ada wang sendiri (halal) namun dalam kes ini duit yang digunakan telah diambil tanpa kebenaran tuan punya iaitu rakyat Malaysia. Oleh sebab itu saya dengan yakin menyatakan bahawa PERGI HAJI DENGAN DUIT 1MDB ADALAH HARAM.

 Sekian, wassalam.

 MEJAR (B) ZAIDI TUDM
 01741647289 ‪
#‎sebarkan‬ demi kebenaran
 ALLAH MAHA BESAR!!!

Kenyataan lawak PM Najib : Bersihkan nama dan pastikan tiada wang rakyat disalahguna..

Posted: 27 Jul 2016 09:00 PM PDT

Pastikan wang rakyat tidak disalahgunakan - PM 


PUTRAJAYA 25 Julai - Kerajaan mahu mana-mana individu dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat yang disalah gunakan.

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memandang berat terhadap tindakan saman sivil DOJ ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyerahkan perkara berkenaan untuk proses keadilan sewajarnya.

 "Inilah pendirian kerajaan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya. Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenaran," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardhu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

 Program tajaan Yayasan 1MDB itu menaja seramai 1,100 bakal haji yang terdiri daripada imam-imam masjid dan surau serta pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh negara.

 Menurut Najib, di sebalik celaan-celaan terhadap 1MDB, ramai pihak bagai terlupa pelbagai program sosial yang dijalankan oleh 1MDB termasuk membantu golongan belia, wanita dan mangsa-mangsa banjir.

 Katanya, rakyat diminta tidak terbawa-bawa dalam isu 1MDB itu kerana kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk proses keadilan dijalankan. ~ UTUSAN ONLINE

Komen al-Husseyn:

   Antara yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ)  ialah Malaysian Offcial 1, 1MDB officers 1, 2 dan 3, Low Teik Jho, Riza Aziz, Qubaisy, Badawy, Eric Tan.

 Najib ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat hingga tidak tahu siapa 'pegawai rasmi nombor 1'.

 Walaupun tidak disebut nama, namun misteri pegawai nombor 1 mudah dirungkai. Perdana menteri, menteri kewangan, pengerusi lembaga pengarah 1MDB dan penasihat 1MDB semuanya berkedudukan dan berperanan sebagai status orang nombor 1.... Ahmad Maslan pun tahu itu semua!

 Najib memuji Yayasan 1MDB kerana menderma RM10.4 juta dengan menaja seramai 1,100 jemaah untuk menunaikan haji pada tahun ini.

  Tetapi Tony Pua mendakwa kesemua kebajikan sosial yang disumbangkan oleh 1MDB adalah 'sandiwara' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ianya dibiayai oleh pembayar cukai.

   Bagaimana sebuah syarikat yang menanggung rugi dan sarat dengan hutang boleh begitu bermurah hati menaja RM10.4 juta untuk mengerjakan haji? kalian silakan baca kenyataan Tony Pua  di sini .

 Apakah kenyataan Najib diatas itu yang menyuruh membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat yang disalah gunakan itu menunjukkan bahawa dia seorang  yang jujur, amanah dan mendahulukan rakyat?

 Atau Najib seorang pembohong, tidak jujur, tidak amanah, dan pengamal rasuah? Korang fikir-fikirlah sendiri...

Comments (0)