Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:55 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Lim Kit Siang tanya KPN : Apa berlaku kepada siasatan polis peringkat tinggi ke dalam Laporan PAC 1MDB

Posted: 15 Jul 2016 05:30 AM PDT

 
 Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang melalui entri terbaru di blognya telah mendesak Ketua Polis Negara mendedahkan apa yang telah berlaku kepada siasatan polis peringkat tinggi ke dalam Laporan PAC mengenai 1MDB yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Negara selepas lebih tiga bulan?

 Menurut Lim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abu Khalid berkata Sabtu lalu bahawa pihak polis akan mengesahkan dengan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sama ada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kononnya dibocorkan oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah dokumen tulen.

 Beliau berkata: "Kita juga tidak pasti jika dokumen yang mereka terbitkan  itu adalah tulen. Jadi biarlah saya berbincang dengan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang) terlebih dahulu untuk memastikan sama ada dokumen itu adalah benar-benar laporan Ketua Audit Negara, yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia."

 Lim mengemukakan persoalan tersebut kerana telah seminggu kenyataan Khalid itu dibuat, jangka masa yang lebih dari cukup bagi Khalid mendapat pengesahan dari Ambrin sama ada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah laporan yang asli, terutama Sarawak Report sedang menerbitkan Laporan Ketua Audit Negara yang penuh pada keluarannya.

 Lim turut hairan mengapa Polis tidak mempunyai salinan Laporan 1MDB Ketua Audit Negara untuk membolehkan polis untuk menyiasat dengan sendiri sama ada Laporan Ketua Audit Negara 1MDB yang kononnya dibocorkan oleh Sarawak Report adalah tulen atau palsu?

Tiga bulan lalu Khalid mengumumkan penubuhan satu pasukan siasatan polis peringkat tinggi yang diketuai oleh beliau sendiri untuk meneliti laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenai 1MDB.

 Sebagai Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) prosiding itu telah terlalu bergantung kepada penemuan Laporan Ketua Audit Negara untuk membentangkan perbincangannya, kesimpulan dan cadangan, membuat Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB merupakan sebahagian daripada Laporan PAC mengenai 1MDB, bagaimana boleh Ketua polis Negara menjelaskan kegagalan polis untuk mempunyai salinan Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB selepas lebih daripada tiga bulan siasatan polis ke dalam Laporan PAC?

 Khalid perlu menjelaskan apa yang telah berlaku kepada siasatan polis peringkat tinggi ke dalam Laporan PAC 1MDB yang diketuai oleh KPN sendiri selepas lebih tiga bulan.

 Apakah tidak benar bahawa ia adalah mustahil bagi polis untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi kerana  penyelewengan 1MDB , pengubahan wang haram dan kesalahan rasuah tanpa akhirnya membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri sebagai Najib adalah orang tunggal yang perlu dipertanggungjawabkan atas semua keputusan dan transaksi, termasuk yang dibuat terhadap keputusan Lembaga Pengarah 1MDB?

Mencela pemimpin untuk menukar pemimpin yang tercela

Posted: 14 Jul 2016 11:00 PM PDT

Apabila saya mendengar pandangan sang ustaz melalui vdo berikut ini, saya tidak bersetuju dengan pandangannya 100%. Mungkin dalam situasi tertentu boleh diaplikasikasikan.

 Tetapi kita dalam sistem pemerintahan demokrasi, tidak semestinya pemimpin yang yang tercela terus menerus dikekalkan untuk berkuasa.

 Oleh kerana sistem demokrasi mengizinkan kita menukar pemimpin kepada pemimpin yang baru, maka lebih aula kita berdoa dan berusaha untuk mendapat pemimpin baru yang lebih baik...

  Supaya kita dapat memastikan dapat memilih pemimpin yang lebih baik, maka kita perlu mendedahkan kejelikan mana-mana pemimpin yang jelik supaya kita dapat menghindarinya dan dapat menukarkannya, bukan sekadar menukar kelakuannya, malah bersama sekali dengan diri, orang itu sekali!

   Dan tindakan menukar pemimpin ini, saya kira bersesuaian dengan maksud dab kehendak hadith Nabi - Marra'a mingkum mungkara, falyughairuhu biyadih...


  Berdasarkan kepada pandangan ucapan sang ustaz melalui rakaman vdo di atas itu, ada seorang kawan tu pun tulislah kat fesbuknya :

"Kalau kau cela pemimpinmu, pemimpinmu berubah tidak?"

 Jawabnya, "Tidak berubah."

 "Kalau kau doakan pemimpinmu, bisa tidak Allah merubah pemimpinmu?"

 Sangat bisa. Terus kenapa kau tidak doakan pemimpinmu? - Dr Syafiq Reza Basalamah.

 Komen diatas itu amat jelas mahu menjilat sang pemimpin yang telah jelas jeleknya seolah-olah kita tidak punya pilihan selain menasihat dan menasihat dan menasihat...

Maka menjadilah sedikit perbincangan seperti berikut :

Al Husseyn: Satu Malaysia mendoakan setiap Ketua Agama... tiap-tiap Jumaat... kah! kah! kah! Kita semua satu Malaysia dpt pahala...

Zairul Azrun Zainal Abidin: atas sebab ni le aku keluar dr tabligh... betul mmg doa tp.. klu jenis pelepah pisang tua liat.. mana mau tarik je kena jg dgn parang.. baru mau putus.

Ismad Shahril: Pilihlah kita mahu mencela atau mendoakan mereka.... Menegur dgn adab atau mengkritik dgn biadab.... Berbuatlah ikut pada ilmu dan amal masing-masing...

Al Husseyn: Sebagai sebuah gerakan, tentunya ada majlis mesyuarahnya. Mustahil ahli mesyuarahnya tidak menasihati ketuanya. Kita sebagai ahli di bawah hanya mengeluarkan pandangan rasa tidak puas hati supaya para pemimpin menyedari rungutan2 ahli dibawah. Siapalah kita, ahli di bawah ini mereka mahu dengari? Sedangkan banyak keputusan mesyuarat pun sang ketua tidak mahu patuhi lalu buat keputusan sendiri...

Ismad Shahril : Sang ketua ada amanah yang digalasnya, dan dia pasti akan ditanya bagaimana dia mengurus amanahnya. Itu sudah jadi urusan dan tanggungjawabnya.

Si pengikut bawahan juga ada urusan yang akan ditanya kelak, apakah patuh sebagai pengikut, atau engkar mahu menggalas tanggungjawab ketua? Setiap kita akan sibuk dengan urusan kita sendiri dan tentunya kita jawab berdasarkan apa yang kita ditanggungjawabkan.

 Musyawarah itu medan sang ketua mendengar pelbagai input dan sang ketua adalah orang dipertanggungjawabkan atas apa saja yang diputuskan bukan ahli mesyuarat yang memikul beban kesan dari perkara yang diputuskan. Baik atau buruk semuanya dalam ilmu Allah kerana Dialah yang mengizinkan semuanya berlaku.

(Keesokanya, saya naikan status berikut dan tag kawan tu...

Kisah Hj Hadi Langgar keputusan Mesyuarat

.....Atas perkiraan siasah semasa dan syariah, Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama dan nama itu dicdgkan oleh PKR sendiri dan Azmin Ali sebgai calon kedua dan tanda tolak ansur PAS setelah umum mengetahui Sultan Selangor enggan memberi perkenan kpd WAWI.

 Presiden bertanya pd pandangan ahli mesyuarat. Serentak kami bersetuju dgn menyatakan setuju. Ada yg angkat tangan tanda setuju dan ada yg ketuk meja menyokong. Tiada yg membantah. Bang Mat pun menambah bhw misi utama Pas adalah kukuhkan PR dgn membawa cadangan tersebut. Keputusan itu akan dibawa ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg ini.

Saya sertakan link artikel yang berkaitan untuk rujukan.

Al Husseyn : Ismad Shahril, Mesyuarat petang itu telah memutuskan PAS hantar nama WAWI sahaja setelah Azmin Ali menarik diri. Ada sekelompok mazhab Zuhdi Marzuki bersungut dan marahkan Mohd Sabu. Mereka tak marah Hj Hadi yang ponteng mesyuarat petang tu...Naya Mat Sabu - dapat label Ayam Daging!

Keesokannya Hj Hadi buat PC bersama TGNA dan Mustafa Al di Kota Bharu Kelantan. Hj Hadi dan Mustafa setuju dan menyatakan tidak bercanggah dengan keputusan mesyuarat AJK PAS pada 17 Ogos yang menamakan WAWI sahaja kerana Azmin Ali menarik diri.

PAS buat mesyuarat lagi pada 25 Ogos.Mesyuarat kali ini masih berpegang kepada keputusan mesyuarat pada 17 Ogos - WAWI sahaja calon utk MB Selangor

Pada 7 Sept 2014 pun mesyuarat lagi. Hj Hadi sekali lagi menghilangkan diri....ponteng. Keputusan tetap sama sebagaimana mesyuarat 17 Ogos 2014.

 Hj Hadi kemudiannya bertindak sendirian tanpa melalui pejabat SUA. Dia hantar sendiri 3 nama orang PAS. Tak siapa yg tahu siapa nama-nama tersebut.

 Bila orang kecuh dan persoalkan tindakannya itu, dia hantar sekali lagi, kali ini barulah ada nama orang PKR...... Betapa bongkaknya Hj Hadi ini bila ahli mesyuaratnya tidak mahu menerima cadangannya.

 Macam inikah kelaku seorang pemimpin sebuah gerakan Islam? Mesyuarat tak mahu pakai, mahu ikut kemahuan sendiri.

Ismad Shahril: Ahli mesyuarat saja tahu, yg bukan ahli mesyuarat hanya dengar dr pihak lain.

 Anda memang ahli mesyuarat ke Al Husseyn? Atau sekadar mendengar separuh-separuh dari pihak lain yang hanya menyampaikan apa yang dia mahu sampaikan?

Muhaimin Sulam: Ismad Shahril, Pak Al Husseyn ambil dari novel saya yang belum diterbitkan......... nanti tak dramatik. Orang tau..

Ibn Haniyy: Ismad Shahril anda pun ahli mesyuarat ka?

Ismad Shahril: Saya bukan, sebab tu saya tak mau masuk campur perkara yg bukan dalam pengetahuan saya Ibn Haniyy. Ini ibarat kisah Ghadir Khaum dan baiah para sahabat kpd Saidina Abu Bakar, semua yang memanjangkan kisah tersebut hingga kini tak berada pun dalam peristiwa yang membawa perpecahan umat Islam di zaman itu hingga ke hari ini...

Al Husseyn: Ismad Shahril memang aku bukan ahli mesyuarat... tapi Muhaimin Sulam tu adalah ahli mesyuarat... aku petik antara catatannya dan benda tu disiarkan dlm Harakah... kamu kantoi dah takkanlah ini pun kamu nak nafikan... Aku cuma nak buktikan kisah satu pembohongan oleh Raja Lawak...kikiki.

Hj Hadi kepada Tuan Ibrahim : Jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya...

Posted: 14 Jul 2016 05:42 PM PDT

 Sejak keluar kenyataan TITM mengenai gencatan senjata, pelbagai reaksi keluar dari pimpinan Pas dan Pakatan harapan yang mengulas mengenainya...

13 Julai 2016 : PAS tawar 'gencatan senjata' pada Pakatan Harapan


PAS hari ini menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

 Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama mereka kini dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

 "Pertama, parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar Umno-BN.

 "Jangan pedulikan tulisan murahan tentera siber yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat.~ sumber

 Gesaan 'gencatan senjata' TITM itu di sokong oleh Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad - parti-parti pembangkang perlu menumpukan usaha untuk menumbangkan BN dan bukan bertelagah sesama sendiri, katanya

  "Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar menunjukkan bahawa jika pembangkang gagal mencapai persefahaman pilihan raya, maka Barisan Nasional yang akan meraihkan keuntungan.~ sumber

  Sementara Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed cuba memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kenyataan TITM tersebut telah mendapat restu Hj Hadi.

 "Bila dia bercakap tu, mesti ada restu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

 Pandangan Tuan Ibrahim adalah wajar supaya parti pembangkang tidak bercakaran sesama sendiri, katanya di sini


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali pula menjelaskan tawaran gencatan senjata sesama pembangkang oleh TITM tidak boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).

 "Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam) Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku," katanya  di sini


 Pada sebelah malamnya, dilaporkan Hj Hadi berkata, "PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 "PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

  Bebelit-belit... susah sunggoh kita nak memahaminya.... Hj Hadi nampaknya tidak bersetuju dengan cadangan TITM....Hj Hadi ingatkan TITM supaya jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya...

Kalau amaran tersebut tidak dimaksudkan kepada TITM, maka kepada siapakah Hj Hadi maksudkannya? Bukankah cadangan gencatan itu datangnya dari TITM?

 Kenyataan Hj Hadi diatas itu bukan sahaja satu tamparan kepada TITM, malah ia juga menempelak Ketua Dewan Ulama PAS yang berkata, "Bila dia bercakap tu, mesti ada restu presiden....

  Kita tunggulah macamana Ketua Dewan Ulama Pas nak cover lines dia tu...

  Dari sudut lain, Pas sebenarnya sedang memasang perangkap untuk menjerat Pakatan Harapan. Melalui beberapa reaksi, PKR nampaknya sudah mula menelan umpan yang dipasang itu...

 Azmin Ali memuji Tuan Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian. Azmin menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' TITM...

Rafizi Ramli melalui fesbuknya semalam menulis antara lainnya, "Saya sangat bersetuju supaya satu "gencatan senjata" boleh dilaksanakan secepat mungkin bukan sahaja oleh pimpinan parti-parti pembangkang agar tidak menyerang sesama sendiri; tetapi ia perlu juga dihormati dan dihayati oleh pendokong pembangkang hingga ke peringkat akar umbi.....satu perjumpaan tidak rasmi boleh diusahakan untuk membincangkan langkah lanjut untuk mencari titik mula ini ke arah kebersamaan dalam melawan Barisan Nasional.

  Saya memuji sikap berhati-hati AMANAH dalam isu tersebut dan tidak terlalu ghairah atau terburu-buru gelojoh nak telan umpan tersebut. Mungkin pengalaman mereka yang sekian lama bersama parti sejarah itu cukup mengenalinya... 

 Pandangan timbalan presiden ditolak oleh presiden telah banyak kali berlaku, walaupun presiden telah memberikan mandat kepadanya. Dalam satu kes, Mat Sabu sendiri mendapat gelaran 'Ayam Daging' apabila selaku Timb Presiden, Mat Sabu telah mewakili presiden membawa keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk mencadangkan WAWI jadi MB Selangor ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg hari tersebut.

Kenyataan Mujahid cukup tegas dan elok sangat ia diambil dan menjadi perkiraan Rafizi dan Azmin Ali.

Mujahid Yusof Rawa mahu supaya Pas terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang perbincangan mesti mengiktiraf Pakatan Harapan.

 "Beliau mesti menghormati AMANAH sebagai parti komponen untuk menunjukkan keikhlasannya," katanya."

  Maknanya, Pas perlu belajar bagaimana nak menyebut nama parti AMANAH dengan sebutan yang betul... biar faseh dan betul makhrajnya...

  Kalaulah 'gencatan senjata' Pas ini menjadi realiti... selain tidak menyerang Umno/BN, maka Pas tidak akan serang AMANAH.... Pas tidak akan serang DAP....

  Dunia akan aman kerana gelaran-gelaran seperti Kafir Harbi tidak akan berkumandangan lagi... Istilah-istilah Pengkhianat... Munafiq Haraqi ... Tolol ...

Apakah Pas mampu duk coko sesajer tanpa memaki hamun DAP dan Amanah?

  Maka inilah yang sangat ditakuti oleh Umno/BN sebab kerja-kerja menyerang Pakatan Harapan terutamannya DAP, Umno dah berikan kepada Pas untuk melakukannya... Susahlah Umno kalau terpaksa buat kerja tu semula...

  Tapi walau apa pun, Umno jangan bimbang sebab benda tu tidak akan terjadi kerana menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, cadangan itu hanyalah idea peribadi TITM.  Pas tidak pernah membincangkan perkara itu dan apa-apa pendirian rasmi parti itu akan diumumkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri, atau wakil yang dilantik. 

Comments (0)