Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:22 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Adakah ini punca Lim Guan Eng di dakwa ?

Posted: 01 Jul 2016 08:17 AM PDT

Pulau Pinang beku urusan tanah 1MDB sehingga skandal RM50 bilion dijelaskan, bimbang rumah 3,000 penduduk tak terbina


  GEORGE TOWN, 26 MEI 2016 : Kerajaan Pulau Pinang akan membekukan semua urusniaga tanah 234 ekar di Air Itam dekat sini yang dibeli oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harga RM1.38 bilion sehingga ia mendapat penjelasan penuh tentang skandal RM50 bilion yang melibatkan syarikat tersebut.9 Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataannya hari ini, berkata setakat ini belum ada sebarang bentuk akauntabiliti dan ketelusan penuh untuk penjelasan skandal itu daripada 1MDB.

 Katanya, ada kebimbangan sama ada janji 1MDB, termasuk daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri, untuk membina 9,999 unit rumah rakyat bagi menampung lebih 3,000 keluarga setinggan di Air Itam, dapat ditunaikan.

 "Terdapat kebimbangan awam sama ada janji-janji ini masih praktikal dan dapat dilaksanakan memandangkan kos yang besar telah dilaburkan serta tiada milikan tanah 100 peratus.

 "Keutamaan kerajaan negeri ialah untuk berdiri teguh bersama lebih 3,000 keluarga setinggan ini," ujar beliau.

 Sehubungan itu, Guan Eng berkata, sehingga kesemua persoalan tentang skandal 1MDB diperjelaskan, kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah ke atas tanah tersebut yang dibeli oleh 1MDB, sama ada permohonan tukar hakmilik tanah atau kebenaran gadaian, kecuali dengan pengesahan EXCO kerajaan Pulau Pinang.

 Menurutnya, mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah pun meluluskan usul membekukan urusan 1MDB pada 20 Mei lalu sehingga ia mendapat menjelaskan sepenuhnya tentang skandal RM50 bilion itu.

Beliau menjelaskan, keputusan Dewan Negeri meluluskan usul berkenaan bukan sahaja demi menjaga kepentingan 3,000 keluarga yang menetap secara setinggan di Air Itam, malah ia juga untuk "menjauhkan diri daripada sebuah syarikat yang terlibat dalam penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa".

 "Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan Bank BSI daripada Switzerland, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup dan menarik semula status bank saudagar.

 "Alasan-alasan yang diberikan termasuk 'pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank'.

 "Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun. Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan, termasuk 1MDB," ujarnya.

 Beliau berkata, MAS Singapura juga turut mengenakan denda ke atas Bank BSI sebanyak US$13.3 juta untuk 41 kesalahan, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai nasib aset 1MDB dalam bentuk "unit" sebanyak US$940 juta atau RM3.8 bilion di dalam bank berkenaan.

 Sehubungan itu, menurutnya, skandal membabitkan 1MDB tidak lagi boleh ditutup dan dibersihkan melainkan kerajaan Persekutuan mengambil langkah-langkah berikut:

 Mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara secara umum berkenaan skandal terbabit.

 Mengira kos impak negatif kegagalan melangsaikan hutang buat kali pertama dalam sejarah oleh entiti kerajaan bulan lalu dan awal bulan ini dalam bentuk bayaran faedah berjumlah US$50 juta masing-masing, dan; Memberi justifikasi mengapa tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas skandal yang begitu besar sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara asing terhadap mereka yang bertanggungjawab berhubung skandal ini.

 Selain itu, Guan Eng yang juga Setiausaha DAP Kebangsaan berkata, walaupun 1MDB memindahkan kesemua baki asetnya ke Kementerian Kewangan, langkah itu menurutnya masih tidak akan dapat menyelesaikan masalah sedia ada kerana 30 juta rakyat Malaysia masih perlu menanggung beban hutang 1MDB. 

"Akhirnya 1MDB masih memerlukan kerajaan Malaysia untuk menyelamatkannya kerana 1MDB adalah syarikat hak milik kerajaan, dan Kerajaan Persekutuan turut menjamin beberapa hutang 1MDB.

 "Malah jenis serta nilai aset 1MDB yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan juga boleh dipertikaikan. Aset ketara 1MDB yang masih tinggal adalah tanah Tun Razak Exchange Bandar Malaysia di Kuala Lumpur," tambah Ahli Parlimen Bagan itu. – Roketkini.com

WANG JAMIN RM1 JUTA MELAMPAU

Posted: 30 Jun 2016 09:54 PM PDT

  Tujuan utama "wang jaminan" ialah untuk memastikan tertuduh hadir ke Mahkamah. Ertinya, wang tersebut akan forfeit dan hangus sekiranya tertuduh melarikan diri dari prosiding di Mahkamah.9Tinggi atau rendahnya wang jaminan adalah bergantung kepada risiko kehadiran tertuduh ke Mahkamah.

Kalau risikonya tinggi, maka tinggilah wang jaminan yang perlu dibayar oleh tertuduh dan begitulah sebaliknya.

 Tetapi kalau yang dituduh itu seorang Ketua Menteri, terikat dengan tugasan kerajaan dan seorang tokoh politik yang dikenali umum pula, sudah tentulah risikonya sangat rendah untuk beliau melarikan diri dan tidak hadir ke Mahkamah.

 Jadi, kalaupun Mahkamah mengkehendaki agar si tertuduh seperti di atas membayar wang jaminan, memadailah dengan satu jumlah yang minimal dan munasabah.

 Wang jaminan sebanyak RM1 juta untuk si tertuduh seperti KM Lim Guan Eng adalah sangat melampau, tidak masuk akal dan menyimpang dari tujuan asal tuntutan pembayaran wang jaminan.

 Ini saja sudah menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada badan kehakiman yang bukan sahaja mesti adil, tetapi mesti dilihat adil [must not only be fair, but must be seen to be fair]~ Mohd Fitri Bin Asmuni

Komen al-Husseyn :

  Tabiat orang ramai terutamanya orang Melayu di kampung-kampung, apabila melihat wang jaminan yang begitu besar, maka mereka akan dengan cepat dan mudah membuat tanggapan bahawa kes LGE ini amat serius dan  terus membuat rumusan bahawa Lim Guan Eng sudah tentu bersalah...

  Namun pendakwaan ini dilihat oleh masyarakat Cina sebagai penganiayaan oleh kerajaan Melayu keatas orang Cina. Orang Cina akan merasakan, mereka tidak akan dapat keadilan dari kerajaan Melayu UMNO.

  Reaksi serta merta ialah menaikkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada kerajaan Najib. Baca tulisan menarik mengenainya di sini

Comments (0)