Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PESAN DSAI PASCA PILIHANRAYA KUALA KANGSAR DAN SG BESAR

Posted: 25 Jun 2016 12:59 AM PDT



Pesanan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar


24 Jun 2016


Kepada rakyat Malaysia, juga teman-teman pembangkang seperjuangan:


Walaupun dari sudut kecil di dalam penjara ini, saya tahu bahawa keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini telah mengecewakan ramai. Saya tahu ramai yang menaruh harapan pada pembangkang untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman rejim yang menindas, korup dan bankrap moralnya. Malaysia tidak punyai harapan untuk membina masa depan yang lebih baik buat rakyatnya atau untuk dihormati dunia di bawah rejim sedia ada, dengan seorang perdana menteri yang berada ditengah-tengah skandal kewangan yang mempunyai implikasi yang sangat luas dan melibatkan pelbagai negara.

Parti-parti pembangkang mesti mengambil iktibar dan bermuhasabah di atas keputusan PRK ini, dan memahami dengan amat mendalam kelemahan-kelemahan kita. Sekarang bukanlah masa untuk mencari alasan atau menuding jari.

Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita mempunyai satu kewajipan untuk menjadi alternatif tulen buat rakyat. Ketepikan perbezaan dan perbalahan. Sampaikan keluhan dan rungutan dengan saluran yang betul; duduklah bersama untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.

Kebajikan rakyat dan negara lah yang paling utama; dan kita berkhidmat untuk rakyat. Kita perlu kalahkan BN dalam PRU14, kita perlu berjaya demi Malaysia!

Mereka yang tidak percaya ini boleh dilakukan dalam PRU yang akan datang, adalah salah. Tetapi untuk melaksanakannya, kita perlu bersatu. 


Ini bukanlah perkara yang mudah; kita perlu hadapi keseluruhan kekuatan dan taktik BN yang tidak demokratik. Tetapi usaha kita ini murni, walhal mereka hanya memegang kuasa demi kuasa. Jika kita bersatu demi rakyat, kita akan berjaya.
-
Message from Datuk Seri Anwar Ibrahim on the recent by-election results.


24 June 2016

To the Malaysian public, and my friends and colleagues in the opposition:


Even from this prison, I know that the results of the recent by-elections have disappointed many. I know the public have pinned their hopes upon the Opposition, to save Malaysia from the current oppressive, corrupt and morally bankrupt regime. Malaysia has no hope of making a better future for its people or of gaining the respect of the world under the current regime, whose prime minister is in the centre of a financial scandal of worldwide reach and implication.

The Opposition must look at this electoral outcome with humility, and take a hard look at our weaknesses. This is no time for excuses or blame.


Remember constantly that it is our moral duty to provide a genuine alternative to the people. Put aside all differences, put aside internecine quarrels. Bring up grievances in the proper forum; sit together and resolve matters.

Only the welfare of the rakyat and the country matters; and we exist to serve the Rakyat. We must defeat the BN in the 14th GE, we must come through for the sake of Malaysia!

Those who now think that this can't be done in the next GE, are wrong. But to do so, we must all pull together. It is not an easy task; we face the entrenched power and undemocratic tactics of the BN. But we have a noble cause, they merely cling to power for powers sake. If we stand united and determined for the sake of the Rakyat, we will prevail.


TAK CUKUP SEKADAR TIDAK BERMUSUH, TUN M PERLU SEGERA BERDAMAI SECARA TERBUKA DENGAN ANWAR

Posted: 25 Jun 2016 12:38 AM PDT


Di bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pengumuman Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar Ibrahim tentunya sesuatu yang menggembirakan sesiapa jua yang cintakan perubahan.

Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kepada Al Jazeera, "saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar, itu semua adalah masa lalu.

"Dia sekarang ditahan di penjara pun bukan kerana saya, tetapi kerana Najib."
Walaupun mungkin Anwar, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah, ahli keluarga dan ramai penyokongnya yang lain masih terguris hati dengan apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dalam episod hitam 1998 yang lalu, yang harus disedari juga ialah bukan saja pemenjaraan sekarang tiada kena mengena dengan Tun Mahathir, malah kegawatan kronik dalam negara sekarang amat memerlukan penyatuan kedua-dua tokoh tersebut.

Melihat kepada apa yang sedang berlaku dalam negara di bawah Najib sekarang, mesej penyatuan semula dan saling bermaaf-maafan antara Tun Mahathir dengan Anwar tidak mustahil akan mewujudkan gelombang yang lebih baik dalam sokongan rakyat ke arah perubahan.

Kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar, walaupun salah seorangnya berada di penjara, tetapi penyatuan hati mereka bakal mampu menarik sokongan rakyat pelbagai kelompok, apatah lagi melihat keadaan dalam negara yang begitu terancam dan memalukan di mata dunia sekarang ini.

Sebelum ini, program Selamatkan Malaysia yang ditunjangi oleh Tun Mahathir, di sebalik mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan pelbagai ketua masyarakat sivil, bukan saja Anwar terus melahirkan kebimbangan melalui surat yang ditulisnya dari dalam penjara, malah Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan mereka yang pro keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mengasingkan diri daripadanya.

Ini menjadikan seolah-olah Pakatan Harapan sendiri tidak memberi sokongan yang padu kepada agenda untuk menyelamatkan negara dan menyingkirkan Perdana Menteri, Najib Razak.

Blog ini sendiri pada 17 Mei lalu pernah menyarankan tentang perlunya Tun Mahathir dan Anwar segera bersatu dan berhenti mengungkit kesalahan serta menuding antara satu sama lain, jika benar Najib yang ingin ditumbangkan.


Maka itu, sebaik  Tun Mahathir sudah mengatakan beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar, suatu pertemuan antara beliau dengan keluarga Anwar seharusnya dapat segera diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Anwar sejak dulu lagi sering mengatakan sudah memaafkan kesalahan Tun Mahathir terhadapnya. Ketika bekas Perdana Menteri itu melancarkan gerakan Deklarasi Rakyat baru-baru ini pun, Anwar pada awalnya secara terbuka menyatakan sokongan dan menyebut tiada dendam peribadi antaranya dengan Tun Mahathir.

Hanya dalam surat yang ditulisnya saja Anwar meminta pimpinan PKR agar berwaspa dengan agenda Tun Mahathir, itu pun barangkali setelah melihat bekas Perdana Menteri itu dalam interbiu dengan media asing masih menyebut mengenai kesalahan masa lalu bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu sambil menanggapi Anwar mungkin sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.

Serangan berterusan Tun Mahathir itu tentu saja menyinggung Anwar yang menderita dalam penjara, lalu merangsangnya menulis surat kepada pimpinan PKR yang bukan saja mengingatkan agar berwaspada, tetapi juga menyebut beberapa perkara yang dilihatnya sebagai kesalahan pentadbiran masa lalu bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi keputusan pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini jelas memperlihatkan Tun Mahathir perlu berbaik-baik semula dan bersatu dengan Anwar untuk melonjakkan sokongan rakyat menolak Najib.

Sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sudah melupakan derita dan sengsara pernah dipenjara ketika Tun Mahathir berkuasa dan kini sanggup bergandingan tahun demi Malaysia, Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan lain-lainnya juga harus sama-sama berjiwa besar.

Menunjukkan jiwa besar, apatah lagi untuk kepentingan negara, akan menjadikan sesiapa yang berbuat demikian lebih dihormati dan disanjungi.

Najib dengan segala kelebihan jentera kerajaan, kuasa dan wang tanpa had, bukan semudah itu mahu dikalahkan.

Penyatuan semula Tun Mahathir dan Anwar untuk menghadapi PRU 14 adalah berita baik untuk rakyat, namun tentunya dalam waktu yang sama khabar menakutkan buat Najib. (SH 24/06/2016).

POLITIK MALAYSIA GUNUNG BERAPI, PRU 14 RAKYAT AKAN MUNTAHKAN LAHAR

Posted: 25 Jun 2016 12:29 AM PDT

Mufti Pahang mengiyakan ugutan ganas militan IS

Posted: 25 Jun 2016 12:21 AM PDT

rencana_muftipahangIS 


DAP sangat kesal dengan kenyataan Mufti Pahang, Dato' Seri Dr Abdul Rahman Osman yang berkata bahawa "hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar" dan menyifatkan DAP sebagai "kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam."
Kenyataan yang amat bahaya
Amat mendukacitakan sekali apabila beliau sanggup mencemarkan kedudukannya sebagai mufti, lagi-lagi dalam bulan Ramadan yang suci ini, dengan mengeluarkan tohmahan yang tidak berasas dan amat bahaya ini.
Malah, kenyataan yang sebegini melampau dan melulu ini seolah-olah mengiyakan ugutan keganasan terhadap warga dan pihak berkuasa Malaysia yang dibuat oleh militan IS yang tersebar baru-baru ini.
Justeru, adakah Abdul Rahman ingin bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini terhadap pemimpin atau ahli DAP akibat tindak balas mereka yang terpedaya dengan kenyataan beliau?
Bermotif politik semata-mata
Penyasaran DAP atas sebab "menentang pelaksanaan hukum hudud" jelas membuktikan bahawa kenyataan Abdul Rahman berunsurkan politik semata-mata. Ini kerana pelaksanaan hukum hudud versi PAS bukan hanya dikritik oleh DAP, malah ditentang lebih keras oleh sekutu BN sendiri termasuk Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, serta Nancy Shukri yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Demikian juga dengan parti komponen BN lain termasuk Gerakan, MIC dan MCA yang jauh lebih lantang menolak pelaksanaan hudud. Mengapa tiada sebarang kecaman dan ugutan untuk diperangi terhadap mereka ini?
Malahan, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun melihat hudud yang dijuarai PAS sebagai taktik politik semata-mata, dan tidak melihat adanya keperluan melaksanakan undang-undang ini melainkan hanya untuk mengalihkan perhatian rakyat. Apakah beliau juga wajib diperangi?
DAP tidak pernah mempersoalkan kedudukan hudud dalam konteks hukum Islam. Kritikan terhadap undang-undang hudud yang cuba dilaksanakan oleh PAS adalah tertumpu kepada pelaksanaannya memandangkan sifat masyarakat Malaysia yang majmuk dan kecelaruan yang wujud dari segi Perlembagaan Persekutuan. Malangnya, pendirian ini diputar belit sehingga dijadikan alasan untuk melabelkan DAP sebagai anti-Islam.
Amar makruf, nahi mungkar
Sebagai seorang yang bergelar ulama, Abdul Rahman sepatutnya mengamalkan amar makrufdan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Malangnya, selaku Mufti Pahang, beliau langsung tidak menyuarakan pendapat mengenai skandal bauksit di Kuantan atau penarahan Cameron Highlands secara berleluasa, walaupun jelas skandal-skandal ini terhasil daripada kerakusan dan kepincangan yang nyata oleh pemerintah.
Sebaliknya, beliau lagi sanggup bersikap takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) dan mengundang keganasan melalui tohmahan bahaya dan bermotifkan politik semata-mata untuk menghalalkan politik zalim pemerintah.
*Penulis merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP

YDP PAS mohon maaf, larangan azan hanya fitnah lapuk burukkan DAP

Posted: 25 Jun 2016 12:18 AM PDT



zairil


KUALA LUMPUR. 25 JUN: Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim semalam memohon maaf kepada DAP dan kerajaan Pulau Pinang berhubung kenyataannya yang mendakwa azan akan dilarang di masjid-masjid jika DAP memerintah.
Namun, beliau kemudiannya memberi alasan berkata demikian kerana bimbang kononnya DAP menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini kerana penentangan terbuka parti itu terhadap pindaan rang undang-undang 355 yang dibawa PAS di Parlimen baru-baru ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, namun ada pihak yang lebih gemar menunding jari ke arah DAP.
"Tun Mahathir juga tidak setuju, malah ramai pihak dari UMNO BN pun tak sokong pindaan itu. Kenapa hanya DAP yang dilabel sebagai anti-Islam atau melarang azan di masjid?
"Kalau (Shaharuddin) sudah minta maaf, cukuplah. Kenapa beliau mahu memanjangkan isu dengan mengatakan DAP menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini?
"Adakah kerana DAP sasaran paling mudah untuk difitnah berkaitan hal-hal Melayu dan Islam?" katanya.
Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu, sejak 2008, kerajaan Pulau Pinang dan DAP sentiasa menjadi mangsa fitnah untuk pihak-pihak tertentu, terutama berhubung isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.
"Sejak 2008, fitnah kononnya larangan azan berlaku di masjid-masjid Pulau Pinang berleluasa. Namun, kita tahu perkara itu tidak masuk akal dan tidak mungkin berlaku.
"Islam dimartabatkan di Pulau Pinang tanpa menindas agama-agama lain. Itu yang kita amalkan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, permohonan maaf dibuat oleh Shaharuddin itu jelas menunjukkan bahawa kenyataan beliau sebelum itu hanyalah fitnah yang berpandukan strategi politik semata-mata.
"Kita (DAP) harap selepas ini, tidak akan ada lagi pihak yang cuba memainkan isu kononnya DAP ini anti-Islam. Semuanya sudah terbukti fitnah," jelasnya. – Roketkini.com

Comments (0)