Followers

Nuffnang

Ustaz Moden's Weblog

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:35 PG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Kafir Harbi – NGO Aswaja Pertahan Mufti Pahang 

Posted: 29 Jun 2016 11:47 PM PDT

​KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).
1. ASWAJA hari ini mengadakan pertemuan dengan SS Dato Sri Mufti Pahang bagi mendapat penjelasan berhubung isu kafir harbi yang kini menjadi kritikan segelintir pemimpin DAP serta agamawan dan sarjana. 
2. ASWAJA berpuas hati dengan penjelasan yang berikan oleh SS Dato Sri Mufti dan kenyataan mengenai kafir harbi tidak ada cacat celanya. Malah  ia dibuat mengikut nas dan teks kitab ulama muktabar. Justeru,  ASWAJA berdiri teguh dibelakang SS Mufti Pahang dalam hal ini. Ahli politik,  sarjana dan agamawan seharusnya ‘tabayyun’ terlebih dahulu sebelum membuat ulasan bebas menerusi berita akhbar dan media yang masing-masing mempunyai motif tersendiri. Apapun,  istilah ‘harbi’ atau ‘aduwallah’ tetap sah dipergunakan bg mereka yg memusuhi Islam samada mereka memiliki taraf warganegara ataupun tidak.
3. Kenyataan Mufti Pahang cukup jelas dalam isu kafir harbi dan beliau tidak menghalakan kenyataan itu kepada DAP semata2. Jadi mengapa DAP perlu terasa dengan kenyataan ini?. Begitu juga dalam kenyataan itu beliau tidak menyeru umat Islam utk  mengangkat senjata bg memerangi bukan Islam yang menentang Islam. Tetapi kenyataan beliau dimanipulasi oleh segelintir agamawan dan sarjana ‘terlajak ulas’ dan mengaitkan kenyataan SS Mufti Pahang dengan keganasan. Hal ini menunjukkan sikap sembrono dan ‘terlebih prasangka’ terhadap SS Dato Sri Mufti Pahang.
4. Jika tidak mahu terpalit dengan kafir harbi DAP tidak sepatutnya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Hari ini tindakan DAP jelas menentang beberapa perkara yang membabitkan agenda umat Islam termasuk yang terbaru pindaaan Akta RUU 355 bagi meningkatkan martabat perundagan Islam itu sendiri demi hak dan kepentingan umat Islam di negara ini. Pihak-pihak yang bekerjasama dengan DAP pula tidak seharusnya mendiamkan diri apabila DAP mencampuri urusan kepentingan Islam hanya semata2 demi kelangsungan politik mereka. 
5. Dari segi istilah Kafir Harbi sememangnya tidak dinafikan Harbi bermaksud memerangai-diperangi. Namun, jangan sempitkan tafsiran ini dgn minda yg cetek. Islam sememangnya mengajar umatnya untuk tidak memerangi mana-mana pihak kecuali sekiranya Islam itu diperangi maka wajib bagi umat Islam mempertahankannya. 
Sebenarnya perbuatan memusuhi Islam atau sikap anti Islam boleh berlaku dalam bentuk ideologi, politik, ekonomi, sosial dan keagamaan. Ia tidak hanya dalam bentuk ancaman fizikal dan persenjataan semata-mata. Justeru, perbuatan memusuhi islam dan menyokong kumpulan yg memusuhi islam adalah haram dan wajib ditentang dgn hikmah dan kebijaksanaan.
6. Menentang kafir harbi  dalam konteks negara kita kini adalah dengan tidak menyokong golongan yg memusuhi Islam. Maknanya kalau benar DAP atau sesiapa sahaja menjadi kafir harbi maka umat Islam haram untuk menyokong apatah lagi mengangkat pemimpin yang secara jelas menentang Islam.
Menentang harbi juga boleh dibuat dgn cara memboikot aktivi ekonomi, politik dan sosial mereka. Ia bukan bermakna melakukan keganasan,  mengangkat senjata dan menumpahkan darah. Saya mengenali peribadi SS Mufti Pahang selama lebih 15 tahun sbg seorang yg alim, warak dan berjiwa penyayang.
7. Sehubungan dgn kes ini,  Majlis Fatwa Kebangsaan dan agensi agama sewajarnya membuat kenyataan dan takrifan yang jelas tentang kafir harbi sebagai pencerahan kepada masyarakat. 
ASWAJA juga memohon pihak Jabatan Agama Islam, PDRM dan SKMM memantau dan mengambil tindakan terhadap Mana2 individu dan kumpulan yg menghina SS Mufti Pahang dan melakukan provokasi melampau terhadap agensi agama Islam. Mereka perlu disiasat mengikut Akta Hasutan dan POTA 2015 demi kelangsungan hak keselamatan dan ketenteraman awam.
8.  ASWAJA tetap teguh mempertahankan kredibiliti Mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah,  agensi agama dan survival umat Islam dari dinodai oleh musuh islam dan perosak agama hingga hari kiamat.
9. ASWAJA menggesa seluruh umat Islam melakukan ‘qunut nazilah’ ke atas musuh Islam dan bangkit memberi sokongan kpd SS Muti Pahang sbg manifestasi solidariti,  kesatuan, hak autoriti dan survival umat Islam di negara  ini. 
Sekian terima kasih

Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari

30 Jun 2016


Comments (0)