Followers

Nuffnang

The Unspinners

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Mana perginya satu lawan satu? The more the merrier ...

Posted: 02 Jun 2016 06:30 PM PDT


Malam tadi AMANAH umum calun mereka untuk Kuala Kangsar. Seorang professor Fizik, lapor Malaysiakini. Boleh baca di http://snapshot2016.blogspot.my/

Mana perginya satu lawan satu? Jangan menipu nak kesal-kesal, Kak Wan jika satu lawan satu mesti ikut cakap parti kamu saja!

Maka 4 penjuru di Kuala Kangsar nampaknya.

Pro-Tun letak calun atas cadangan pentaksub yang merupakan bekas JASA dan mungkin dah bekas Ketua Cawangan Taman Cempaka, Syed Sharifuddin untuk letak Syed Rosli mulut macam p***mak.

Oleh kerana Kak Wan tak percaya pada Tun M, maka diletak juga calun PH dari parti Amanah.

Kenapa PKR tak letak? Satu perbincangan menarik ... Azmin tak ada juga. Mkini cover kata anak graduate di London tapi ada nampak dia menyorok di rumah di Taman TAR.

Walaupun Tun M dilaporkan Mkini berkata rakyat boleh pilih Anwar, DAP jika mahu, Kak Wan tak mungkin percaya. Tun M tak mahu Anwar dilepaskan. Sebelum dia nak serang Najib, 12 kali dia tanya Najib bila nak masukkan Anwar ke penjara? Mahkamah sekarang bukan macam mahkamah zaman Tun M ...

Kata-kata Tun M yang dilaporkan Mkini ada double, triple meaning. Secara literal boleh dianggap mudah sebagai pilihlah Anwar dan DAP.

Mungkin dia sindir jika rakyat nak sangat, pilih dan suffer lah dengan anwar dan DAP. Tujuan untuk takut-takutkan penyokong untuk masih kekal bersama UMNO ketika dia bersekongkol dengan PKR dan DAP.

Pasti ada interpretasi lain.

Calun Amanah di Kuala Kangsar ada kelebihan sebagai orang asal tempatan tetapi seperti Syed Rosli mulut macam p***mak, berapa kali mereka balik Kuale? Apa jasa?

Boleh pecahkah undi UMNO hingga akhirnya menyebabkan kekalahan ... itu saje tujuan Tun M dan bukan nak sangat Syed Rosli mulut macam p***mak menang.

Di Sungai Besar, Tun M dipercaya sudah rancang untuk letak calun GKCM. Calun Amanah itu yang baru saja masuk Amanah belum lagi cukup sebagai pelam Kerala. Nampaknya perlu dua calun pelam Kerala untuk pecahkan populariti Budiman dan UMNO.

Menurut banci UCSI yang dilaporkan Mkini, scalun BN sedang leading dengan 44.75%. Padanlah perlu pecahkan undi dari dalam UMNO.  Apa pun responden dan sample size survey cuma 400 orang. Dan ini selalunya strategi untuk kasi orang BN tidor dan over confident.

Menurut MyKMU, ambil pedoman dari Zin Badak di Sepang. Undi calun bebas boleh terbabaskan calun BN. Kenalah kerja kuat .... 

Tun M tak berapa kisah siapa menang, asal UMNO kalah. Itu satu lagi interpretasi kenyataan Tun M. Kunun untuk selamatkan UMNO dengan kalahkan UMNO.

Begitu juga dia kata untuk jatuhkan Pak Lah hingga sampai sekarang UMNO masih tak kuat kembali. Boleh fikirkah GKCM yang pentaksub. Tun M kata Cina kembali sokong jika Najib turun dan polisi Najib dihentikan... Cina ke kroni Cina dia?

Takpe lah ... the more the merrier. Itu demokrasi.

Harap kempen dengan bersopan dan berhemah. Takyah trick-trick sangat kerana orang hanya akan menyampah. Maki hamun dan fitnah lagi jangan jadi amalan. Rakyat dah political fatigue. Bosan ...

PAS pun bijak untuk tak jadikan modal politik dari isu Iddah. Orang UMNO yang masih ahli dan dipecat saja yang bodoh sangat tak nampak.

Cuma nak tahu sama menjadikah strategi pecah perintah pada bulan puasa?

Tambah lagi, mahukah orang buangkan masa melayan kempem dan ceramah politik lepas Terawih pada ketika mereka perlu bangun untuk sahur awal pagi? Baik duduk rumah mengaji dan berzikir ....

   

Tak patut kambinghitamkan Husam sebab dia specie Jamnapari

Posted: 02 Jun 2016 07:00 AM PDT


Saya jadi kambing hitam kesalahan orang lain – Husam

FMT Reporters | June 1, 2016

Husam turut mendakwa dirinya adalah mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang dalam segelintir pimpinan PAS.
PETALING JAYA: ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang baru dipecat PAS mendakwa dirinya telah dijadikan kambing hitam untuk kesalahan orang lain.

Bekas Naib Presiden PAS itu turut mendakwa dirinya adalah mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang dalam segelintir pimpinan parti Islam itu.

"Ia termasuk Yang Arif Pengerusi Jawatankuasa Disiplin sendiri yang telah menganiayai saya dengan tuduhan bersifat fitnah menjelang Muktamar PAS yang lalu," katanya dalam satu surat sepanjang 29 halaman hari ini.

Husam turut menafikan dakwaan beliau memburukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memfitnah kerajaan negeri Kelantan berkaitan isu kayu balak serta dituduh memberi gambaran negatif terhadap PAS tidak benar sama sekali.

Sambung SINI

Memang Husam bukan kambinghitam tapi kambing Jamnapari. http://snapshot2016.blogspot.my/

Terimalah hakikat kamu gagal dan kini perlu digugurkan. Politik kamu sudah tidak selari dengan parti dan mengkritik parti.

Jangan nak salahkan orang lain. Kamu memang teruk Husam!

Comments (0)