Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:10 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Ibrahim Ali: Man ... "I cannot understand"

Posted: 08 Jun 2016 08:30 PM PDT


Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali sudah terbitkan memoir bertajuk dalam bahasa Inggeris "Misunderstood man".

Husin rasa tajuk lebih sesuai adalah "I cannot understand" man.


Bukan sebab pendirian Ibrahim dalam usaha untuk rekacipta kontroversi dengan ahli Parlimen Langkawi, Dato Nawi tentang cukai hak kerajaan atau rakyat.
Husin malaih berpolemik dalam isu yang hanya retorik dan akhirnya "I understand" dua-dua tidak salah sepenuh dan betul sepenuh.
Bukan sebab pendirian Ibrahim untuk Perkasa tidak ambil mana-mana pihak dalam kedua-dua PRK Sungai Besar  dan Kuala Kangsar. Maklumlah ahli-ahli Perkasa ada yang ahli UMNO, ada yang ahli PAS, dan ada yang pentaksub Tun M.

Husin tidak berapa kisah dan bukan sebab "I cannot understand".
Bukan sebab pendirian Ibrahim nak jaga jaga hati UMNO, PAS dan pentaksub Tun M.
Ada penyumbang wang pada Perkasa adalah orang UMNO. Mungkin Ibrahim mahu empit PAS untuk bantu Tun M tapi sambl itu empit untuk tanding Pasir Mas atas tiket PAS.

Pastinya Ibrahim perlukan payung Tun Dr Mahathir. Malah Tun M dan Tun Dr SIti Hasmah dijemput berucap di majlis pelancaran.


Husin "understand".
Bukan sebab Ibrahim sering berubah pendirian dan pendapat mengikut peredaran politik. Adakala berubah mengikut peluang dan arah angin yang akan beralih. 
Hal begini Husin tidak kisah. Biasalah orang politik. Tidak sampai "I cannot understand."
Bukan sebab ada perbezaan pendirian dan pandangan dengan Ibrahim buat masakini berkenaan politik, keadaan negara semasa dan perjuangan untuk Melayu dan Islam.
Husin tidak lihat perbezaan hingga sampai ketahap "I cannot understand" Ibrahim. Tun M tidak personal, tiada emosi, dan tiada ketaksuban.

Semua hanya permainan politik,
Yang buat Husin kata Ibrahim "I cannot understand" man hanya sebab terjemahan "Misunderstood man" ke dalam  bahasa Melayu bukannya "Perjuangan tanpa noktah".  

Man ... "I cannot understand."

Wow! Syabas Tok Him upaya tulis buku.

Comments (0)