Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:47 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Apa lagi sanggup dilakukan?

Posted: 13 Jun 2016 07:00 PM PDT


Mesin Taip Buruk meletakkan gambar di atas sambil bertanya respon Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz melihat Tun M berkempen bersama Lim Kit Siang.

Masing-masing terkejut dengan kenyataan Tun M yang merendahkan maruahnya.

Dari dua tahun lepas, Husin dengar macam-macam perkembangan, analisa dan kisah belakang tabir. Setiap kali didengar ianya dikongsi dengan pihak yang diperkatakan. Bukan jawapan yang mahu didengar tapi reaksi yang mahu dilihat.

Kini semua yang diperkatakan sudah berlaku. Semua yang Husin dan ramai rakan tidak sangka akan berlaku sudah berlaku. Tidak perlu nak disebut semua.

Mula-mula konon nak selamatkan UMNO. Kemudian, keluar UMNO dan kritikan dikatakan hanya mahu Dato Najib saja jatuh dan bukannya UMNO.

Bila UMNO bersama Najib, pastilah menjatuhkan Najib akan jatuhkan UMNO sekali. Pasti bukan untuk selamatkan UMNO bila tandatangani Deklarasi Rakyat bersama pembangkang dan NGO-NGO songsang.

Timbul alasan baru mahu selamatkan Malaysia. Sambil tu kata tiada pihak mana-mana parti. Habis tu, menyokong PAN itu untuk apa?

Maka Husin rasa tiada apa lagi yang boleh dijangka di mana sempadan tindak tanduk Tun. Apa lagi yang sanggup dilakukan agar kehendak dan tuntutannya diterima. Sebut akan balik ke UMNO akhirnya pun tidak boleh jika dua syaratnya tidak diakur.

Lantaklah apa yang akan dilakukan. Bulan puasa yang sepatutnya untuk melatih diri menjauhi dari perbuatan tidak baik pun tidak dipedulikan lagi.

Husin hanya doakan Tun agar teguhkan imannya agar jangan pula tergamak tidak mahu lagi seagama dengan Najib dan Hadi dan kedua mereka dituduh sesat.

Wow! Dulu UMNO dilabel sesat

Comments (0)