Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:04 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Dr. Zuhdi Marzuki dedah keburukan PAN

Posted: 07 Jun 2016 09:43 AM PDT

Dap tolak debat dengan Gerakan dalam isu terowong

Posted: 07 Jun 2016 09:38 AM PDT


EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng enggan menyahut cabaran Gerakan Pulau Pinang untuk mengadakan debat awam berkenaan terowong dasar laut.

Antara sebab yang diberikan ialah:

Sebab pertama: Semua persoalan berkenaan projek RM6.3 bilion telah pun dijawab dan tiada keperluan untuk berdebat.

Beliau berkata bahawa “Datuk Abd Rahman Dahlan telah bertanyakan soalan sebanyak tiga kali dan kami menjawab setiap soalan tersebut sepenuhnya dengan jelas sehingga beliau sudah tidak mempunyai soalan lagi,”

Sebenarnya, Dato’ Rahman Dahlan telah bertanyakan soalan sebanyak empat kali dan kebanyakan jawapan yang diberi kelihatan seperti putar belit dan tidak menjawab soalan. Lagipun pada kenyataan akhir beliau, ternyata Lim Hock Seng sendiri yang mengatakan bahawa beliau enggan memjawab apa-apa soalan lagi daripada Dato’ Rahman Dahlan selepas ini.

Sebab kedua: “Siapa kamu?”

Lim Hock Seng berkata:

“Saya tidak sombong tetapi siapakah Jason Loo? Saya tidak boleh melayan sebarang cabaran debat awam, sekurang-kurangnya cari orang yang sama taraf dengan saya,”

Baiklah, tidak mengapa jika itu yang kamu maksudkan tidak sombong walaupun Jason merupakan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang.

Sebab ketiga: “Boleh selalu menulis kepada saya”

“Jika Loo mahukan jawapan berkenaan terowong dasar laut tersebut, dia boleh menghantar soalan tersebut ke pejabatnya. Kami akan menjawab semua soalannya dan dia juga boleh membuat permohonan untuk melihat dokumen di bawah Akta Kebebasan Maklumat,” kata YB Lim.

Baiklah. Semua soalan boleh dihantar ke pejabatnya dan dia boleh minum kopi dan kautim bersama Lim dan yang lain.

Sebenarnya, Gerakan Penang dan ramai lagi telah banyak kali membuat permohonan dibawah Akta Kebebasan Maklumat tetapi Kerajaan Pulau Pinang enggan memberikan dokumen tersebut kepada mereka. Lagipun, YB Lim sendiri mengatakan bahawa mereka tidak akan mengubah dokumen Terowong Pulau Pinang tersebut pada Jumaat lepas.

Sebab kelima: “Beliau percaya bahawa semua persoalan daripada Gerakan Penang hanya sebahagian daripada taktik untuk melambatkan projek infrastruktur.”

Kami tidak berhak bertanyakan tentang tanah yang bernilai berbilion Ringgit sama ada diberi atau akan dihasilkan, yang menelan kos perbelanjaan hampir ratusan bilion hanya untuk “laporan dan penyelidikan”? Adakah anda bermaksud pertanyaan tersebut sama seperti “mensabotaj” seperti yang dikatakan oleh Lim Hock Seng pada Jumaat lepas?

Adakah itu bermaksud DAP sengaja mensabotaj banyak projek Kerajaan Pulau Pinang untuk berdekad lamanya?

Sebab keenam: “Beliau juga mendedahkan bahawa laporan terhadap projek tersebut telah dibuat dengan MACC”

Bukankah kamu semua telah menolak sebab ini apabila debat antara Lim Guan Eng dan Rahman Dahlan dibatalkan selepas PDRM dan MACC mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberhentikan debat tersebut?

Sekarang, kamu menggunakan sebab yang sama juga untuk menolak debat tersebut.

Diterjemah oleh : KKMM

Sumber:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/penang-exco-says-no-to-gerakans-tunnel-project-debate-challenge

Calon PAN Kuala Kangsar pertahan Projek Lynas yang dibantah oleh Pkr dan Dap

Posted: 07 Jun 2016 09:21 AM PDT

#KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR : Nizar PAN puasa atau tidak?

Posted: 07 Jun 2016 07:37 AM PDT

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini mengecam tindakan Timbalan Pengerusi PAN  Perak Nizar Jamaluddin yang didakwanya berterusan membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan Barisan Nasional

Menyifatkan Mohammad Nizar sebagai 'penipu bersiri', Zambry berkata bekas menteri besar Perak itu dilihat tanpa henti memfitnah dan membangkitkan isu tertentu walaupun telah diperjelaskan kerajaan sebelum ini.

"Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihanraya  Kuala Kangsar di sini hari ini.

Zamry berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Mohammad Nizar yang mengatakan Zambry memberi tanah kepada kroni tertentu dalam ceramah umum parti itu di Kampung Sayong Lembah, di sini malam tadi

Nizar yang dipetik dalam media sosial turut berkata "Allah mahu orang Kuala Kangsar 'mengajar' (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar".

Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu, Zambry berkata perkara itu telahpun diperjelaskan sebelum ini termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak.

"Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan," katanya.

Zambry meminta para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang itu.

HUTANG NEGARA KEPADA KDNK DIJANGKA BERKURANGAN

Posted: 07 Jun 2016 02:54 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MSIA

Kementerian kewangan ingin merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh Nikkei Asian Review pada 3 Jun 2016 berkaitan kedudukan hutang negara yang didapati tidak berasas. Kerajaan adalah komited dalam memastikan kedudukan hutang tidak melebihi paras berhemat 55% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sehingga akhir 2015, hutang kerajaan persekutuan yang merangkumi hutang domestik serta hutang luar pesisir mencatat RM630.5 billion atau 54.5%daripada KDNK. Daripada jumlah ini, 97% adalah hutang domestik manakala bakinya adalah hutang pesisir luar. Oleh itu, pendedahan terhadap risiko pertukaran mata wang asing adalah rendah.

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurang kepada sekitar 53% daripada KDNK pada tahun 2016. Ini berikutan langkah konsolidasi fiskal yang berterusan dan pindahan sebahagian hutang berkaitan skim pinjaman perumahan penjawat awam kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Kerajaan juga akan sentiasa memastikan pembiayaan serta obligasi bayaran khidmat hutang dilaksanakan pada kos yang minimum.

Defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015 mencatat 3.2% daripada KDNK dan dijangka terus berkurang kepada 3.1% pada tahun 2016. Selain mengurangkan paras defisit secara berperingkat, langkas konsolidasi fiskal akan turut mengurangkan paras hutang. Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi mencapai bajet berimbang pada tahun 2020.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
7 Jun 2016

Angka 5 cukup bermakna bagi keluarga Datin Mastura

Posted: 07 Jun 2016 01:39 AM PDT

Allahyarham Datuk Wan Khair-il Tinggalkan Hasil Kerja Yang Baik Di Kuala...

Posted: 07 Jun 2016 01:35 AM PDT

Comments (0)