Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:59 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


PEMERIKSAAN KESELAMATAN PERCUMA DI MUSIM PERAYAAN INI UNTUK PEMILIK PROTON

Posted: 29 Jun 2016 12:11 AM PDT


SUBANG JAYA, 29 Jun 2016 –

Selari dengan tradisi sambutan perayaan Hari Raya, PROTON Holdings Bhd ('PROTON' atau 'Syarikat') sekali lagi menyediakan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma kepada pelanggan-pelanggannya di stesen-stesen PETRONAS yang terpilih.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan PETRONAS bersempena kempen PETRONAS "Coffee Break".

Pemeriksaan keselamatan percuma ini sah dari 2 hingga 4 Julai 2016, dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Selaras dengan kempen PETRONAS "Coffee Break" yang telah diperluaskan ke lebih banyak stesen-stesen PETRONAS, wakil-wakil PROTON akan ditempatkan di 10 stesen yang berbeza di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.

"Pada 2015, kami hanya berada di 5 buah Stesen PETRONAS untuk inisiatif kesedaran keselamatan oleh PROTON dan disebabkan peningkatan kadar kesedaran di kalangan pemilik Proton, kami berupaya untuk menambahkan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan ini ke 7 buah Stesen PETRONAS semasa musim perayaan Tahun Baru Cina Februari lalu.

Kami bersyukur di atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kerana PETRONAS kini mengembangkan capaian kami kepada 10 buah Stesen PETRONAS untuk musim perayaan ini, supaya kami dapat menyediakan pemeriksaan keselamatan percuma kepada lebih ramai orang, terutama mereka yang menggunakan lebuh raya utama untuk perjalanan pulang ke kampung.

Malah, kepada mereka yang bukan dalam perjalanan ke kampung juga boleh mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan segera bagi memastikan kereta Proton mereka berada dalam keadaan yang baik," kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Pemeriksaan keselamatan 20 mata ini termasuk pemeriksaan ke atas sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pemilik Proton juga akan dibekalkan dengan beg cenderahati yang diisi kuih-muih dan air mineral sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diberikan.

Pelanggan boleh singgah di pusat-pusat yang terletak di Stesen PETRONAS, seperti di bawah:

1. Kawasan Pusat Bandar
    Stesen PETRONAS NKVE Subang, Selangor
    Stesen PETRONAS Penchala Link, Selangor (arah Damansara)
2. Kawasan Utara
      Stesen PETRONAS Taman Nilam Sari, Sungai Petani, Kedah
       Stesen PETRONAS Bandar Anak Bukit, Alor Setar, Kedah
       Stesen PETRONAS Tok Kangar, Juru, Penang
3. Kawasan Selatan
- Stesen PETRONAS Air Keroh 3, Peringgit, Melaka
- Stesen PETRONAS Bakri 2, Muar, Johor

4. Kawasan Pantai Timur
    Stesen PETRONAS Bentong R & R, Bentong, Pahang
     Stesen PETRONAS Gambang Arah Timur, Kuantan, Pahang
      Stesen PETRONAS Taman Guchil Jaya, Kuala Krai, Kelantan

Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen keselamatan berterusan di seluruh negara di mana pemilik Proton boleh membawa kereta mereka ke mana-mana pusat servis PROTON untuk pemeriksaan keselamatan percuma PROTON percaya kempen keselamatan ini mampu membantu untuk mewujudkan kesedaran kepada pelanggan dan pengguna jalan raya terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan keselamatan, dan menyediakan peluang untuk mendidik dan
meningkatkan keselamatan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com.

Pelanggan juga boleh melawati laman rasmi Facebook
kami di www.facebook.com/ProtonCars untuk maklumat dan lokasi-lokasi bagi kempen ini.

Bumi Kita Besar

Posted: 28 Jun 2016 09:40 AM PDT

Dianggarkan keluasan permukaan Bumi adalah 197 juta batu persegi (510 juta km persegi). Kira-kira 71 peratus diliputi oleh air dan 29 peratusnya adalah tanah.


Namun benarkah fakta ini?


Saya tidak tahu samada ianya benar atau tidak. Namun saya bawakan beberapa nas berkaitan bumi untuk sama-sama kita renungi.


Cetusan ini bukan mahu membuktikan samada Bumi mendatar atau pun sfera. Cuma mahu menimbulkan keraguan tentang fakta keluasan Bumi sahaja. Saya akan sertakan beberapa Nas untuk dijadikan sebagai hujah.




Nas 1: Bumi 7 Lapis


"Allahlah yang menciptakan 7 langit; dan seperti itu juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Allah ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu". [Ath-Thalaq/65: 12]


Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda; "Barangsiapa mengambil sejengkal tanah (orang lain) secara zalim, maka kelak Allah himpitkan kepadanya pada hari kiamat (dengan) 7 lapis bumi" [HR Bukhari no.2320 & Muslim no. 1610]




Nas 2: Bumi Seperti Langit


Surah yang sama di atas, Ath-Thalaq/65: 12


"Allahlah yang menciptakan 7 langi ; dan seperti itu juga bumi..."


Penciptaan dan langit dan bumi serupa iaitu berlapis dan bertingkat




Nas 3: Jarak Antara Lapisan Bumi 500 Tahun


Sudah dimaklumkan di atas, penciptaan langit dan bumi adalah serupa iaitu berlapis dan bertingkat. Bumi juga berlapis dan bertingkat seperti langit. Jaraknya juga sama. Ketebalan bumi dan jarak antara lapisan bumi adalah 500 tahun perjalanan seperti juga langit seperti hadis di bawah.


Dari Al-'Abbas bin 'Abdil-Muthallib radliyallaahu anhu, ia berkata;


Telah bersabda Rasulullah sallallaahu alaihi wa sallam: "Tahukah kamu sekalian berapa jarak antara langit dan bumi ?".


Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".


Beliau bersabda: "Antara langit dan bumi jaraknya 500 tahun perjalanan, dan antara satu langit ke langit lainnya jaraknya 500 tahun perjalanan, sedangkan ketebalan masing-masing langit adalah 500 tahun perjalanan. Antara langit yang ketujuh dengan Arsy ada lautan, dan antara dasar lautan itu dengan permukaannya seperti jarak antara langit dan bumi. Allah taala di atas semua itu dan tidak tersembunyi bagi-Nya sesuatu apapun dari perbuatan anak keturunan Adam". Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya. [Kitaabut-Tauhiid Alladzii Huwa Haqqullaahi 'alal-'Abiid, hal. 149, tahqiq : 'Abdul-'Aziiz bin 'Abdirrahmaan As-Sa'iid dll.; Cet. Universiti Al-Imam Muhammad bin Su'ud, Riyadl].




Nas 4: Neraka Berada Di Lapisan Ke-7 Bumi


Dari Hilaal bin Yasaaf, dia berkata: Kami pernah duduk bersama Kaab, iaitu aku, Rabii' bin Khutsaim, Khaalid bin 'Ar'arah, dan beberapa orang sahabat kami yang lain. Lalu Ibnu Abbaas datang dan duduk di samping Kaab lalu berkata:


"Wahai Kaab, khabarkan kepadaku tentang Sijjiin".


Kaab menjawab: "Adapun Sijjiin, maka dia adalah bumi ke-7 yang paling bawah. Padanya arwah orang-orang kafir di bawah kelompok Iblis" [Diriwayatkan oleh Ath-Thabariy dalam Jaami'ul-Bayaan 24/282. Diriwayatkan juga oleh Ibnul-Mubaarak dalam Az-Zuhd no. 1223 dari jalan Jaafar bin Al-Mughiirah dari Syimr, dari Kaab. Dua jalan ini saling menguatkan dan dekat dengan darjat hasan, wallaahu a'lam].




Nas 5: Kedalaman Neraka 70 Tahun Perjalanan


Dari Abu Hurairah radhiyallaahu anhu, "Kami bersama Rasulullah sallallaahu alaihi wa sallam, tiba-tiba terdengar suara benda jatuh. Maka Nabi sallallaahu alaihi wa sallam bertanya, "Tahukah kalian apakah itu?"


Kami pun menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui".


Rasulullah berkata, "Itu adalah batu yang dilemparkan ke dalam neraka sejak 70 tahun lalu. Batu itu jatuh ke dalam neraka, hingga baru mencapai dasarnya tadi". [HR. Muslim 2844]




Kesimpulan:


Merujuk kepada nas-nas yang telah diberikan beberapa kesimpulan tentang Bumi dapat diberikan iaitu:


1- Ketebalan Bumi adalah 500 tahun perjalanan.


2- Jarak antara lapisan Bumi adalah 500 tahun perjalanan.


3- Lapisan terakhir Bumi adalah Neraka yang sangat dalam iaitu 70 tahun perjalanan


4- Ketebalan setiap 7 lapisan Bumi + 6 Jarak antara lapisan Bumi = (13 x 500) = 6500 tahun perjalanan (unta) untuk tiba ke lapisan Bumi yang ke-7. (Tidak termasuk kedalaman Bumi yang ke-7 lagi)


5- Tiada beza 500 tahun perjalanan dengan 70 tahun perjalanan. Rujuk hadis ini;


"Dan At Tirmidzi meriwayatkan yang seperti itu juga dari hadis Abu Hurairah, dan di dalamnya terdapat perkataan: "Jarak antara satu langit dengan langit lainnya adalah 500 tahun". Tidak ada pertentangan antara keduanya, kerana perhitungan selama 500 tahun adalah dengan perjalanan unta, sedangkan 70 tahun lebih adalah dengan perjalanan kuda. Kerana itu, boleh dibilang bahawa jarak antara kita dengan Mesir adalah 20 hari perjalanan biasa atau 3 hari perjalanan kuda. Syaarik meriwayatkan sebahagian hadis ini dari Sammaak secara mauquf. Inilah akhir dari perkataan Ad Dzahabi" [Fathul-Majiid]


500 tahun - unta
70 tahun - kuda


Dapat dikeluarkan beberapa sifir jarak:


Jarak Madinah - Mesir: sekitar 900km


1) 3 hari perjalanan kuda
2) 20 hari guna unta
3) 90 hari jalan kaki


Oleh sebab hadis Muslim di atas menggunakan ukuran 70 tahun maka:


1 bulan menunggang kuda, akan menempuh jarak 9000km.
1 tahun berkuda akan melalui jauh 108000km.
70 tahun berkuda bersamaan dengan jauh 7560000km = 7.5 j km


6- Boleh juga ditulis, Ketebalan setiap 7 lapisan Bumi + 6 Jarak antara lapisan Bumi = (13 x 70) = 910 tahun perjalanan (kuda) untuk tiba ke lapisan Bumi yang ke-7 iaitu sekitar 97.5 juta km. (Tidak termasuk kedalaman Bumi yang ke-7 lagi)


7- Jadinya, jika kita mengandaikan bumi itu sfera, anggaran diameter bumi adalah 202.5 juta km


8- Jarak yang diberikan di atas adalah untuk mengukur ketebalan setiap Bumi dan jarak antara lapisan Bumi sahaja. Berapa luas permukaan Bumi belum lagi dikira.


Maka, setelah melihat nas-nas ini, persoalan yang timbul, adakah Bumi yang kita diami hanya sebesar seperti yang diwar-warkan oleh saintis barat? Atau mereka telah tersilap dalam teori mereka? Allahu a'lam..


https://www.facebook.com/abuaqifstudio/photos/a.189184067857130.36536.145878152187722/894192177356312/

Comments (0)