Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:50 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Analisa Awal Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar

Posted: 19 Jun 2016 01:24 AM PDT

Pilihanraya Kecil ("PRK") P067 Kuala Kangsar yang diadakan pada 18hb Jun 2016 menyaksikan peratus keluar mengundi sebanyak 71.4% daripada jumlah pengundi berdaftar sebanyak 32,949 pengundi.

Keputusan Rasmi PRK ini adalah seperti berikut:

BN : 12,653 undi
PAS: 5,684 undi
PAN: 4,883 undi
Bebas: 54 undi

1. Peningkatan Majoriti Mutlak

Dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar semalam, peratus peningkatan majoriti mutlak Barisan Nasional berbanding dengan pencabar terdekat iaitu PAS, Barisan Nasional mencatatkan peningkatan perolehan undi sebanyak 7.7 kali berbanding dengan PRU13 iaitu daripada majoriti mutlak sebanyak 1,082 undi (3.9%) kepada majoriti mutlak sebanyak 6,969 undi (29.9%).

2. Peningkatan Undi BN berbanding Undi Gabungan Parti Lawan

PRK Kuala Kangsar juga melihatkan peningkatan dari segi undi kepada BN berbanding undi yang diperolehi oleh PAS campur PAN iaitu sebanyak 2.3 kali. Jumlah majoriti berubah daripada 1,082 undi (3.9%) semasa PRU kepada 2,086 undi (9.0%) semasa PRK.

3. Pergerakan Undi Mengikut Bangsa

Dari segi peningkatan undi Melayu, analisa kami menerusi keputusan dari PDM menunjukkan Barisan Nasional berjaya memperoleh undi Melayu dalam linkungan 54% ke 58% pada PRK semalam. Manakala dari segi peningkatan pengundi berbangsa Cina pula, analisa kami menunjukkan Barisan Nasional memperoleh dalam lingkungan 46% ke 50% undi bangsa Cina pada PRK semalam. Analisa ini dijalankan berdasarkan kaedah sediada yang terbaik mengikut analisa setiap PDM dengan anggapan bahawa peratusan keluar mengundi adalah sama merentas kaum.

4.Sokongan Pengundi Muda Naik

Dari segi pengundi muda, analisa kami berdasarkan saluran menunjukkan peningkatan sebanyak 3.5 % pada PRK ini berbanding dengan PRU. Dianggarkan sebanyak 49.9% pengundi saluran muda mengundi BN pada PRK ini berbanding 46.4% semasa PRU.

***

Analisa Pilihanraya Kecil (P093) Sungai Besar

Pilihanraya Kecil ("PRK") P093 Sungai Besar yang diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar pada 18hb Jun 2016 menyaksikan peratus keluar mengundi sebanyak 74.4% daripada jumlah pengundi berdaftar sebanyak 42,655 pengundi.

Keputusan Rasmi PRK ini adalah seperti berikut:

BN : 16,800 undi
PAS: 6,902 undi
PAN: 7,609 undi

1. Peningkatan Majoriti Mutlak

Dalam PRK Sungai Besar semalam, peratus peningkatan majoriti mutlak Barisan Nasional berbanding dengan pencabar terdekat iaitu PAN, Barisan Nasional mencatatkan peningkatan perolehan undi sebanyak 26.7 kali berbanding dengan PRU13 iaitu daripada majoriti mutlak sebanyak 399 undi (1.1%) kepada majoriti mutlak sebanyak 9,191 undi (29.4%).

2. Peningkatan Undi BN berbanding Undi Gabungan Parti Lawan

PRK Sungai Besar juga melihatkan peningkatan dari segi undi kepada BN berbanding undi yang diperolehi oleh PAS campur PAN iaitu sebanyak 6.6 kali. Jumlah majoriti berubah daripada 399 undi (1.1%) semasa PRU kepada 2,289 undi (7.3%) semasa PRK.

3. Pergerakan Undi Mengikut Bangsa

Dari segi peningkatan undi Melayu, analisa kami menerusi keputusan dari PDM menunjukkan Barisan Nasional berjaya memperoleh undi Melayu dalam linkungan 57% ke 61% pada PRK semalam. Manakala dari segi peningkatan pengundi berbangsa Cina pula, analisa kami menunjukkan Barisan Nasional memperoleh dalam lingkungan 35% ke 40% undi bangsa Cina pada PRK semalam. Analisa ini dijalankan berdasarkan kaedah sediada yang terbaik mengikut analisa setiap PDM dengan anggapan bahawa peratusan keluar mengundi adalah sama merentas kaum.

4. Sokongan Pengundi Muda Naik

Dari segi pengundi muda, analisa kami berdasarkan saluran menunjukkan peningkatan sebanyak 4.0% pada PRK ini berbanding dengan PRU. Dianggarkan sebanyak 48.4% pengundi saluran muda mengundi BN pada PRK ini berbanding 44.4% semasa PRU.

Sekian.

Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI)
Pemuda UMNO Malaysia

“Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kuala Kangsar - Kak Mas

Posted: 19 Jun 2016 01:18 AM PDT



19/06/2016 -- ‪#‎PRKKualaKangsar2016‬: Kemenangan BN Bukti Rakyat Letak Kepercayaan Terhadap Kepimpinan Tertinggi:- Datin Mastura Yazid

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar merupakan satu manifestasi yang rakyat meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kepimpinan kerajaan.

Demikian ulasan yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang baharu, Datin Mastura Yazid selepas keputusan PRK menyaksikan BN mengekalkan kerusinya di parlimen tersebut.

"Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Kuala Kangsar yang memilih untuk meneruskan kesinambungan khidmat bakti Barisan Nasional di Bandar Diraja ini sejak lebih daripada empat dekad lamanya

"Saya masih memerlukan sokongan seluruh warga Kuala untuk pasti pembangunaan dapat dilaksanakan (di kawasan ini),"katanya kepada pemberita pada satu sidang media di rumahnya di Bukit Chandan malam tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan isteri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta jentera BN yang lain.

Keputusan PRK memihak kepada BN dengan kemenangan 12,653 undi iaitu majoriti 6,969 undi dan sterusnya menewaskan PAS (5,684 undi), AMANAH (4,883 undi) dan Bebas (54 undi).

"Keikhlasan yang dipamerkan oleh jentera yang berkempen selama dua minggu telah menyentuh hati saya, lebih-lebih lagi keranan keterbatasan saya sebagai calon yang tidak boleh keluar berkempen.

"Ribuan terima kasih diucapakan kepada pucuk kepimpinan Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isterri, Menteri Besar dan isteri serta seluruh barisan di peringkat Negeri dan Pusat.

"Saya juga khaskan juga kepada pengundi Kuala yang telah beri saya kepercayaan menjadi wakil mereka di parlimen,"ucap Datin Mastura yang merupakan balu kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad

Sepanjang kempen selama dua minggu, beliau yang telah diwakili oleh anak-anaknya untuk bertemu dengan rakyat.

"Berkempen selama dua minggu adalah pengalaman yang luar biasa dan istimewa, asasnya kami menyokong ibu kami untuk sambung perjuangan papa kami.

"Kami terima kasih kepada pengundi kerana beri kepercayaan kepada ibu kami," kata anak sulungnya, Wan Emir Astar. Jay Nair

Saya tidak menyesal, kata Ahmad Termizi

Posted: 18 Jun 2016 10:52 PM PDT

Comments (0)