Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:25 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Pembangkang dalam usaha jatuhkan lawan dengan buah terakhir. #KakMasForKuale

Posted: 17 Jun 2016 01:01 AM PDT


Seperti yang dijangkakan dari awal, pembangkang akan menyerang lawan dengan buah akhir untuk  KO lawan.

Perkara sebegini sudah diamalkan puluhan tahun yang lalu, walaupun  Hadi Awang berpesan supaya prk kali ini semua parti perlu membawa politik matang, namun seruan tersebut tidak mendatangkan keinsafan kepada mereka. 

Setelah semua banner,  bendera dan billboard musnah dek dendam kesumat,  hari ini satu lagi fitnah sedang tersebar luas di seluruh Kuala Kangsar,  benda tersebut ialah salinan fotostat cek kepada calon, kononnya beliau menerima sejumlah wang bagi pihak suami nya.  

Tetapi mereka lupa edit tarikh dan ia cerita lama, jelas ia menunjukkan fotostat tersebut milik datin dan Partner,  kenapa partner?  Sebab calon adalah peguam dan mempunyai rakan kongsi.

Jangan lah buat dosa, bulan puasa ni!  


Sent from Samsung tablet.

#WaibiBudiman #PrkSgBesar Pembangkang masih belum bertamadun

Posted: 16 Jun 2016 07:56 PM PDT

Sedih teramat sedih, setiap kali diadakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil baner, billboard calon BN akan menjadi mangsa.

Kata nak berpolitik secara matang tetapi hakikatnya masih jauh tersasar.  Tak ada perasaan malu langsung. 



Sent from Samsung tablet.

AWAS JANGAN TERPEDAYA DENGAN JUDI BOLA DAN JUDI #PRKSgBesar

Posted: 16 Jun 2016 02:56 PM PDT

Sekarang musim bola UEFA EURO 2016, Tauke judi haram sedang mencari pelanggan dengan pelbagai cara untuk menipu peminat bola.  Euro 16 sama seperti World Cup 4 tahun sekali, tak ada pun kaki judi yang kaya raya sebaliknya berhutang keliling pinggang untuk terus hidup. Menang RM100 tetapi wang yang habis beribu ringgit.

Kini tauke judi cuba menipu pula dengan judi PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Cuma bezanya ialah cara dan syarat judi agak pelik sikit.

Tauke judi meletakan syarat yang belit macam ular. Syaratnya ialah Jika BN menang wang pulangan 2 kali ganda wang taruhan. Jika PAN menang 10 kali ganda ganjarannya.

Ini adalah Psikologi untuk kepada tauke judi untuk menipu pelanggannya.Kepada yang termakan hasutan tauke judi, mereka akan berusaha supaya pengundi terutama orang Cina mengundi calon PAN.

Kenapa tauke judi berani meletakan ganjaran sedemikian  kerana mereka tahu  BN akan menang besar. Jadi keuntungan mereka juga besar,

Prosiding Kes Perceraian Terbesar Tahun Ini pada Isnin Depan Ditangguhkan

Posted: 16 Jun 2016 02:34 PM PDT

Kes perceraian dan terhebat sepatutnya boleh didengar pada Isnin ini 20 Jun 2016 terpaksa ditunda kerana ada permohonan dari satu pihak.

Prosiding ini mungkin tidak dapat dibaca dalam akhbar dan akan selesai melalui mediasi antara kedua-dua pihak peguam bela.

#WaibiBudiman bawa suara rakyat Sg Besar

Posted: 16 Jun 2016 02:22 PM PDT

RAFIZI RAMLI KURANG AJAR , BIADAP PERANGAI MACAM SOTONG

Posted: 16 Jun 2016 01:20 PM PDT

Rafizi Ramli ini budak lagi, baru 38 tahun , masih dalam kategori pemuda. Sejak masuk politik PKR sampai jadi ahli parlimen Pandan perangai buruknya tidak pernah berubah.

Agaknya Rafizi mempunyai simpton gila isin tahap gaban kut.

Dalam dewan rakyat  pun dia kurang ajar dengan bapa bapa menteri yang jauh lebih tua dari dia, Dia bijak memeberi soalan-soalan yang membuli oarng. Soalannya soalan bodoh dan pak pak menteri yang tua-tua tercari-cari jawapan yang logik tetapi dengan mudah dipangkah oleh si sotong ini.

Dalam dewan rakyat BN perlu darah muda yang boleh pangkah muka Rafizi yang banyak main dam aji atau main catur dalam dewan.

Harap selepas ini WaibiBudiman dapat pelangkong hidung sotong dalam dewan, Insyaallah doakan Waibi Budiman akan mewakilkan suara orang muda di dewan.

Dalam ceramah bodoh di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pun dia kurang ajar dengan Dr Termizi calon Pan, Nampak jelas dia membuli calon Pan yang usianya melebihi 60 tahun.

Dato Rizal Mansor pegawai khas Datin Seri Rosmah pun hang hina kata budak suruhan tukang angkat beg,,,,,loglaq sungguh hang noooo....

Kalau dengan perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah pun Rafizi boleh fitnah dan buat lawak yang menjengkelkan maka tidak hairanlah dengan Dr Termizi pun dia boleh buat kurang ajar.

Rafizi ini dengan aku dia dah lama block di laman twitter, facebook dan sebagainya. malah nombor telefon aku pun dia block.

Bila kita bawa masuk dalam group what apps dia lari tak berani jawab depan-depan , memang biadap sungguh.

Rafizi oi, hormat lah sikit DS Najib dan DS Rosmah. Tak payah lah hina depa dua tu. Kalau hang tak mau hormat depa sebagai perdana menteri hang hormat lah sebagai orang tua yang taraf ibu dan ayah.

Hang tau kah berjuta rakyat Malaysia dok sumpah hang tiap-tiap hari...... sedar lah sikit hang tu dapat pergi Leed University pun guna duit rakyat . hormat lah sikit kat kami yang bayar cukai.

Aku guna pakai duit rakyat sebab hang selalu guna ayat tu. sikit sikit sebut duit rakyat. Gaji hang dalam dewan pun rakyat yang bayar tau!

Belajar lah jadi orang, jangan jadi sotong dan jangan jadi setan .....




Pembangkang di Kuala Kangsar tertekan dan terdesak

Posted: 16 Jun 2016 08:55 AM PDT


Setiap kali PRK dan PRU di mana-mana sahaja sikap buruk mereka akan terdedah pada saat akhir berkempen. 

Hari ini, ribut tidak, angin pun tidak, billboards Barisan Nasional yang tegak beraya telah diusik sehingga tumbang.

Biasanya puak-puak pembangkang akan membawa gergaji chainsaw atau parang atau apa sahaja peralatan untuk meruntuhkan apa juga bahan kempen milik BN. 

Biasanya mereka akan membawa lori kecil atau pickup truck dan sambil memasang bahan kempen mereka, ada pula petugas yang akan merosakkan bahan kempen milik BN.  Caranya mudah sambil bekerja ada yg cuba memutuskan ikatan dengan menggunakan pisau,  mengikat bahan pameran seperti billboard ke kenderaan mereka.

Apabila selesai tugas memasang bahan kempen mereka mereka akan beredar ke tempat lain. Sewaktu inilah peranan tali tadi akan menumbangkan billboards lawan. 

Ada juga dengan sengaja menyangkut bendera yang siap digantung kepada tangga yang tegak di atas lori, bila lori bergerak kain rentang akan disentap oleh tangga atau galah yang mereka bawa. 

Banyak lagi cara lain yang mereka lakukan. Biasanya kerja jahat mereka dilakukan pada lewat malam dan sewaktu tiada kelibat orang BN. 

Kata nak berpolitik secara matang dan berhemah tetapi perangai macam binatang atau manusia masih belum bertamadun. 

Budaya iblis setan tetap berhimpun di jiwa mereka.  




Sent from Samsung tablet.

Comments (0)