Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:30 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Di mana Datuk Ir Phahrol Razi Zawawi? #PRKKUALAKANGSAR #PrkSgBesar

Posted: 13 Jun 2016 12:14 AM PDT

Adun N17 Pangkalan Kundur Kedah Datuk Phahrol Razi merupakan salah seorang orang kuat parti Pan Kedah. Beliau yang menubuhkan  NGO  Pasma telah menyertai PAN secara rasmi pada 7 Oktober 2015 setelah menghantar surat pertukaran parti kepada Speaker Kedah.

Malangnya dalam kehangatan berkempen dalam PRK Kuala Kangsar  dan Sungai Besar,  kelibat nya tidak kelihatan.

Apakah sudah ada persengketaan antara mereka? 

Terjemahkan Sokongan Bagi Jayakan Kelangsungan Pembangunan - Zahid

Posted: 12 Jun 2016 09:42 PM PDT

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penduduk Kuala Kangsar perlu menterjemahkan sokongan mereka menerusi undi kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bagi meneruskan kelangsungan pembangunan di kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengumumkan pelbagai projek pembangunan di kawasan itu, dan sokongan kepada calon BN Datin Mastura Mohd Yazid, pastinya melicinkan lagi pelbagai projek yang telah dirancang.

"Banyak sudah kami umumkan beberapa permintaan rakyat di Kuala Kangsar, kami nak ia diterjemah kepada undi (calon) BN (pengundian 18 Jun ini)," katanya ketika berucap di pusat daerah mengundi di Kampung Bendang Panjang, di sini hari Ahad.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mendengar keluh-kesah penduduk kawasan itu, namun mereka perlu jelas membuktikan sokongan kepada kerajaan bagi menjayakan pelbagai program berkenaan.

Pada majlis itu Ahmad Zahid turut meluluskan tiga projek untuk kemudahan penduduk Bendang Panjang iaitu pembinaan sebuah dewan serba guna, padang futsal dan padang bola sepak.

"Dengan adanya kemudahan ini penduduk boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti mengadakan majlis dan lain-lain program," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi menaik taraf Masjid Sultan Abdul Jalil di Kampung Bendang Panjang itu.

Peruntukan itu meliputi kos untuk pemasangan karpet baharu, penghawa dingin dan mengecat semula masjid, katanya.

Dalam lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kuala Kangsar Jumaat lepas, beliau turut mengumumkan pembinaan jambatan Manong dan pemberian status universiti kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS).

Calon BN pada PRK itu sebelum ini menggariskan lima agenda yang beliau akan perjuangkan untuk penduduk Kuala Kangsar, antaranya menaik taraf KUISAS dan menyegerakan kelulusan projek jambatan Manong.

Tiga lagi agendanya ialah memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan jalan Manong-Kuala Kangsar, menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar serta membangunkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas.



Sent from Samsung tablet.

Isu jet dan 20 beg milik Rosmah ke Turki

Posted: 12 Jun 2016 10:17 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
DUTA BESAR MALAYSIA KE REPUBLIK TURKI

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turki mengesahkan bahawa YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri YAB Perdana Menteri Malaysia, telah mengadakan lawatan rasmi ke Istanbul, Turki bagi memenuhi jemputan oleh Cambridge IF Analytica sempena Global Good Governance (3G) Awards 2016.

YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah tiba di Istanbul pada 25 Mei malam dan terus pulang ke Malaysia sejurus selepas Majlis 3G Awards selesai pada malam 26 Mei 2016.  Majlis tersebut dianjurkan di Istanbul sempena Global Donors Forum dan Sidang Kemuncak Kemanusiaan Sedunia (World Humanitarian Summit).

YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah menyampaikan Ucaptama pada Majlis 3G Awards tersebut, di samping menerima Anugerah 3G Children Welfare Award atas kejayaan Program PERMATA dipilih secara global sebagai pemenang Anugerah tersebut.  Sebagai Penaung Program PERMATA, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah diundang oleh pihak penganjur untuk menerima Anugerah tersebut.  Penganugerahan kepada Program PERMATA merupakan satu pengiktirafan antarabangsa bagi sumbangan kepada pertumbuhan pendidikan/pembelajaran, sikologi, intelek dan fizikal kanak-kanak.

Sebelum Majlis 3G Awards 2016, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor telah turut mengadakan pertemuan dengan Dr. Sheikha Aisha bint Faleh bin Nasser Al-Thani, anggota Majlis Tertinggi Pendidikan Qatar dan Pengerusi Lembaga Penaung World Congress of Muslim Philanthropists (WCMP) serta barisan kepimpinan Cambridge IF Analytica.

Dato’ Amran Mohamed Zin
Duta Besar Malaysia ke Republik Turki
ANKARA

11 Jun 2016

Kesian Dyana Sofya, Ibarat Habis Madu Sepah Dibuang #PRKKualaKangsar #PRKSgBesar #KekakBN

Posted: 12 Jun 2016 09:04 AM PDT


Semenjak kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermula, gerak geri ikon wanita Melayu Dap diperhatikan.

Tiba-tiba Rara atau Syefura ahli seumur hidup Dap muncul di pentas ceramah di Sungai Besar manakala bayang Dyana Sofya masih belum kelihatan

Walaupun status twitter Dyana masih aktif dan masih mempromosikan aktiviti Dap tetapi kelibatnya belum nampak.

Dyana Sofya merupakan calon Dap yang bertanding dalam PRK Teluk Intan pada tahun 2014 dan tewas kepada calon BN iaitu Datuk Mah Siew Keong.

PRK Kuala Kangsar adalah PRK kedua bagi negeri Perak selepas PRU 13.

Sewaktu PRK Teluk Intan, Dap mendapat sokongan Pas dan Pkr, pertandingan tersebut sangat getir terutama malam pengiraan undi, sekejap Dap mendahului BN, Sekejap kemudian BN pula mengatasi Dap, Namun pada akhirnya Dap kecundang. 

Dyana Sofya pula dikaitkan dengan pelbagai skandal dan paling top apabila tersebarnya gambar bermesra dengan anak tiri Khir Johari yang juga ahli parlimen Dap Bukit Bendera dan gambar beliau dengan pakaian tidur.

Kini genap 2 tahun nama Dyana menjadi sepi. Adakah dia sudah dilupakan oleh Lim Kit Sian kerana gagal menggunakan kecantikan untuk mempertahankan kerusi Dap di Teluk Intan?

Beberapa hari selepas kekalahan Dyana blog ini ada menulis bahawa Dyana satu hari nanti akan meninggalkan Dap mungkin menjadi kenyataan. Tidak hairan jika Dyana mengisi borang keahlian Umno.

Kini dendam DAP terhadap BN sememangnya jelas, walaupun bukan Dap yang bertanding tetapi penglibatan mereka di Kuala Kangsar sangat aggresif..


Calon Bebas Kuala Kangsar ingin menumpang kasih daripada Tun Mahathir tetapi dilayan bagai pengemis. #PRKKualaKangsar

Posted: 12 Jun 2016 08:24 AM PDT

Alahai kesiannya tengok gelagat calon bebas Kuala Kangsar, ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Tak hairan lah jika calon Pas pun diserang oleh team PAN, apa lah sangat dengan calon bebas. Kesian sungguh....

Mahathir Sudah Nyanyuk Lupa Sistem Pemerintahan Negara #PRKKualaKangsar #PRKSgBesar

Posted: 12 Jun 2016 04:20 AM PDT

DAP SANGAT BENCI KEPADA TUN MAHATHIR TETAPI BERJAYA MEMPERKUDA TUN PADA SAAT AKHIR 


Amat sedih bila mendengar Mukadimah ceramah Tun Mahathir yang hadir ke Sungai Besar untuk memberi sokongan kepada calon yang mendapat sokongan Dap. Hari ini Tun Mahathir hadir lagi ke Kuala Kangsar untuk berkempen bagi calon parti proksi Dap,

Dalam ceramah di Sungai Besar tak sampai 2 minit Mahathir sudah menyerang YAB Dato Seri Najib Razak dengan hujah yang bertentangan dengan sistem politik yang diamalkan di Malaysia.

Terlebih dahulu Mahathir meletakkan pendirian beliau, bahawa beliau hadir bukan atas tiket mana-mana parti politik, beliau hadir sebagai rakyat yang prihatin, rakyat yang bertanggung jawab terhadap keadaan dalam negara kita ini.

Berikut adalah apa yang disebut oleh beliau di Sg Besar

"Oleh kerana hari ini semua kita semua tertekan dengan kerajaan Najib Tun Razak maka kita kebelakangkan sedikit parti-parti kita, sebaliknya kita menjadi rakyat biasa yang ingin mengembalikan negara kita ini kepada negara demokrasi. negara yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk bersuara.untuk menukar pemimpin apabila didapati pemimpin sudah tidak sesuai.

"Ini bukan perkara baru, kita sudah berkali-kali menukar pemimpin. Tunku Abdul Rahman undur diri, Tun Razak meninggal, Tun Hussin meninggal,Saya juga mengundur diri, Pak Lah pun undur diri untuk beri tempat kepada Najib..

"Semua orang ini dipilih oleh rakyat secara demokrasi, dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka, tetapi apabila rakyat tidak lagi sokong mereka maka mereka mengundur diri.tetapi hari ini Najib berkata oleh kerana dia dipilih oleh rakyat maka dia tak boleh diturunkan, ini tidak secucuk dengan dasar demokrasi.

"Sebab itu saya berada di sini untuk menyokong calon PAN yang sudahpun buat deklarasi rakyat.untuk menyingkir kan Najib.".

Seterusnya selepas mukadimah Tun Mahathir terus menggunakan 1MDB sebagai modal beliau. Tentang 1MDB tak payah nak ulas lah sebab apa yang dikatakan oleh Tun adalah kelentong semata-mata.

Cuma nak cerita di sini ialah mengenai sejarah perdana menteri yang pertama hingga sekarang.

Tunku Abdul Rahman adalah perdana menteri yang pertama selama dua penggal sejak PRU yang pertama pada tahun 1955 sehingga beliau melepaskan jawatan pada tahun 1970 selepas berjaya mengembalikan dan memulihkan negara daripada kesan 13 Mei.

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang berpunca daripada pembangkang menang tipis dan mendesak supaya pilihanraya diulang semula. Bagaimana pun sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan permintaan pembangkang ditolak dan terjadilah rusuhan kaum di Kuala Lumpur

Dap dan beberapa sekutunya mahu hak hak keistimewaan orang Melayu yang ditetapkan dalam Akta 153 dihapuskan .

Tun Mahathir ketika itu melihat situasi politik peluang terbaik untuk beliau mendesak Tunku meletakkan jawatan, Namun nasib tidak menyebelahi Mahathir apabila beliau yang dipecat dari Umno dan Mahathir balik ke Kedah dan meneruskan tugas beliau sebagai doktor di klinik milik nya.

Dalam Perhimpunan Agung Umno yang diadakan pada tahun 1971 Tunku dengan rasminya melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Mahathir dibawa masuk kembali ke dalam Umno oleh Dato Harun.

Tun Razak mengambil alih tugas Tunku Abdul Rahman sehingga lah beliau meninggal dunia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn pada tahun 1976

Ketika ini Mahathir berjawatan Timbalan Perdana Menteri melihat peluang yang besar untuknya menjadi perdana menteri

Pilihan Raya Umum Malaysia ke 5 pada 8 Julai 1978 merupakan pilihanraya pertama buat Tun Hussein sebagai Presiden Umno untuk kekal jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga selepas Tunku dan Tun Razak.

Setelah beberapa tahun Tun Hussein menjadi orang nombor satu dan apabila kesihatan beliau kurang baik, boleh dikatakan setiap minggu Mahathir berjumpa Tun Hussien untuk bertanya "Bila nak letak jawatan?"

Akhirnya pada tahun 1981 atas alasan kesihatan Tun Hussein Onn terpaksa melepaskan jawatan kepada Mahathir dan sejak itu jawatan perdana menteri digenggam kukuh dan utuh oleh Mahahir sehinggalah beliau mengumumkan perletakkan jawatan dalam perhimpunan Umno 2002 dan  proses penyerahan kuasa kepada Tun Abdullah berlaku dalam bulan puasa 2003

Pak Lah menang besar pada PRU 2004 namum kumpulan Mahathir melancarkan serangan cyber untuk menjatuhkan Pak Lah dan akibatnya PRU 2008 BN kehilangan Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Mukhriz Mahathir menghantar surat kepada Pak Lah supaya meletakkan jawatan. Pak Lah akur dan 2009 menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Najib Razak.

Jadi jika dilihat balik sejarah Mahahir berjaya menjatuhkan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn dan Pak Lah.

Oleh itu usaha beliau seterusnya ialah menjatuhkan Najib, tetapi sayang seribu kali sayang usaha tersebut gagal.

Maka dendam kesumatnya sampai ke tahap maksimun. Hari ini Mahathir dicemuh oleh rakyat kecuali mereka yang berada dalam kelompok pembangkang seperti Dap dan PKR.

Ahli Umno Serang Razifi Semasa Sedang Berceramah #PRKKualaKangsar #KekalBN

Posted: 12 Jun 2016 01:20 AM PDT

Tahun depan 2017 merupakan ulangtahun ke 60 kemerdekaan Malaysia dan Pilihanraya yang pertama telah di adakan pada tahun 1955, Belum pernah kita dengar atau membaca berita kisah penceramah dipukul sewaktu sedang leka berceramah sewaktu pilihan raya.

Biasanya sewaktu ceramah sudah semestinya ada beberapa orang pengawal atau petugas yang mampu menangani sebarang kemungkinan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Terutama lagi bagi pihak pembangkang yang banyak menghamburkan fitnah dan pembohongan sewaktu berkempen.

Dua PRK terakhir kali ini terlalu banyak fitnah dan pembohongan dilontarkan oleh pihak pembangkang. 

Nizar Jamaludin, Nurul Izzah , Mazlan Aliman dan ramai lagi pernah pernah diheret ke mahkamah kerana menyampaikan maklumat palsu dan fitnah terhadap lawan. Namun banyak kes selesai diluar kamar mahkamah.

Rafizi setakat ini status wakil rakyat masih kekal dan selamat kerana dendanya di bawah paras minima. begitu juga Nurul Izah yang menohon maaf kepada Raja Nong Chik kerana menfitnah dalam isu jualan tanah.

Dua PRK kali ini kita tak tahu lagi siapa yang bakal berdepan dengan tindakan saman.

Dalam kes berkait dengan Rafizi, video menunjukan ceramah beliau terpaksa dihentikan kerana seorang individu naik dan dikatakan telah memukul beliau.

Cuma yang musykil nya ialah seperti sebuah lakonan. Pentas ceramah sengaja digelapkan semasa Rafizi berceramah. 

Jika dibanding dengan ceramah lain, kesemua nya terang benderang dan jika mengikut ukuran fotografi cahaya pentas berskala 5.6.  tetapi cahaya di pentas ceramah Rafiz amat rendah mungkin 1 atau 2 lux sahaja. 

Comments (0)