Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:03 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Syefura (Rara) buat lawak di #PRKSgBesar

Posted: 11 Jun 2016 11:23 PM PDT






Rara ataupun Syefura pun sudah pandai bercakap atas pentas mewakili Dap. Rara merupakan Ikon wanita bertudung Dap adaah ahli seumur hidup parti tersebut. Rara membawa imej bahawa parti Dap adalah parti pelbagai kaum dan bukan seperti Umno yang dianggap rasis kerana memperjuangkan Melayu

Rara sama seperti Nga Komeng dan Rafizi Ramli yang banyak mengulang-ulang ayat dengan tokok tambah untuk memanjangkan ceramah padahal isi nya ciput sahaja . 

Rara kata kita kena undi PAN jika;

  1. Undi Pan jika kita marah kepada Najib
  2. Undi Pan jika marah kepada GST
  3. Undi Pan jika kita kena tipu dengan BN
  4. Kita betul-betul kena buat perubahan
  5. Kita tidak mahu dibodohkan oleh BN
  6. Kalau kita tengok tv3 suku hari-hari dia tipu rakyat kerana dia tahu itu saja cara itu dia boleh bodohkan rakyat
  7. Tetapi saya yakin orang Sg Besar bijak pandai 
  8. Orang Sg Besar pandai buat pilihan ....
  9. Kali ini kita perlu ubah
  10. Kali ini kita perlu kasi tukar
  11. Kali ini kita perlu bawa Azhar ke parlimen
  12. Kita kena bagi peluang kepada orang tempatan
  13. Kita kena bawa orang yang yang tahu masalah tempat ini
  14. Kita kena bawa orang yang mahu bekerja untuk rakyat
  15. Kita kena bawa orang yang pergi bekerja tidak ponteng di dewan
  16. Kita kena sokong sama pakatan harapan, kita jangan tengok  Pas, jangan tengok BN
  17. Kena sokong Pan untuk selamatkan Malaysia dari terus dibinasakan oleh Barisan Nasional 
Rara ooi!
Nak marah Najib pasai apa? Lebih baik marah Mahathir sebab Mahathir 22 tahun jadi perdana menteri. Najib baru 7 tahun jadi PM dan sudah banyak kebaikan dan kemajuan yang dibawanya. Ekonomi kukuh, nilai ringgit kukuh mampu bersaing dengan negara-negara lain. Cuma nya kalau hang dengan Rafizi , Anwar, Nga Komeng, Mat Sabu dll, gunung pun runtuh. 

Paling geli bila Rara kata kalau marah GST kena undi Pan. Pada hal orang yang marah GST adalah tauke-tauke Dap kerana satu sen pun depa tak boleh lari cukai seperti tahun-tahun sebelum cukai.
Jadi yang marah sangat dengan GST atau penyangak-penyangak peniaga yang tipu rakyat dan tipu cukai..... ada faham kaaa!

Lucu lagi bila Rara kata calon Pan anak tempatan yang tahu dan faham masalah orang tempatan. Yang ni memang tak betul lah sebab, calon Pan tu bukannya menetap di Sungai Besar,  Mengundi pun di Pahang. 




Bab seterusnya RARA kata kita akan hantar wakil yang buat kerja dan tidak ponteng di dewan rakyat.

HAHAHAH! Yang ini memang kena pada puak puak pembangkang kerana mereka lah yang kuat ponteng dan tidur dalam dewan.. tak percaya tengok ni









Ceramah Nga Kor Meng Paling Brutel di Kuala Kangsar #PRKKualaKangsar #KekalBN

Posted: 11 Jun 2016 10:06 PM PDT

Semua orang tahu bahawa Nga Kor Ming pernah disaman oleh Najib kerana memfitnah, tetapi setelah runding runding untuk mengenepikan saman tersebut akhirnya Najib sudi memaafkan Nga tetapi Nga hendaklah membuat permohonan maaf dalam facebook beliau.

Untunglah Nga tak perlu buat permohonan maaf melalui semua mainstream media. Malangnya perasaan bersalah telah hilang apabila berkempen di Kuala Kangsar. Dia berulang kali terus menghina YAB Dato Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

1MDB tetap menjadi sasaran utamanya bila berceramah. cumanya dia banyak berceramah dalam bahasa cina. Nga hanya mahu 30% undi orang cina untuk bawa suara Dap ke dewan rakyat. Ceramah Nga boleh rujuk Youtube Media Rakyat yang disiarkan pada 8 Jun 2016 dari Kuala Kangsar.



Youtube kedua yang penuh dengan pembohongan disiarkan dari akaun Taiping Kini TV juga disiarkan pada 8 Jun 2016.

ceramah di bawah di Taman Mas Kuala Kangsar banyak menggunakan bahasa melayu

Banyak isu lama dikitar semula bila ada PRK #PRKKualaKangsar #KekalBN

Posted: 11 Jun 2016 09:53 PM PDT

Sekarang musim kempen PRK, Jadi banyak lah isu lama-lama dikitar semuala oleh pihak pembangkang.

Antara yang dikitar semula ialah kisah bantahan Dap yang cuba mempertahankan setinggan di Mantin Negeri Sembilan, Isu ini berlaku bulan September 2013 seperti yang dilapor di bawah.

SEREMBAN 30 Sept. - Seramai 11 individu termasuk dua wanita ditahan polis kerana cuba menghalang sebuah syarikat pemaju daripada menjalankan kerja meroboh beberapa buah rumah setinggan di Kampung Hakka, Mantin dekat sini hari ini.Kerja membersihkan kawasan berkenaan yang sepatutnya bermula kira-kira pukul 9 pagi tertangguh hampir tiga jam apabila sekumpulan 50 penduduk termasuk aktivis cuba menghalang kakitangan syarikat berkenaan daripada masuk ke kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, pihak polis yang berada di lokasi kejadian cuba menenangkan penduduk berkenaan tetapi mereka enggan sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis.
''Dalam kejadian itu, kita menahan sembilan lelaki dan dua wanita berusia 35 hingga 65 tahun kerana tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak polis.
''Hasil semakan juga mendapati hanya dua orang yang ditahan ini adalah penduduk di kampung berkenaan dan selebihnya adalah aktivis luar," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, keadaan kembali tenang apabila wakil penduduk berunding dengan pihak pemaju dan kakitangan mahkamah untuk menangguhkan sementara kerja-kerja roboh berkenaan.
Difahamkan, seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju.
''Semua yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Mantin untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
''Kesemua mereka yang ditahan ini akan dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas," ujarnya.

Ia menunjukkan pembangkang habis modal untuk berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar



Orang muda diminta tolak pembangkang

Posted: 11 Jun 2016 02:23 PM PDT


KUALA KANGSAR, 12 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap anak-anak muda menolak politik kebencian, perpecahan, menyerang peribadi orang, dan politik-politik yang rakus semata-mata hanya mendapat undi ketika musim pilihan raya seperti apa yang terjadi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar ini.

Jelasnya, mereka yang berpolitik sebegini sebenarnya tidak kisah nasib rakyat tetapi sanggup melakukan apa sahaja sepanjang tempoh berkemen.

Kuala Kangsar, 11 Jun -- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan amanatnya pada majlis ramah mesra bersama pengundi dan masyarakat Kampung Pulau Ketior Luar (PDM Kampung Masjid) dalam kempen Pilihanraya Kecil P.067 Parlimen Kuala Kangsar hari ini. - Foto : MediaUMNO

"Mereka ini tidak kisah nasib orang Kuala tapi dalam tempoh kempen sanggup buat apa sahaja. Namun akhirnya yang akan menerima padah atau manfaat adalah rakyat di sini lepas PRK. Jadi rakyat harus pilih siapa yang paling layak untuk dijadikan pemimpin mereka.

"Saya bersyukur dua daripada lima daripada agenda calon kita telah tertunai, ini asas yang baik kalau beliau diberi peluang untuk memimpin di Kuala," ujarnya dalam sidang media selepas bertemu dengan penduduk di pusat mengundi Kampung Masjid.

Lima agenda calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid adalah menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUiSAS) kepada universiti awam, menyegerakan kelulusan projek jambatan Manong, memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan jalan Manong-Kuala Kangsar, menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar serta membangunkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telahpun meluluskan dua daripada agenda tersebut iaitu meluluskan peruntukan sebanyak RM43.5 juta bagi pembinaan Jambatan Manong merentasi Sungai Perak serta menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) yang diberikan status universiti.

Ketika ditanya berkaitan tuduhan pembangkang bahawa apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu adalah satu gula-gula dalam pilihan raya jelas Hishamuddin itu adalah tuduhan biasa pembangkang.

"Mereka tidak ada modal lain. Itu sahajalah alasan yang mereka ada untuk semai kebencian di hati rakyat. Yang penting sebenarnya apa yang diumumkan semalam adalah agenda arwah Datuk Wan Khair-il.

"Sekarang ini hasrat dan perjuangan itu dibawa oleh calon yang juga merupakan isteri arwah. Jadi mana yang boleh diumumkan kita umumkan sama juga macam di PRN Sarawak, di Sungai Besar atau di Sembrong di tempat saya. Kalau ada projek yang boleh diumumkan kita umumkanlah," katanya.

Tambah beliau, perkara sebegini telah banyak kali dilalui dan beliau percaya ianya tidak akan menjejaskan persepsi rakyat kepada BN.

"Apa yang diumumkan adalah untuk kepentingan semua rakyat di sini termasuk mereka yang tidak undi BN. Jadi tidak timbul kita beri gula-gula kepada rakyat," katanya lagi. – MediaUMNO




Sent from Samsung tablet.

#PRKKualaKangsar2016 Terima Kasih Perdana Menteri Datin Mastura Yazid

Posted: 11 Jun 2016 08:31 AM PDT

#PRKKualaKangsar : Hampir 2000 Pengguna Yang Akan Mengunakan Jambatan Ma...

Posted: 11 Jun 2016 08:30 AM PDT

#PRKSgBesar : TPM Berasa Simpati Atas Tindakan Mahathir

Posted: 11 Jun 2016 08:25 AM PDT

#PRNSgBesar : Mahathir Ulang Siar Bag Yang Di Bawa Ds Rosmah

Posted: 11 Jun 2016 08:21 AM PDT



Tun Mahathir 22 tahun jadi Perdana Menteri naik kapal terbang Mas sahaja. kalau dalam negeri dia naik Fokker 40, kalau keluar negara naik 737 atau 747 kelas ekonomi....

Tergamak Nik Abduh umpamakan kami dengan 'arak' dan 'mabuk' - Anuar Tahir

Posted: 11 Jun 2016 04:24 AM PDT

Perlukah PAN ditubuhkan di Malaysia ?

Posted: 11 Jun 2016 04:11 AM PDT

PAN merupakan serpihan Pas yang telah diluluskan pendaftarannya 8 bulan yang lalu iaitu pada 16 September 2015 dan ia beralamat di Wisma Amanah Negara Unit 73-1 Tingkat 1, Jalan Seri Utama 1, Sri Utama Off Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

PAN menyertai blok pembangkang bersama Pkr dan Dap selepas 2 minggu diluluskan oleh ROS.
Parti baru ini kemungkinan besar adalah parti pelbagai kaum sama seperti Pkr dan Dap.

Sama ada benar atau tidak kita tunggu dan lihat penyertaan ahli-ahlinya  dalam tahun ini.

Andainya benar PAN boleh terima semua kaum, satu persoalan besar bermain di fikiran kita ialah kenapa perlu ada parti yang ketiga selepas Dap dan Pkr?

Seandainya keahliannya hanya untuk Melayu Islam seperti Pas maka ia merupakan parti rasis. dan sesungguhnya Dap dan Pkr yang kita sedia maklum adalah parti yang menolak parti rasis.

Apakah Pkr dan Dap akan menolak PAN?





NGA KOMENG NAK KENA SAMAN LAGI NIIIIII#PRKKualaKangsar

Posted: 11 Jun 2016 02:55 AM PDT

Comments (0)