Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:17 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Muktamar Pemuda Pas 2016

Posted: 31 May 2016 11:33 PM PDT

Ketara sungguh perubahan yang ditunjukkan oleh Pemuda Pas dalam muktamar terbaru mereka.

Selepas kematian, Dato Nik Aziz sudah banyak perkara baru yang berlaku parti itu, antaranya perpecahan parti dimana ramai ahli keluar Pas dan menubuhkan  parti baru iaitu PAN. 

Perubahan yang amat ketara dalam tatacara berpakaian untuk satu majlis besar Pemuda Pas diketawakan oleh banyak pihak.

Apapun syabas diucapkan kerana Pemuda Pas sudah keluar dari pemikiran lama yang ortodoks. 

Pemuda  Pas mengatur langkah dengan rentak tarian yang baru bagaikan hulubalang Melayu.  

Inilah yang dikatakan berfikir di luar kotak. Sanggup dicemuh dan ditertawakan.

Tahniah!  




Sent from Samsung tablet.

Tabung Masjid

Posted: 31 May 2016 11:08 PM PDT

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.

Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat.

Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu.

Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap!

Renungkan:
1) kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.
2) kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?
3) tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg btauliah utk kewangan masjid?
4) adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu tlalu umum..sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dlm menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakn smg dgn dokadanya masjid² yg aktif dlm menjaga kebajikan ahli qariahnya smg hati masyarakat lebih dekat dgn masjid yg ad layanannya mesranya cukup lumayan.

sekadar renungan yg baik jdkn tauladan yg buruk jadikan sempadan.

MOGA MEREKA2 YG ADA JAWATAN DISETIAP..MASJID BACA& AMBIK TANGGUNGJAWAP...YANG AHLI AGAMA TU FIKIR SEMULA - DRPD BYK CKP KEPADA BYK BEKERJA..DRPD BYK DEMAND HARGA CERAMAH KPD INFAK DIRI DAN KEWANGAN UTK AGAMA ISLAM

Renung renungkanlah sesama kita

Sumber :  cacatan sahabat.

Pindaan Untuk Perkasa Mahkamah Syariah, Islam Agama Rasmi, Tiada Kena Mengena Dengan Hudud

Posted: 31 May 2016 06:06 PM PDT


KOTA BAHARU, 31 Mei – Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) patut dipinda untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi seperti yang dihasratkan Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pindaan itu tidak kena mengena dengan hudud sebaliknya hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

"Hukuman denda RM5,000, penjara tiga tahun dan rotan enam kali sudah tidak lagi relevan untuk masa ini.

Asyraf Wajdi


"Sebab itulah kita ingin pertingkat dan memperkasa Mahkamah Syariah seiring dengan apa yang dihasratkan oleh Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama rasmi dan paling penting ia tidak boleh melangkaui kuasa yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya selepas memberi taklimat mengenai cadangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)  (Pindaan) 2016 di sini, hari ini.

Sesi taklimat itu dihadiri para pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan termasuk MCA dan Gerakan serta para pegawai jabatan kerajaan.

"Tidak timbul langsung bahawa cadangan ini adalah satu jalan untuk membuka kepada pelaksanaan hudud kerana untuk melaksanakan hudud, kita perlu pinda Perlembagaan sekurang-kurangnya bagi tiga artikel,"katanya.

Asyraf Wajdi berkata artikel itu ialah Perkara 76A(1) yang membolehkan negeri mengubal undang-undang berkaitan dengan kuasa mereka termasuk kuasa Persekutuan, Perkara 8 yang menetapkan hak kesamarataan dan mengelakkan diskriminasi agama serta Jadual Kesembilan yang menyentuh tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Bagi menggubal Jadual Kesembilan ini, kita perlukan pindaan Perlembagaan dengan majoriti dua pertiga.

"Yang ini, kita perlukan 148 daripada 222 (Anggota Parlimen). Dalam keadaan sekarang, kalau dicampur semua Anggota Parlimen yang beragama Islam pun hanya ada 135 orang daripada 222 orang. Ini tidak mungkin menghasilkan hudud," jelas beliau.

Oleh itu, katanya soal cadangan pindaan itu tidak seharusnya dibahaskan secara emosi tanpa ilmu dan pemahaman mendalam kerana ia boleh menimbulkan huru hara dan ketidakharmonian dalam masyarakat.

Asyraf Wajdi berkata keadaan sedemikian bukan sahaja mengelirukan merekayang bukan Islam malah, akan menyukarkan akta itu dipinda sedangkan ia membawa kebaikan kepada perundangan Islam.

"Semua pihak harus sedar bahawa apa yang sedang berlaku hanyalah sebagai usaha untuk menaikkan kuasa Mahkamah Syariah yang telah lapuk dan
ketinggalan zaman tanpa sebarang pindaan sejak 1984," tegasnya.

Khamis lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.




Sent from Samsung tablet.

Witness describes Gorilla World incident video

Posted: 31 May 2016 09:15 AM PDT

Kenyataan MoF berkenaan tadbir urus 1MDB

Posted: 31 May 2016 08:54 AM PDT



Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Inc.) dengan sukacitanya mengumumkan perlantikan baru bagi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi menggantikan lembaga pengarah terdahulu, yang mana perletakan jawatannya berkuatkuasa hari ini.

Tiga ahli lembaga pengarah yang baru diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan. Ahli lembaga yang lain adalah seperti:

i. YBhg. Dato' Norazman Ayob, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara; dan
ii. YBhg. Dato' Kamal Mohd Ali, Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd.

Walaubagaimanapun, En. Arul Kanda akan terus memegang jawatan Presiden 1MDB.

Penukaran lembaga pengarah mencerminkan hala tuju baharu 1MDB sebagai syarikat tidak beroperasi, yang memfokuskan untuk meneruskan kejayaan pelan rasionalisasi dan perkhidmatannya bagi pembayaran balik hutangnya pada masa hadapan. MoF Inc. menyatakan penghargaananya kepada ahli lembaga pengarah yang terdahulu, yang menunjukkan sikap komited dan bersama-sama syarikat ketika mengharungi masa yang getir, menghasilkan kejayaan kepada pelan rasionalisasi.

MoF Inc sebagai pemegang 100% saham 1MDB, dengan sukacitanya mengesahkan pihaknya telah melaksanakan cadangan yang telah diusulkan oleh PAC bagi meminda Artikel Persatuan 1MDB yang berkuatkuasa 31 Mei 2016.

Ini termasuk, antara lain, pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, pemansuhan Artikel 117 dan menukar segala rujukan daripada "Perdana Menteri" kepada "Menteri Kewangan".

Kemajuan juga ditunjukan dalam penukaran hak milik Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, hartanah Air Itam dan hartanah Pulau Indah kepada Mof Inc., dan pengumuman lanjut berkenaan hal ini akan dibuat dalam masa terdekat.

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
31 Mei 2016


Diterjemah oleh: KKMM



Sent from Samsung tablet.

Tigers removed from Thailand's infamous Tiger Temple after abuse

Posted: 31 May 2016 06:50 AM PDT

Should we have zoos?

Posted: 31 May 2016 04:21 AM PDT

Should we have zoos?

Itu lah persoalannya sekarang dan mengikut kajian sebuah portal ORG, hanya 46 peratus bersetuju kewujudan zoo dan selebihnya atau 54 peratus menolak.

Baru-baru ini kisah sedih berlaku di Cincinnati Zoo Ohio dimana seekor gorilla bernama Harambe telah dibunuh oleh pihak zoo untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam kandang haiwan tersebut. Zoo tersebut adalah zoo yang kedua tertua di Amerika selepas Zoo Philadephia. Pihak zoo di kecam hebat oleh pencinta haiwan atas kejadian tersebut.


Di Malaysia juga terdapat beberapa buah zoo yang terkenal. Zoo yang pertama ialah Zoo Taiping yang dibuka pada tahun 1961 dan zoo yang kedua ialah Zoo Negara yang dibuka pada 1964.

Zoo Taiping dibina dengan keluasan 34 ekar atau 14 hektar. Ia mempunyai 1300 pelbagai jenis haiwan daripada 180 spesis. Manakala Zoo Negara pula mempunyai keluasan 110 ekar dan mempunyai 5137 pelbagai haiwan daripada 476 spesis.

Apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Zoo Taiping memerlukan kawasan baru yang lebih luas dan lebih mesra haiwan, zoo yang ada hari ini sebaiknya hanya menjadi taman burung dan haiwan-haiwan yang kecil sahaja.

Zoo atau taman haiwan hendaklah mempunyai kawasan luas dan haiwan boleh mencari makanan sendiri berkonsepkan konservasi dan safari. Hari ini jika dilihat di Zoo Taiping dan Zoo Negara kebanyakan haiwan seperti tertekan,  hidup dalam suasana terkurung dalam ruang yang sempit,

Haiwan juga kadangkala bergaduh sesama sendiri sehingga mencederakan haiwan lain. Terlalu banyak yang kurang enak kalau diceritakan mengenai haiwan dalam zoo.

Lihat sendiri gambar-gambar ini...



























Apakah haiwan dalam zoo tertekan seperti manusia?

Comments (0)