Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:38 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[DEDAH] PANAS!!! Penyangak Korporat Lebih Zalim Dari Iblis... Mengaut Keuntungan Atas Nama 'EHSAN' Dan 'PERIKEMANUSIAAN' Kononnya... #SahabatSMB

Posted: 28 Jun 2016 02:35 AM PDT

"....... KUMPULAN-KUMPULAN KECIL MARHAEN SEDANG BERGABUNG UNTUK MELANGGAR DAN KAMI AKAN PASTIKAN PEMODAL SEBESAR CIMB JATUH JIKA TIDAK MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB - CHE'GU BARD"


Kenyataan Umum

28 Jun 2016

CIMB Aviva @ Sun Life Malaysia Bhd syarikat insuran tidak bertanggung jawab ?




1. Beberapa minggu lepas 'viral' di media sosial bermula dari pasukan media sosial yang memperkenalkan diri mereka sebagai The Mercenaries berkenaan dengan CIMB Aviva @Sun Life Malaysia Bhd yang hanya membayar RM150 kepada bapa yang kematian anaknya. Seorang bapa bernama Shaharuddin Bin Md Zaki telah membayar secara tetapmelalui potongan gaji, RM48.00 sebulan untuk dua anaknya selama 10 tahun dibawah skim "CIMB AVIVA Takaful Child Protection Plan"


2. Dua minggu lepas salah seorang anaknya yang dilindungi polisi tersebut, Shazwani Bt. Shaharuddin telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya di Cherating, Pahang. Namun apa yang sangat dikesali apabila Shaharuddin menghubungi syarikat insuran memaklumkan kematian anaknya, beliau hanya diberikan RM150.00 sebagai bayaran penamatan polisi arwah anaknya. Paling mengejutkan ialah polisi tidak termasuk kes kematian.




3. Ini bukan soal perundangan, dari aspek perundangan mungkin pihak syarikat insuran betul tetapi dari aspek moral ternyata pihak syarikat memperdaya pelanggan. Shaharuddin seorang pemandu lori yang mungkin tidak berpendidikan tinggi, sayangkan anaknya lalu dengan gaji yang terhad itu beliau tetap melanggan polisi insuran bagi anaknya. Bayangkan dalam kes seperti ini berapa ramai menjadi mangsa dengan polisi yang kebanyakanya bertulisan kecil berbahasa Inggeris lalu ditandatangani begitu sahaja. Paling utama KEGILAAN apa insuran tidak 'cover' kematian ?





4. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak CIMB yang mana syarikat induknya dikepalai oleh Datuk Seri Nazir Razak yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia mengambil tanggungjawab. Bagi kami pembayaran RM150 kepada keluarga si mati selepas membayar insuran selama 10 tahun merupakan satu penghinaan. CIMB boleh memilih untuk mendiamkan sahaja kes ini kerana ia melibatkan keluarga miskin dan bukan 'taikun' kaya tapi yakinlah kumpulan - kumpulan kecil marhaen sedang bergabung untuk melanggar dan kami akan pastikan pemodal sebesar CIMB jatuh jika tidak mengambil tanggungjawab.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

[ISU SEMASA] PANAS!!! Lim Hock Seng Sahut Cabaran Liang Teck Meng... Sekali Lagi Lim Guan Eng Bersembunyi Di Belakang 'MATCHAI'nya... #SahabatSMB

Posted: 27 Jun 2016 10:37 PM PDT

MAMPUKAH YB LIM HOCK SENG MENJAWAB SEGALA PERSOALAN YANG SELAMA INI MENJADI PERTIKAIAN BERHUBUNG CADANGAN PEMBINAAN TEROWONG DASAR LAUT DI PULAU PINANG???

DAN, SEJAUH MANA DATUK LIANG TECK MENG BERJAYA MEMBONGKAR SETIAP TUDUHAN YANG DILEMPARKAN BERKAITAN KEMELUT YANG MENGHIMPIT PROJEK TEROWONG INI...


Nantikan sessi debat antara Setiausaha Agong Parti Gerakan Malaysia yg juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Datuk Liang Teck Meng dan, EXCO Kerajaan Negeri P. Pinang merangkap ADUN Bagan Jermal, YB Lim Hock Seng...

Yang akan diadakan pada :

Tarikh      :28 Jun 2016 (Selasa)
Masa         : 9.00 malam
Tempat     : Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang

Tajuk yg akan diperdebatkan ialah :

"TIGA LEBUHRAYA DAN TEROWONG BAWAH DASAR LAUT."


'Debat isu terowong Gerakan-DAP pada 28 Jun'

Persetujuan dicapai antara kerajaan DAP Pulau Pinang dengan parti Gerakan untuk berdebat berhubung isu lebuhraya dan terowong dasar laut pada 28 Jun ini dengan tajuk debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut".


Debat tersebut akan melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng dan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa debat bertajuk "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" itu menggunakan bahasa kebangsaan dan diadakan di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang di sini pada 9 malam.

"Kami telah mengadakan mesyuarat dan pihak YB Liang telah menghantar wakil untuk membincangkan mengenai aturcara perdebatan.



"Dalam sesi debat itu akan ada ucapan daripada kedua-dua wakil, soal jawab dan ucapan penggulungan," katanya pada sidang akhbar pada Ahad

Sumber : BNBBC

Comments (0)