Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:59 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] LAGI PANAS!!! Konco Muhyiddin Bertebaran Mencari Stanley Pada Malam 20 Jun 2016... Mujur Komplot Berjaya... #SahabatSMB

Posted: 22 Jun 2016 01:08 AM PDT

KOMPLOT PADA MALAM 18 JUN 2016 MENYELAMATKAN MUHYIDDIN UNTUK SEKETIKA...


Kes Cerai Nika Gee Siew Yee dan Augustin berjaya ditangguh. Muhyiddin terkontang-kanting mencari Jalan menyelamatkan diri?

Memang tak menghairankan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh tergoda dan jatuh hati dengan Nika Gee Siew Yee, isteri bekas peguam terkenal, Stanley Clement Augustin... boleh luruh jantung tatkala menatap wajah dan jelingan manja Nika, melainkan anda termasuk dalam kategori LGBT spesisi Bang Non...

Baru2 ini telah didedahkan surat Akuan Bersumpah (SD) milik Stanley Clement Augustin... akuan ini dibuat berdasarkan pengakuan seperti yg diceritakan oleh Nika Gee kepada Stanley, yg mana Nika mengakui telah menjalinkan hubungan sulit dgn TSMY sejak menjadi MB Johor lagi...



Raja Petra Kamaluddin (RPK), individu yg bertanggungjawab mendedahkan skandal ini telah mencabar TSMY untuk mengambil tindakan undang2 keatasnya jika dakwaan ini tidak benar... malah RPK juga turut mendedahkan jumlah bayaran dan sara hidup yg diberikan oleh TSMY kepada Nika Gee sepanjang hubungan mereka...


Hingga kini, tidak ada tindakan susulan mahupun kenyataan dari TSMY berhubung isu ini, melainkan hanya menempelak RPK kononnya ini hanya satu fitnah... Stanley sebelum ini telah menfailkan penceraiannya dgn Nika Gee di mahkamah sivil dgn menamakan TSMY sebagai individu yg menjadi punca keruntuhan rumahtangganya... kemudian, Nika turut mengambil tindakan undang2 dgn mencabar tindakan Stanley tersebut...

Sepatutnya, kes ini dibacakan di mahkamah pada 20 Jun 2016... namun mahkamah telah menangguhkan prosiding tersebut hingga ke satu tarikh yg akan diberitahu kelak... menurut sumber, TSMY sedang berusaha untuk memastikan kes ini dibatalkan... TSMY sgt risau kerana jika ia diteruskan bermakna segala rahsia skandalnya selama ini akan terdedah dan ini beerti karier politiknya juga akan musnah...



KUALA LUMPUR, 20 Jun, Kes perceraian peguam Stanley Clement Augustin dengan isterinya Gee Siew Yee di Mahkamah Tinggi Keluarga di sini hari ini ditangguh.

Kes itu yang dijadual didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Keluarga Datuk Siti Mariah Ahmad ditangguhkan bagi membolehkan Gee melantik peguam baharu selepas peguamnya yang terdahulu menarik diri daripada mewakilinya.

Mahkamah menetapkan 16 Ogos untuk pengurusan kes.


Augustin memfailkan permohonan cerai pada tahun lalu selepas mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Beliau pada 7 Disember 2015 telah membuat Akuan Bersumpah (SD) mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli politik bekas Timbalan Perdana Menteri.Akuan Bersumpah itu mendakwa Gee bertemu ahli politik itu di luar negara dan menerima manfaat kewangan dan juga barangan daripadanya.

Tan Sri Muhyiddin yang dituduh itu bagaimanapun menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan tidak berasas. Namun sehingga ke hari ini belum lagi menyaman Raja Petra Kamaruddin ataupun pembuat SD.

Perjumpaan Sulit 

Raja Petra mendedahkan Pada 18 Jun jam 5.00 petang, satu mesyuarat telah diadakan di rumah Muhyiddin, yang dihadiri oleh para pengampu dan tali barut Muhyiddin, untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan mengenai pendedahan Malaysia Today. Raja Petra membayangkan Muhyiddin akan membincangkan apa tindakan undang-undang yang perlu mereka ambil. Sebaliknya, mereka membuat keputusan yang sama sekali berbeza dari segi tindakannya.

Menurut Raja Petra, pertama, mereka meminta Nika Gee untuk menggantikan peguamnya dengan seorang peguam DAP, yang mereka rasa boleh mengendalikan perceraian ini secara lebih baik (dan dapat membantu melewatkan prosiding minggu depan). Kedua, mereka cuba untuk berhubung dengan Stanley Augustin untuk mencuba membuat perjanjian dengan dia. Mereka akan meminta Stanley sama ada menarik balik Akuan Bersumpah atau menandatangani SD baru (SD kedua) bagi menggantikan SD pertama yang ditandatangani pada 7 Disember 2015.

Semua ini mesti siap dalam tempoh tiga hari atau sebelum Isnin 20 Jun 2016.




Dalam pertemuan itu, Muhyiddin menerima panggilan telefon daripada Tun Mahathir yang sangat tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin dan meminta penjelasan bagaimana "damage control" ini boleh diselesaikan. Muhyiddin kemudian menjelaskan perjalanan serampang dua mata tindakan yang mereka telah putuskan.

Jadi, semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, rundingan sedang dijalankan mengenai siapa peguam dari DAP yang akan mengendalikan kes ini. Orang-orang Muhyiddin sedang keluar mencari Stanley Augustin untuk mencadangkan satu perjanjian selewatnya Isnin bagi membersihkan Muhyiddin dari skandal itu – seperti yang mereka harapkan.


Satu perkara yang amat nyata mengenai mesyuarat tersebut di rumah Muhyiddin adalah, Mukhriz Mahathir tidak hadir. Beliau telah dijemput bagi mewakili bapanya tetapi Mahathir fikir lebih baik mereka menjauhkan diri mereka daripada seluruh episod gerakan Mahathir.


By Mamu Karapoley

Comments (0)