Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:22 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[PRK KUALA KANGSAR] Kak Mas Nampak Prospek Besar Untuk Bumi Kuala Kangsar... Kak Mas Tak Kan Menoleh Kebelakang Lagi, Sebaik Selesai Tempoh Eddah... #SahabatSMB

Posted: 13 Jun 2016 03:19 AM PDT

DATIN MASTURA TAMPIL DENGAN CITA-CITA YANG GEMILANG BUAT ORANG KUALA KANGSAR...


Tidak ada sebab untuk pengundi Kuala Kangsar menolak Kak Mas... Kak Mas tidak menjual simpati, tidak juga mengharapkan ehsan semata-mata... tapi Kak Mas tampil dengan cita2 yg gemilang, harapan yg menggunung demi untuk melihat kesejahteraan warga Kuala Kangsar...

Dalam keadaan calon pembangkang masih terkapai-kapai mencari identiti dan modal yg bernas yg boleh ditawarkan kpd penduduk Kuala Kangsar, Kak Mas sudah beberapa langkah ke depan dalam memastikan kesinambungan kepimpinan arwah suaminya dapat diteruskan... dan sehingga hari ini, Kak Mas tidak pernah mempergunakan sentimen simpati untuk meraih sokongan pengundi, walaupun realitinya tak mungkin seorang isteri yg baru sahaja kehilangan tempat bergantung dapat melaluinya dengan mudah... berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...


Berbeza dengan pendekatan yg cuba digunakan oleh puak pembangkang... sudah jelas, 'KUALI LEPER' mahupun PAS masih gagal mengaspirasikan sesuatu yg bernas untuk pengundi Kuala Kangsar... akhirnya, seperti kelaziman, mereka akan menyerang peribadi pihak lawan dengan pelbagai tuduhan dan kata2 nista, tanpa langsung mengambil kira hati dan perasaan orang lain... lihat sahaja tuduhan yg dibuat oleh Nizar Jamaluddin, menuduh kononnya PRK Kuala Kangsar dan Sg. Besar adalah hukuman Allah ke atas kezaliman kerajaan... tidakkah kata2 seperti itu akan meruntun hati dan perasaan ahli keluarga mangsa tragedi?

Paling tidak, pembangkang akan terus-terusan menggunakan isu2 dan janji2 yg di'recycle' semula... contoh, untuk membasmi kemiskinan... sebenarnya, agenda membasmi kemiskinan sudah kerajaan mulakan sejak zaman Tun Razak lagi... mustahil bagi mana2 kjaan berjaya menghapuskan 100% kemiskinan... rakyat yg memperoleh pendapatan RM2000 pada era 70an dan 80an sudah dianggap mewah dan terkeluar daripada kategori miskin... tapi untuk zaman sekarang, tentunya pendapatan RM2000 tidak mencukupi dan ada yg sudah termasuk dalam kategori miskin, terutama yg tinggal di bandar... jika ini diambil kira, bermakna sampai bila2 agenda membasmi kemiskinan takkan dapat tercapai dan akan diulang-ulang oleh pembangkang... adakah negara perlu sentiasa ada di takuk yg lama tanpa mahu meletakkan sebarang sasaran yg lebih idealistik dan agresif? Apa yg penting, sejauh mana usaha kjaan ke arah mengurangkan jurang kemiskinan di kalangan rakyat, samada melalui agensi2 kjaan mahupun melalui peranan yg dimainkan oleh wakil2 rakyat dan NGO2 berkaitan...


5 sasaran atau objektif yg ingin dicapai oleh Kak Mas, yg juga merupakan cita2 arwah suaminya yg masih belum dicapai adalah :

1. Menaiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) menjadi sebuah universiti awam (ipta). (BERJAYA)

2. Mendapatkan kelulusan projek Jambatan Manong. (BERJAYA)

3. Mendapatkan kelulusan projek melebarkan Jalan Manong ke Kuala Kangsar.

4.Menaiktaraf Hospital Kuala Kangsar menjadi hospital pakar.

5. Membangunkan lembah dan tebing Sungai Perak sebagai lokasi pelancongan.

Kelima-lima objektif ini menjadi teras kepada perjuangan Allahyarham Dato' Wan Muhammad Khair-il, dan akan diteruskan oleh Kak Mas... memberi penekanan kepada pendidikan, kesihatan, infrastruktur awam di samping membantu masyarakat setempat dgn membuka lebih banyak peluang ekonomi melalui pelancongan...


Jadi, ingin ditegaskan sekali lagi, tidak ada sebab untuk pengundi Kuala Kangsar menolak aspirasi Kak Mas... ya, mungkin sepanjang tempoh edah ini, gerak kerja Kak Mas agak terbatas, segala yg telah Islam tetapkan pasti akan ada hikmahnya... namun, bilamana Kak Mas selesai edah dan memulakan langkah pertamanya, percayalah, Kak Mas tidak akan menoleh kebelakang lagi... Insha Allah...





By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Comments (0)