Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:18 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Kerajaan Negeri Perlu Jawab Soalan Dibangkitkan Datuk Huan & Dato' Abdul Rahman Dahlan @Huan2u @mpkotabelud

Posted: 09 Jun 2016 05:30 AM PDT


1. Saya mengambil maklum kenyataan YB Lim Hock Seng bahawa beliau sudah menjawab semua soalan dalam tiga kenyataan saya sebelum ini (berkaitan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang).

2. Untuk memperbetulkan beliau, saya ingin nyatakan yang saya mengeluarkan empat kenyataan media berhubung isu ini. Kenyataan terakhir adalah pada 24 Mei 2016. Pada 25 Mei, YB Lim Hock Seng mengadakan sidang media dan membuat satu lagi kenyataan. Dalam kenyataan itu, beliau mengatakan itu adalah kali terakhir jawapan diberi kepada soalan-soalan saya.

3. Ingin saya tegaskan, kenyataan YB Lim kononnya beliau sudah menjawab semua soalan saya adalah tidak tepat dan agak mengelirukan. Bercakap berbelit-belit tidak sama dengan memberi jawapan memuaskan terhadap persoalan yang saya bangkitkan.

4. Saya ingin mengambil beberapa contoh khusus daripada sidang media YB Lim pada 25 Mei lalu.

5. Tiga kali saya bertanya sama ada benar tanah yang diberi kepada Consortium Zenith-BUCG (CZBUCG) dijual serta-merta atau setuju untuk dijual pada harga antara RM845 kaki persegi (kps) hingga RM1,300 kps. Saya turut menyertakan bukti berkaitan perjanjian itu.

6. Tanpa memberikan penjelasan sepatutnya, YB Lim bersungguh-sungguh menegaskan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian ke atas tanah dimaksudkan pada kadar RM475 kps - dan itu saja penjelasannya. Selepas didesak buat kali keempat, YB Lim memberi jawapan mengejutkan iaitu sebarang penjualan tanah antara CZBUCG dan pihak ketiga adalah `transaksi sulit'.

7. Saya mendapati jawapan ini sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat pembayaran dan bersetuju memindahkan tanah kerajaan negeri kepada syarikat swasta. Syarikat berkenaan dengan pantas menandatangani perjanjian untuk menjual tanah terbabit kepada syarikat lain pada harga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding penilaian JPPH. Ini adalah penilaian sama yang disifatkan YB Lim sebagai nilai tanah berkenaan. Beliau memperlekehkan desakan saya dengan merujuk penjualan itu sebagai `transaksi sulit'.

8. Satu lagi contoh ialah apabila saya menyatakan Kerajaan Pulau Pinang seolah-olah membayar keseluruhan kos pembinaan projek, namun dibenarkan mengutip konsesi tol selama 30 tahun. Saya tegaskan, aturan ini tidak pernah dilakukan dalam mana-mana perjanjian konsesi di Malaysia - atau di dunia.

9. Apabila ditanya sama ada keseluruhan kos pembinaan dibayar menerusi pemindahan tanah, YB Lim memberi jawapan berbeza. Awalnya beliau berkata, ia disebabkan Kerajaan Pulau Pinang tidak memiliki kepakaran untuk menyelenggara terowong berkenaan. Bagaimanapun, dalam sidang media berasingan, beliau dilaporkan berkata, syarikat terbabit turut menampung kos pembinaan dan memerlukan hasil kutipan tol sebagai pulangan pelaburan.

10. Selepas terus didesak, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, melakukan pusingan-U apabila mengumumkan projek terowong dasar laut itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan RM2 bilion dan sedia mengetepikan kutipan tol selama 30 tahun jika Kerajaan Persekutuan meluluskan pembinaan jambatan ketiga.

11. Perkembangan ini sememangnya amat aneh. Awalnya, YAB Lim menuduh Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan jambatan ketiga. Bagaimanapun, apabila Menteri Kerja Raya menafikan Kerajaan Pulau Pinang ada membuat permohonan, YAB Lim memberi alasan tidak berani mengemukakan permohonan.

12. Selepas itu, YAB Lim menulis surat kepada Perdana Menteri dan bukannya Kementerian Kerja Raya (mengikut proses lazim) bagi memohon kelulusan membina jambatan ketiga. Bagaimanapun, beliau enggan mengemukakan sebarang dokumen untuk menyokong permohonan tersebut. Surat permohonan yang menjadi modal politik ini, ditambah dengan keengganan beliau menyertakan dokumen bagi menyokong permohonan membawa kepada kesimpulan bahawa YAB Lim tidak jujur dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu.

13. Menurut YAB Lim, Kerajaan Pulau Pinang terpaksa melaksanakan tol 30 tahun pada kadar sama dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai langkah tidak mensabotaj Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kini, beliau mencadangkan pembinaan jambatan ketiga tanpa tol. Apakah ini bermakna pendirian beliau sudah berubah dan tidak kisah `mensabotaj' Jambatan Kedua Pulau Pinang?

14. Sikap berdolak-dalik Kerajaan Pulau Pinang dan percanggahan jawapannya membuatkan saya terpaksa mengulangi semua soalan ini. Ramai pemerhati beranggapan semua soalan ini tidak dijawab dengan sepenuhnya.

15. Walaupun dalam sidang media itu YB Lim Hock Seng menyatakan tidak akan menjawab soalan saya lagi, saya ingin menegaskan bahawa soalan-soalan saya sebelum ini seperti dalam kenyataan bertarikh 24 Mei 2016 belum dijawab hingga ke hari ini. Anda boleh merujuknya di sini : https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/posts/836822423116036.

16. Selain beberapa soalan saya, Datuk Huan Cheng Guan daripada Parti Cinta Malaysia turut membuat laporan SPRM berhubung Terowong Dasar Laut yang dicadangkan itu. Dalam laporannya, beliau mendapati kos berjumlah RM208.8 juta bagi kajian kejuruteraan terhadap tiga laluan berkembar (sepanjang 

20.3 km) yang dinyatakan adalah 11% lebih tinggi daripada kos pembinaan. Ini adalah hampir lima kali ganda lebih tinggi berbanding had 2.54% dalam skala kadar diwartakan yang dipersetujui antara Lembaga Jurutera Malaysia dengan Kementerian Kerjaraya.

17. Soalan Datuk Huan juga perlu dijawab. Rakyat memerlukan penjelasan telus.

Kenyataan Media
Dato' Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi
Barisan Nasional
9 Jun 2016

Budiman Fokus Isu Pendidikan & Ekonomi #PRKSgBesar #InilahBudiman #SCS93

Posted: 09 Jun 2016 01:30 AM PDT


Dua jari yang kerap dilihat dan ditunjukkan oleh Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi bermaksud dua fokus utama beliau kejarkan untuk pengundi di sini sekiranya diberikan kepercayaan pada 18 Jun ini.

Beliau menggariskan dua fokus utama iaitu meningkatkan akses terhadap pendidikan dan tahap ekonomi penduduk.

"Kita di Sungai Besar tidak memerlukan gedung membeli-belah yang besar, kita tidak mahu mengubah landskap, biarlah suasana kampung ini dikekalkan.

"Tetapi kita mahu penduduk mempunyai ilmu yang tinggi sekali gus dapat berfikir untuk menjana pendapatan daripada sumber sedia ada," katanya.

Terbaik lah YB Budiman !

#Support

UMNO Wilayah Persekutuan Hantar Jentera Terbaik & Berpengalaman Ke #PRKSgBesar #InilahBudiman

Posted: 08 Jun 2016 11:30 PM PDT


Dalam usaha mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar pada 18 Jun ini UMNO Wilayah Persekutuan akan melipat ganda usaha membantu jentera dalaman dan negeri semasa tempoh kempen berlangsung.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin dengan pengalaman dan banyak latihan yang dilalui oleh anak buahnya akan dapat membantu jentera tempatan merealisasikan hasrat parti untuk terus kekal di kerusi tersebut.

Seramai 140 orang jentera termasuk pegawai yang terlatih dari segi kempen pilihan raya dikerah berkampung di Sungai Besar bermula 5 Jun hingga 18 Jun ini di bawah pimpinan Pengarah Operasi Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar.

Tengku Adnan yang ditemui Watan-Online memberitahu, jentera UMNO Wilayah Persekutuan akan membantu dan memastikan kawasan –kawasan dipertamggungjawabkan dapat meningkatkan KPI dengan mencapai kemenangan yang disasarkan.

"Daripada 6 kawasan terdapat dua kalah tipis. Kita perlu menang di dua kawasan tersebut," tegas beliau.

UMNO Wilayah Persekutuan dipertanggungjawabkan di enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) bersama lima Bahagian Angkat dari Selangor iaitu Bahagian Serdang, Puchong, Hulu Langat, Sepang dan Kelana Jaya.

PDM Sungai Nipah, Sungai Nibong, Pasir Panjang Tengah dan Pasir Panjang Selatan dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu. PDM Parit 13 Sungai Nipah dan Taman Berkat BN kalah tipis.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Datuk Kamaruddin Hassan segala program akan dilaksanakan oleh pemimpin sayap parti yang telah membahagikan tugas dengan sejumlah petugas.

Beliau memberitahu kempen-kempem seperti biasa diteruskan seperti kunjungan rumah ke rumah, mengadakan majlis kecil seperti ramah mesra, perjumpaan di surau sempena bulan Ramadan dan melawat orang susah dengan menghulurkan bantuan.

Mana Cina Babi Tu? #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 08 Jun 2016 11:00 PM PDT


Tak sudah² lagi DAP ni membuat provokasi terhadap orang Melayu meskipun hal yang bersangkut paut sebelum ini telah diselesaikan sendiri oleh pihak yang dituduh.

Pemimpin PAN mempunyai sejarah sanggup melakukan apa saja untuk meraih undi kaum bukan Melayu walaupun sehingga tahap menggadai agama dan bangsa sekalipun. Merekalah yang mempolitikkan isu kalimah Allah dengan menyebelahi pihak gereja kerana desakan dan tawaran daripada DAP yang kaya dengan wang.

Mereka jugalah yang menyokong desakan puak gereja supaya orang Melayu diberi kebebasan untuk murtad.

Kali ini, mereka memainkan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian orang Cina terhadap calon Barisan Nasional (BN) dengan mewar-warkan kenyataan peribadi orang lain yang bukan seorang calon pun di sana.

Bukankah perbuatan sebegini boleh dianggap sebagai perbuatan menghasut dengan niat bertujuan memecahbelahkan perpaduan antara kaum?

Apakah tindakan terdesak ini dilihat seolah² DAP disebalik PAN sengaja membakar api kemarahan kaum Cina terhadap orang Melayu? Apa lagi yang DAP tak puas hati terhadap orang Melayu sebenarnya?

Barangkali bagi DAP, tindakan provokasi melampau sebegini mampu menarik sokongan kaum Cina kepada PAN tapi sebenarnya ia menjauhkan lagi sokongan pengundi terhadap parti tersebut kerana merasakan cubaan ini berniat jahat dan memburukkan lawan yang mempunyai rekod baik sebelum ini.


10 Pemerhatian Utama Sepanjang 3 Hari Kempen #PRKSgBesar #InilahBudiman

Posted: 08 Jun 2016 07:16 PM PDT


1. Calon PAS tidak nampak berkempen secara agresif. Lebih mengutamakan ziarah dari rumah ke rumah dan walkabout.

2. Calon PAN menumpukan perhatian di kem DAP terutamanya di Sekinchan. Hampir setiap malam Azhar berada bersama komuniti Cina DAP. PAN seolah-olah mencuba untuk menyatakan kepada komuniti Cina DAP bahawa calon PAN adalah calon DAP. Jurucakap PAN terdiri daripada Pemimpin DAP sendiri.


3. BN menumpukan aktiviti kempen di waktu siang bersama pengundi Cina di Sekinchan. Waktu malam banyak bersama komuniti Melayu Islam di Sungai Panjang. Calon BN 'tag team' dengan pemimpin BN untuk setiap program. Di kawasan Sekinchan, Gerakan & MCA membantu menjadi pengantara antara calon BN dan komuniti Cina. Terdapat juga beberapa senario di mana calon BN sendiri yang menyantuni komuniti Cina.


4. Facebook, Twitter & Blog didominasi oleh BN. PAN banyak menggunakan platform portal pro-pembangkang seperti MalaysiaKini & Free Malaysia Today. PAS mendapat 'exposure' dengan Facebook dan portal Harakah.

5. BN memasarkan politik khidmat bakti dan memilih untuk tidak memburukkan pembangkang. Sebarang serangan terhadap pembangkang dilakukan oleh aktivis media sosial bebas pro-BN.

6. PAN/DAP banyak menyerang secara terbuka kepimpinan negara seperti GST, 1MDB dan derma 2.6B. Tidak berminat untuk berjanji akan melakukan sebarang perubahan. Kebanyakan program PAN bersama pengundi Melayu terpaksa dibatalkan kerana kehadiran sangat tidak memberansangkan. Program bersama komuniti Cina pula kehadiran dalam 40 ke 60 orang pengundi, yang lain adalah jentera parti ataupun penyokong luar kawasan.

7. BN ingin merebut undi Cina Sekinchan daripada PAN/DAP. Medan pertempuran kali ini adalah di Sekinchan dan BN memilih untuk berlawan 'head-on collision' dengan PAN. 

8. PAS memilih untuk tidak 'head-on collision' dengan PAN/DAP ataupun BN. Reaksi penyokong PAS di lapangan menyatakan mereka tidak suka/benci kepada PAN dan bukannya BN. PAN mendapat promosi negatif daripada PAS. 


9.
PAN dibayangi oleh DAP setiap masa. Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Ng Sue Lim menjadi 'introducer' calon PAN kepada komuniti Cina DAP di Sekinchan. Strategi mereka adalah untuk memaksimumkan 'exposure' calon PAN kepada komuniti Cina Sekinchan. Sasaran PAN seolah-olah mahukan >80% undi Cina dan ingin memecahkan Melayu antara undi PAS atau BN.

10. BN memasarkan Calon, parti tidak begitu diketengahkan. PAS memasarkan parti, calon dan negativiti PAN. PAN memasarkan parti dan DAP. Pemimpin DAP sendiri memakai baju PAN.

Comments (0)