Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:11 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


#Sejarah Penubuhan Tentera Udara DiRaja Malaysia #TUDM @airforcenextgen @f_kedaulatan

Posted: 07 Jun 2016 05:30 PM PDT


Sejarah Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dikatakan bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja Persekutuan".

Namun ada yang pendapat menyatakan, jika penubuhan Straits Settlement Volunteer Air Force (SSVAF) diambil sebagai asas, maka tahun penubuhan TUDM sepatutnya pada tahun 1936.

Sebagai sebuah negara baru pada ketika itu, Malaysia memerlukan kepakaran bekas negara jajahannya dalam menunjuk ajar dalam pentadbiran sebuah skuadron tentera udara. Oleh itu seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF), Air Commodore A.V.R. Johnstone telah dipinjamkan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai penasihat dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.

Beliaulah yang bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada RAF.

Pada November 1958, sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British. Antara mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin.

Sebagai angkatan yang muda, tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara.

Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada 'Tentera Udara DiRaja Malaysia' atau lebih dikenali sebagai TUDM.

Bersambung..



Comments (0)