Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:10 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Komuniti India Sg Besar Ikrar Sokong #BarisanNasional #PRKSgBesar #InilahBudiman

Posted: 07 Jun 2016 01:30 AM PDT

Azmin Cuak Reputasi Buruknya Akan Rosakkan Imej PAS #PRKSgBesar

Posted: 06 Jun 2016 11:30 PM PDT


Dilema Azmin, kalau lebih-lebih dengan Pas, Dap berbunyi garang, Rafizi terjegil matanya ibarat memberi amaran kepada Azmin supaya jangan nak mengelabah berbaik sangat dengan Pas.

Azmin juga dipersimpangan kerisauan kerana skandal besarnya di Selangor akan merosakkan reputasi Pakatan Harapan serta Pas. Jadi arahan supaya duduk diam jangan lebih-lebih terpaksa Azmin lakukan.
Jadi apakah Rafizi akan lakukan ugutan mental kepada Azmin supaya mendengar kata-kata parti sedangkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor wajib membantu parti sekutunya Pas.

"Ditelan mati emak, diluah mati bapak"

"Bagaimana nak jumpa pengundi kalau macam ni."

Rasuah dan perempuan resahkan PKR? Mungkin itu yang sedang berlegar-legar difikiran pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila kerajaannya di Selangor terpalit dengan isu rasuah dan
perempuan.

Sedia maklum, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan
Selangor.

Semalam, merupakan hari penamaan calon di PRK Sungai Besar. Pihak yang kelihatan paling terkesan dengan tuduhan Rafizi ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilihat hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam menyokong calon parti Amanah.. Pada masa itulah wartawan baru dapat melihat kelibat Azmin kerana dikatakan lesap menghilangkan diri.

Selain isu rasuah dan perempuan, PKR juga semakin serabut dan huru-hara apabila 'bercakaran' dengan parti PAS. Ia bukan cakaran ayam atau kucing tetapi percakaran serigala yang mampu
membawa maut!

Daripada Parti Rakyat, diubah kepada Pakatan Harapan. Dengan pantas, tanpa ragu-ragu PAS ditendang keluar. Namun tetap memerlukan mereka ketika dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN).

Macam mana hendak berjumpa denga para pengundi kalau macam ni? Amanah rakan politik, begitu juga dengan DAP. Sementara PAS masih diperlukan lagi di DUN.

Hari Ini Dalam Sejarah - @PDRMsia Lancar Kod Etika Baru @f_kedaulatan

Posted: 06 Jun 2016 09:30 PM PDT


Peristiwa hari ini dalam sejarah
7 Jun 2000

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan kod etika baru bagi menjadikan pasukan itu maju dan seiring dengan era teknologi maklumat masa kini.

Kod etika lima perkara itu dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dalam satu majlis di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kod etika baru itu merupakan pengubahsuaian kepada kod etika yang sedia ada dengan mengambil kira perkembangan semasa dan kod etika baru ini lebih menekankan khidmat mesra kepada masyarakat dan penekanan terhadap teknologi maklumat di kalangan anggota polis.

Lima perkara yang terkandung dalam kod etika baru itu ialah Setia, Berdisiplin, Berwibawa, Prihatin Dan Mesra, dan Cemerlang.

Baca lagi di sini.

Nelayan Di Sekinchan Dilayan Tidak Adil Oleh Kerajaan Selangor #PRKSgBesar #InilahBudiman

Posted: 06 Jun 2016 07:38 PM PDT


"Bantuan tidak pernah beri, cukai mereka mahu kutip. Ini satu tindakan yang tidak adil" luah Tan Ah Lek, seorang nelayan Sekinchan tentang nasibnya.

Lihatlah bagaimana pentadbiran Azmin dan Pakatan Harapan mentadbir di Selangor. Jika beginilah keadaannya, maka pengundi Sekinchan perlu memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"People signal" perlu dihantar untuk mengingatkan Azmin. Kerajaan negeri Selangor tidak boleh sekadar berbangga dengan benda kosmetik seperti bas percuma tetapi isu periuk nasi rakyat mereka abaikan.

Jika pengundi Sekinchan masih lagi tidak mahu berubah, masih lagi mempercayai DAP dan PAN maka nasib mereka sampai bila bila pun akan ditindas oleh Azmin dan ADUN DAP Sekinchan.

Pembelaan tidak akan ada, kerana Azmin tidak akan peduli lagi setelah undi dia dapati. Lihatlah bagaimana keadaan pengundi di Gombak, ibarat menanti bulan jatuh ke riba jika hendak berjumpa dengan Ahli Parlimen mereka.

Rizab Selangor sudah lebih dari cukup. Mengapa cukai nelayan masih mahu dikutip? Mengapa poket seluar lusuh nelayan masih mahu dikoyak untuk isi pendapatan kerajaan negeri Selangor? Itu tidak adil. Hentikan ketidak adilan ini.

Adakah Parti Kerajaan Indonesia Hari Ini Bakal Terkubur Bila 1.5 Juta Penjawat Awam Ditamatkan Perkhidmatan?

Posted: 06 Jun 2016 05:27 PM PDT

Kerajaan Indonesia sedang membuat perancangan untuk memecat sejuta Pegawai Negeri Sipil (PNS) sebagai usaha merasionalisasikan jumlah penjawat awam kerajaan negara itu.

Akhbar-akhbar tempatan hari ini memetik Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Yuddy Chrisnandi sebagai berkata dengan pemecatan itu, kerajaan menyasarkan untuk mempunyai sebanyak 3.5 juta penjawat awam menjelang tahun 2019.

Indonesia kini mempunyai 4.5 juta penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan pusat dan kerajaan tempatan dan pemberhentian pekerja akan dibuat secara berperingkat.

Comments (0)