Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:08 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Kartel Dadah Zeta Paling Ditakuti Di Mexico @f_kedaulatan

Posted: 29 Jun 2016 08:00 AM PDT


Kumpulan pengedar dadah paling ditakuti di Mexico, Zeta, dikatakan terkenal dengan kekejamannya. Mereka membunuh dengan memenggal kepala, membunuh, bahkan memasak lawan. Kini kumpulan tersebut bertindak lebih advance lagi dengan mengadakan pertarungan ala gladiator dengan tawanan mereka sebagai petarung.

Para tawanan itu dibekalkan dengan senjata tajam kemudian dikerah ke gelanggang yang disediakan untuk bertarung sesama sendiri. Prinsip membunuh atau dibunuh berlaku di sini. Petarung yang bertahan akan dijadikan tukang pukul.

Kejadian ini terbongkar apabila beberapa kuburan besar ditemui dengan lebih dari 400 mayat di dalamnya dalam beberapa bulan lepas.

Sebuah sumber yang terkait dengan perdagangan narkotik mengaku sudah mendengar tentang kegiatan kejam itu. "Kekejaman itu sudah mencapai tingkat maksima bahkan para gangster pun mulai muak dengannya," kata sumber itu.

Seorang perwakilan penguatkuasaan undang-undang di Durango, tempat pertemuan salah satu kubur terbesar di Mexico, mengatakan, "Jika informasi itu benar, mereka benar-benar telah gila".

"Ramai orang hilang begitu saja, banyak yang lenyap secara berkelompok. Tetapi tidak ada tuntutan wang tebusan," kata seorang aktivis hak asasi manusia di negara Coahuila yang bersempadan dengan Texas, Amerika Syarikat.

Beberapa mangsa penculikan dipaksa membunuh orang. Ada yang ditemukan tergantung di jalan. Sementara itu sebahagian besar dari 200 mayat ditemukan di kubur di negara Tamaulipas ,kelihatan dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup.

Satu laporan dari akhbar Houston Chronicle, menyebut, berdasarkan pengakuan dari seseorang, "Orang tua dibunuh. Wanita muda diperkosa. Sementara orang muda dan produktif diberi senjata, golok, dan tongkat dan dipaksa bertarung sampai mati."

Pada Disember 2006, ketika kekerasan terus meningkat, Presiden Mexico Felipe Calderon, mengerahkan tentera bertindak memerangi kumpulan tersebut. Tindakan itu dikecam kerana membuatkan kumpulan itu bertindak lebih nekad.

Melihat situasi jenayah kekejaman kartel dadah ini, melihatkan sekiranya sesuatu jenayah sudah mampu mengawal keselamatan sesuatu negara atau komuniti, maka kehancuran disebabkan jenayah itu bakal terjadi.

Malah bila kartel-kartel kejam ini bermaharajela, musuh-musuh perniagaan dadah yang menganggu ketua-ketua kartel mula berperang sesama sendiri. Penghapusan musuh-musuh itulah yang membuatkan perang dadah di Maxico sukar dibanteras.

Sumber : Dairishare

[Video] #LEPRapidKL Bakal Memanfaatkan Jutaan Warga Lembah Klang @NajibRazak @azmiaziz60

Posted: 29 Jun 2016 05:30 AM PDT



Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong, dijangka mencatat tambahan 300,000 penumpang harian apabila ia mula beroperasi sepenuhnya Khamis ini.

Ketika ini, laluan lama yang turut melibatkan perkhidmatan monorel, digunakan 600,000 penumpang setiap hari, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz.

Menurut beliau, dengan wujudnya landasan sambungan bagi laluan Kelana Jaya, 170,000 penumpang lagi dijangka menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, manakala laluan Ampang pula akan menyaksikan tambahan 130,000 penumpang harian.


Kata Azmi, laluan sambungan itu, yang mempunyai 25 stesen baharu di kawasan yang tinggi kepadatan penduduk, diunjurkan mencapai peningkatan besar jumlah penumpang.

Beliau berkata laluan sambungan itu diharapkan dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.

"Objektif utama kami ialah untuk memenuhi keperluan sejuta penumpang setiap hari menjelang 2020, memandangkan bandar raya lain di Asia seperti Tokyo, sudah mencapai kadar lebih dua juta penumpang sehari dan kami sedang membuat persiapan ke arah itu," katanya.

Mulai Khamis ini, penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.


Dibina dengan peruntukan RM8 bilion, rangkaian sambungan ini meliputi jarak 46.4 kilometer, yang merentasi kawasan padat dengan penduduk.

Azmi berkata perkhidmatan sambungan baharu itu akan memberi kemudahan dan keselesaan pada kadar tambang yang tidak membebankan penumpang, sebagai contoh, perjalanan dari Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.

"Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral (RM3.20) dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20," katanya.

"Sekiranya kita kaji kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu, kita akan dapati penggunaan LRT akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak akan menempuh kesesakan trafik," katanya.


Menurut beliau, sebagai langkah memantapkn lagi perkhidmatan LRT, Prasarana sedang menaik taraf sistem semboyan bagi Aliran Ampang untuk meningkatkan keutuhan dan kecekapannya.

Di samping itu, kata beliau, Prasarana menggantikan tren sedia ada bagi Aliran Ampang dengan 30 tren enam gerabak baharu dan akan menambah 20 tren enam gerabak lagi bagi laluan sambungan untuk meningkatkn keupayaannya.

"Apabila siap, projek LEP memberi kesan yang cukup besar. Ia akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya, dan Malaysia, terutama Greater Klang Valley, akan menikmati sistem pengangkutan awam yang lancar serta bersepadu," katanya.

[Video] Pemimpin DAP Panggil Lawan & Penonton Bodoh Berulang Kali Semasa 'Berdebat'

Posted: 29 Jun 2016 12:30 AM PDT



Sikap keterbukaan kedua² pemimpin untuk berdebat mengenai isu lebuhraya dan terowong bawah tanah yang sedang hangat dimainkan di media massa dan media sosial amatlah dihargai dan digalakkan oleh ramai pihak.

Kerana ianya diyakini mampu menterjemah perkongsian isu² semasa kepada banyak pihak yang masih lagi tidak memahami permasalahan dan isu yang sedang melanda kerajaan negeri Pulau Pinang.

Para penonton yang hadir mungkin menyangkakan panas hingga ke petang, rupa hujan bodoh di tengah hari. Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan apabila Hock Seng wakil DAP Pulau Pinang merangkap Exco Kerajaan Negeri tidak mampu mengawal keceluparan mulutnya apabila memanggil lawan dan penonton sebagai bodoh berulang² kali.

Tindakan pemimpin DAP ini mendapat kritikan penonton semasa perdebatan tersebut dan ianya terpaksa diberhentikan beberapa kali untuk menenangkan para penonton yang sengaja diprovoke sedemikian rupa.

Hari ini, rata² netizen juga mengutuk tindakan tidak berakal seseorang yang bergelar wakil rakyat di mana beliau seharusnya bersikap profesional dan tidak bercakap seperti orang hilang akal di atas pentas.

Lihat komen² netizen di bawah ;





#LEPRapidKL Lebih Mudah & Murah Ke Subang Sky Park (Airport) Menaiki LRT & Bas #RapidKL

Posted: 28 Jun 2016 10:30 PM PDT


Mungkin sebelum ini ada sesetengah pihak beranggapan, pengangkutan awam yang paling ideal untuk digunakan ke Lapangan Terbang Subang Sky Park adalah menaiki teksi dari pelbagai tempat.

Atau pilihan lain, kemungkinan pengguna hanya menaiki ERL untuk penerbangan melalui Kuala Lumpur Internation Airport (KLIA) yang terletak di Sepang.


Namun bermula esok (30 Jun 2016), pengguna dan penumpang kapal terbang yang melalui pintu berlepas di Subang Sky Park boleh menggunakan perkhidmatan LRT (aliran Kelana Jaya) untuk ke sana kerana terdapat sebuah stesen yang paling hampir dengan Subang Sky Park.

Caranya begitu mudah sekali ;


Seperti di dalam gambar.

Pengguna menaiki LRT dari mana² stesen menuju ke stesen Ara Damansara. Kemudian menaiki bas yang disediakan bernombor T773 menuju ke Subang Sky Park sebagai destinasi terakhir. Begitu juga sebaliknya.

Info lanjut ;

MyRapid
Facebook
Instagram
Twitter

Kementerian Pengangkutan Jangan Tunduk Dengan Kebiadapan #AirAsia @NajibRazak @liowtionglai @AKaprawi

Posted: 28 Jun 2016 08:30 PM PDT


Air Asia perlu menumpukan kepada perniagaan utama mereka, menerbangkan penumpang, bukannya masuk campur dalam hal pengurusan mana-mana lapangan terbang termasuk KLIA2.

Tindakan Air Asia secara semberono mahu memaksa Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk menukar nama KLIA2 kepada LCCT2 bukan sahaja di luar skop syarikat terbabit malah menunjukkan sikap angkuh pemiliknya.

Pemilik Air Asia, Tony Fernandes, menunjukkan sikap angkuh dan semberono apabila secara berterusan membuat kenyataan terbuka supaya KLIA2 ditukar kepada LCCT2 walaupun MAHB dan Kementerian Pengangkutan secara jelas menyatakan mereka tetap akan kekal dengan jenama KLIA2.


Lebih mengejutkan apabila Air Asia secara terbuka telah menggunakan nama LCCT2 menggantikan nama rasmi KLIA2 dalam strategi pemasaran mereka.

Ini bukan sahaja biadap malah terdapat gosip bahawa ratusan orang telah terlepas penerbangan mereka kerana menuju ke LCCT lama bukannya KLIA2 seperti sepatutnya.

Kita tidak faham di mana logiknya kenyataan bahawa menukar nama KLIA2 kepada LCCT2 sebagai satu langkah "rebranding" yang bakal menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

Sama ada namanya KLIA2 atau LCCT2, ia tidak mengubah hakikat penumpang memilih penerbangan berdasarkan penawaran lebih baik syarikat penerbangan yang beroperasi dalam laluan dan destinasi yang sama.

Kualiti dan perkhidmatan lapangan terbang juga menjadi pilihan penumpang untuk menggunakan syarikat penerbangan tertentu untuk ke sesuatu destinasi. Yang sangat melucukan ialah jika AirAsia mendakwa penumpang memilih syarikat penerbangan berdasarkan nama lapangan terbang.

Tidak masuk akal menukar nama sesebuah lapangan terbang boleh menarik penumpang menggunakan syarikat penerbangan tertentu. Dalam konteks ini, tidak logik menukar nama KLIA2 kepada LCCT2 boleh meningkatkan jualan AirAsia.

Tindak-tanduk AirAsia yang sentiasa mencari permusuhan terbuka dengan MAHB mungkin sebagai satu "marketing strategy" mereka untuk kekal dalam liputan media. Ia juga tidak mustahil bertujuan mengalih fokus umum dari pencapaian perniagaan AirAsia kepada sesuatu yang kontroversi.

Malah lebih serius, apakah mungkin ini permainan AirAsia untuk mencari kambing hitam apabila mereka mencatat kerugian atau masalah kewangan pada masa akan datang?

Sungguhpun AirAsia merupakan pelanggan utama KLIA2, mereka tidak berhak sesuka hati menukar nama lapangan terbabit. Jika mereka tidak berminat untuk kekal di KLIA2, mereka boleh sahaja keluar. Masih banyak syarikat lain akan menggunakannya.

Masih ingat "ugutan" AirAsia untuk memindahkan ibu pejabatnya ke Jakarta beberapa tahun lalu apabila Khazanah Nasional membatalkan perjanjian pertukaran saham antara MAS dan AirAsia Bhd?

Mengapa mereka tidak pindah sahaja? Sehingga hari ini mereka masih kekal di Kuala Lumpur kerana tahu perkhidmatan negara ini terbaik di rantau ini.

Kita sudah biasa mendengar ugutan dan melihat sikap AirAsia yang besar kepala. Soalnya sampai bila?

Rakyat akan melihat apakah Kementerian Pengangkutan akan tunduk kepada lobi AirAsia dan menghabiskan puluhan juta ringgit pula bagi menjalankan "rebranding" KLIA2 kepada LCCT2 atau menjadi seorang Menteri sebenar yang tidak tunduk kepada ugutan dan lobi syarikat besar.

Sumber : MyKMU

#Latest : Lelaki Cedera Ditembak Semasa Memandu Pagi Ini Di Sg. Besi @PDRMsia @f_kedaulatan

Posted: 28 Jun 2016 07:47 PM PDT



Menurut sumber kejadian berlaku di Sg Besi pagi ini ketika warga kota sedang berpusu² menuju ke tempat kerja.


Maklumat lanjut, klik sini.


#LEPRapidKL Semakin Dekat Dan Mudah Buat Warga Lembah Klang @NajibRazak @azmiaziz60

Posted: 28 Jun 2016 06:31 PM PDT


Pembukaan secara rasmi LRT Line Extension Project (LEP) yang bakal menghubungkan kedua² aliran (Ampang / Kelana Jaya) mulai esok pastinya saat yang amat dinantikan oleh sebahagian besar warga kota Kuala Lumpur dan Selangor.

Laluan sambungan itu diyakini dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.

Penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.

Paling penting adalah dengan penyambungan laluan ini pengguna di sekitar laluan akan melihat kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu. Penggunaan LRT secara langsung akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak perlu menempuh kesesakan trafik pada waktu puncak.

Comments (0)