Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:09 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


#Haji - Staf #Prasarana Malaysia Giat Mengadakan Latihan Servis Rel

Posted: 24 Jun 2016 05:30 AM PDT


Ketika seluruh umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadat puasa, staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bakal mengendalikan perkhidmatan rel untuk jemaah Haji pada pada September ini, terus tekun menjalankan tugas masing di Tanah Suci Mekah dalam operasi berterusan 24 jam tanpa henti sejak bermula bulan Ramadan.

"Sebenarnya, kami telah memulakan operasi 24 jam sejak 1 Jun lepas. Ini selaras dengan jadual kerja yang telah ditetapkan untuk operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) tahun ini untuk memulakan pra-ujian selama 30 hari berturut-turut sehingga 30 Jun.

"Semua staf bekerja mengikut jadual kerja masing-masing dengan kesemua stesen dan Pusat Kawalan Operasi (OCC) dibuka sepanjang masa 24 jam sehari. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Nyata, pengalaman mengendalikan operasi tahun lepas banyak membantu kami," kata jurucakap MMMSL, Encik Mohamad Hashim Mamot dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.


Secara rasmi, MMMSL hanya beroperasi selama tujuh hari setahun ketika jemaah seluruh dunia mengerjakan haji antara 7 hingga 13 Zulhijjah. Kerja-kerja penyelenggaraan dan persiapan untuk operasi rel paling mencabar di dunia ini berlangsung sepanjang tahun termasuk program pra-ujian yang dilaksanakan sekarang.

Menurut Mohamad Hashim, sepanjang operasi pra-ujian ini, kesemua tren dan fasiliti di stesen-stesen akan diuji untuk kesediaan operasi khususnya untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem, OCC dan kecekapan para pemandu tren.

"OCC akan menyiapkan dan mengemukakan laporan setiap hari untuk segala perkara yang berkaitan dengan fungsi sistem khususnya yang memerlukan pembaikan segera. Selain laporan SCADA atau Sistem Kawalan Penyeliaan dan Perolehan Data, OCC akan juga mengemukakan kepada pihak pengurusan log penuh aktiviti pada hari berkenaan," kata beliau.


Selesai sesi pra-ujian selama sebulan ini, MMMSL akan melaksanakan pula program ujian penuh daripada 9 Julai hingga 6 September sebelum operasi haji sebenar dijalankan daripada 8 hingga 14 September ini. Pelan Latihan Kecemasan, yang akan diadakan bersama-sama dengan agensi-agensi keselamatan di Arab Saudi, akan diadakan pada 1 September ini. Mohamad Hashim, yang juga Pengarah Negara (Country Director) untuk Prasarana Integrated Management and Engineering Sdn Bhd (PRIME) cawangan Arab Saudi, berkata setakat ini seramai 121 staf Prasarana dan anak-anak syarikat sudah bertugas di MMMSL di Mekah sebagai persiapan untuk operasi haji musim ini.

"Mereka ditempatkan untuk bertugas sama ada di Depot, yang terletak dekat Arafah ataupun di sembilan stesen-stesen MMMSL, yang terletak di Arafah, Mudzalifah dan Mina. Kami disokong oleh staf-staf kontrak dan sementara, yang terdiri daripada rakyat Malaysia, rakyat Arab Saudi dan penduduk tempatan di Tanah Suci Mekah.

"Secara keseluruhan, jumlah gunatenaga sekarang adalah kira-kira 300 orang. Ramai lagi staf Prasarana akan turun ke sini untuk menyokong operasi haji nanti. Tiba hari operasi nanti, MMMSL akan beroperasi dengan lebih 7,000 staf dan kumpulan terbesar adalah terlibat dalam kawalan jemaah di stesen-stesen.


"Kami sebenarnya sudahpun memulakan program pengambilan penduduk tempatan untuk tugasan mengawal jemaah ini. Alhamdulillah, sambutan adalah amat memberangsangkan. Mereka ini akan diberi latihan dan diselia oleh staf tetap Prasarana dan MMMSL pada hari operasi bagi memastikan segalanya berjalan lancar," kata Mohamad Hashim, sambil menambah kata bahawa cuaca di Tanah Suci Mekah sekarang adalah amat panas antara 40 hingga 50 darjah Celsius.

Pada sesi temuduga yang diadakan antara 10 Mei hingga 4 Jun lepas, lebih 6,000 calon datang untuk ditemuduga di mana hanya 3,450 calon yang akan diserapkan dalam perkhidmatan pada musim haji nanti. Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Mohamad Hashim berkata waktu bekerja untuk setiap staf telah dikurangkan bagi membolehkan mereka mengambil manfaat daripada kehadiran mereka di Tanah Suci Mekah untuk menggandakan ibadat.

"Sebagai majikan, kami peka dengan hasrat staf yang ingin membanyakkan ibadat di Masjidil Haram di bulan puasa khususnya untuk membuat umrah dan sembahyang terawih. Kerja-kerja di depoh dan stesen, bagaimanapun, tetap berjalan seperti biasa seperti dijadualkan.


"Untuk berada di Tanah Suci Mekah khususnya pada bulan Ramadan sememangnya satu keberkatan yang tiada ternilai. Kerana itu, kami memberi memberi peluang untuk staf menambahkan masa untuk beribadah dan berbuka puasa di masjid-masjid berhampiran khususya bagi mereka yang datang bertugas buat pertama kali.

"Kemudian, pada setiap hari Selasa, semua staf akan berbuka puasa bersama-sama dengan juadah yang disediakan oleh pihak pengurusan MMMSL," tambah beliau.

Selain mengendalikan operasi MMMSL, Mohamad Hashim berkata PRIME cawangan Arab Saudi juga telah membuat bidaan untuk mendapat kontrak menguruskan perkhidmatan-perkhidmatan rel lain di Timur Tengah termasuk di Riyadh dan Jeddah. Anak syarikat Prasarana, PRIME dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan hasil Kumpulan dengan menggunakan kepakaran yang ada pada Prasarana untuk mengendalikan projek-projek di luar negara.

Pemuda WP Sokong Desakan Henti Bantuan & Dana Kepada Yayasan Kepimpinan Perdana @razlanrafii

Posted: 23 Jun 2016 11:00 PM PDT


Barisan kepemimpinan Pergerakan Pemuda UMNO menyokong penuh desakan supaya kerajaan menghentikan segala bantuan dan dana kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang kini dijadikan platform untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, yayasan itu kini telah disalah guna oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menghentam kerajaan di bawah kepimpinan Najib.
"Kemudahan disediakan meng­gunakan dana kerajaan tidak seharusnyadisalahgunakan untuk memperjuangkan agenda menjatuhkan kepimpinan negara.

"Kami menyokong penuh desakan supaya semua kemudahan diberikan kepada yayasan itu ditarik balik serta-merta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Tengku Zuhri Aziz yang juga menyokong penuh desakan tersebut turut meminta supaya bekas Perdana Menteri itu melepaskan jawatan sebagai Presi­den Kehormat yayasan itu.

"Tindakan beliau secara berterusan mahu mengguling Presiden UMNO dan Perdana Menteri bercanggah dengan realiti dan peraturan demokrasi.

"Dr. Mahathir sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan melepaskan jawatan di Yayasan Kepimpinan Perdana kerana telah menyalahgunakannya untuk tujuan politik peribadi dan bukan untuk memenuhi objektif penubuhan yayasan itu," ujarnya.

Comments (0)