Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:00 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Seluar Tengku Adnan Terlondeh, So What?

Posted: 20 Jun 2016 05:40 AM PDT


Bertebaran gambar di dalam WhatsApp kononnya mendakwa seluar DS Tengku Adnan terlondeh sedikit semasa meraikan kemenangan calon BN Sg Besar, YB Budiman pada hari Sabtu lepas.

Pertama, gambar tersebut adalah palsu dan berniat tidak baik terhadap Tengku Adnan.
Keduanya pada pendapat marhein aku ni, kes seluar terlondeh tanpa sengaja ni perkara biasa. Dari budak² kecil sehinggalah orang dewasa kadang² perkara sebegini berlaku tanpa diduga. Tapi sekiranya perkara ini benar² berlaku pada Tengku Adnan, so what?

Adakah Pembangkang nak buat memorandum dan hantar pada YDPertuan Agong kononnya Tengku Adnan membuat gangguan seksual terhadap orang ramai walhal ia berlaku tanpa sengaja?

Atau dengan kejadian memalukan ini, adakah ianya menyebabkan Pembangkang boleh menuntut semula kekalahan di Sg Besar?

Kesimpulannya mudah je, pendedahan gambar tersebut bertujuan untuk memalukan imej pemimpin Barisan Nasional saja dan tidak lebih daripada itu. Realitinya hasil daripada penyebaran gambar tersebut, ianya tidak bermanfaat langsung kepada rakyat dan negara.

Pilih antara persepsi atau fitnah. Anda tentukan.

Captain M Ajak Rafizi Turut Serta Buat Pendedahan Salah Laku Zuraida Mak Lampir

Posted: 20 Jun 2016 03:00 AM PDT


YB RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

20 Jun 2016

JEMPUTAN SEBAGAI PEMBUKA PEKUNG / RAHSIA / MENDEDAHKAN KECELARUAN SALAH LAKU YB ZURAIDA KAMARUDDIN, AHLI PARLIMEN AMPANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Seperti YB sedia maklum bahawa page Captain M sedang dalam usaha untuk membongkar satu persatu salah laku YB Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang bermula daripada salah laku beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai wakil rakyat. Kini pihak Captain M telah berkongsi jumlah dan jenis kenderaan peribadi milik YB Zuraida Kamaruddin.

3. Pihak kami difahamkan pengalaman YB untuk mengetengahkan isu² panas ini, amatlah hebat dan telah menarik perhatian banyak pihak.

Baca lagi - klik sini.

Penyokong Pembangkang Tolak Cadangan Mahathir Gulingkan Kerajaan #PRKSgBesar @mpkotabelud

Posted: 20 Jun 2016 12:30 AM PDT


1. Penolakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dapat dilihat dengan ketara, bukan saja oleh rakyat tetapi juga penyokong pembangkang yang secara terbuka didekati bekas Perdana Menteri itu untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Dalam laluan itu, beliau mengkhianati semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) yang pernah meletak kesetiaan dan kepercayaan terhadapnya satu ketika dulu. Melihat beliau memusnahkan legasi sendiri adalah sesuatu yang menyedihkan.

2. Tun Mahathir masih membisu sejak kemenangan BN yang menunjukkan rakyat secara jelas menolaknya. Beliau adalah pakar manipulasi dan kerap memutar-belit logik, namun sukar melihat bagaimana beliau dapat menyangkal keputusan ini. Ini adalah kekalahan mutlak baginya.

3. ‎ Tun Mahathir perlu menerima kehendak demokrasi rakyat, walaupun ia tidak selari dengan kemahuan peribadinya. Adalah lebih baik jika beliau bersara sekarang daripada menanggung malu yang lebih besar.

4. Kejayaan besar PRK ini membuktikan Perdana Menteri amat berwibawa untuk menerajui BN bagi pilihan raya umum akan datang. Ia turut membuktikan dakwaan Tun Mahathir kononnya BN akan kalah di bawah Perdana Menteri, tidak lebih daripada satu lagi penipuan semata-mata.

5. Kempen Anti Najib yang diketuai Tun Mahathir gagal, manakala parti pembangkang kini berpecah, tidak ketentuan dan ternyata tidak layak menjadi kerajaan. Rakyat meyakini BN di bawah kepemimpinan Perdana Menteri untuk membawa pembangunan ekonomi dan keselamatan.


Dato' Abdul Rahman Dahlan‎
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan,‎
Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar.‎‎

LRT Laluan Baru Kelana Jaya, Sri Petaling Ke Putra Height Bakal Dibuka Sebelum Raya #RapidKL @azmiaziz60

Posted: 19 Jun 2016 09:00 PM PDT


Warga Selangor khususnya dalam bandar kini boleh menarik nafas lega apabila projek penyambungan LRT bagi aliran Kelana Jaya dan Sri Petaling akan dibuka secara rasmi pada 30 Jun 2016 ini.


Dengan pembukaan lebih dari 10 stesen ini, sedikit sebanyak sebenarnya akan membantu warga Lembah Klang mengurangkan pembaziran masa di atas jalan raya dan secara tidak langsung berjaya mengatasi masalah kesesakan lalu lintas untuk ke destinasi pilihan.



Sama² kita nantikan detik yang penuh bersejarah buat negara. Inilah projek daripada kerajaan untuk rakyat.

Sokong Barisan Nasional, Rakyat Dihargai

Apa Rahsia Zuraida Si Penjual Buah Berstatus Kaya Raya? #PKRRasuah

Posted: 19 Jun 2016 08:20 PM PDT



Kekayaan Zuraida melampaui kemampuan. WTY 575 Mercedez Benz Zuraida.
Siapa Zuraida si penjual buah asal Indonesia yang telah kaya raya ini?

Nama: ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
IC: 580314-71-5206
Alamat: LOT 98, LORONG TANJONG 9, KAMPUNG MELAYU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR
No/phone: 019-3854238
Email: ampang@parlimen.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/zuraida.kamaruddin.58
Twitter : https://twitter.com/ybz99
-------------------


1. Selepas penahanan S Manikavasagammantan MP Kapar kecoh seorang lagi orang kuat Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bakal dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain Aduan banyak terhadap Manikavasagam sehingga dia tertangkap dengan duit RM30k, aduan terhadap Zuraida atau Mak Lampir tidak kurang banyaknya. Harta-harta Zuraida didedahkan kepada umum kini.

2. Berikut senarai pemilikan kenderaan mewah Zuraida Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Pusat yang telah dikenal pasti. Iaitu;

#Kenderaan:

1. BNT9138 - KERETA MERCEDES BENZ S280
2. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
3. WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
4. BHT63 - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
5. W2956U - MOTORSIKAL DEMAK EX 90
6. W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
7. WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
8. WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
9. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T


3. Semakan dalaman dengan JPJ kepada semua kenderaan (8 kenderaan) menunjukkan atas nama Zuraida Kamaruddin. Dengan gaji Ahli Parlimen terbaru RM16,000 sebulan tidak mungkin mampu memiliki semua kenderaan di atas. Dengan ertia kata lain pemilikan harta Zuraida melebihi kemampuannya.

Persoalannya dari manakah Zuraida memperolehi pendapatan untuk membeli kenderaan mewah?

4. Fakta yang menarik perhatian, hanya satu kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida (seperti dalam senarai) bukan atas nama beliau iaitu nombor pendaftaran BNT9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280. Kereta ini didaftarkan atas nama sebuah syarikat. Iaitu;

Hanspec (M) Sdn Bhd
Suite 6.01 6th Floor
MENARA TKSS NO 206
JALAN SEGAMBUT
51200 KL

5. Siapakah syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd? milik saudara, proksi atau rakan perniagaan Zuraida?. Semakan menunjukkan ia dimiliki oleh orang Cina. Apa kepentingan syarikat ini boleh menghadiahkan kenderaan Mercedes Benz S280 kepada Zuraida?

Kenderaan ini kelihatan digunakan oleh Zuraida dan disimpan. [Pemilikan Pengarah akan didedahkan kemudian].
6. Admin percaya tangkapan Manikavasagam Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu merupakan titik permulaan kepada pendedahan Rasuah Rafizi terhadap Azmin dan Kerajaan Selangor.

7. Memandangkan Zuraida ketika isu NFC Shahrizat dan Kisah Zahida Rafik RM1.5 juta begitu galak untuk mendedah kini giliran beliau pula sebagai ayam tambatan Azmin Ali pula menerima nasib sama. SPRM mesti ambil tindakan tegas atas laporan aduan terhadap Zuraida.

Selebihnya pendedahan lain di page Captain M seperti Berikut;

[#BERITA PANAS] SELEPAS MANIKAVASAGAM, AYAM TAMBATAN AZMIN ALI ZURAIDA KAMARUDDIN MP AMPANG PULA BAKAL DISIASAT SPRM?


S. Manikavasagam mantan Ahli Parlimen Kapar ayam tambatan PKR untuk menjatuhkan Bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah ditangkap SPRM semalam (15 Jun 2016) setelah mengambil rasuah bernilai RM30 ribu dari seorang Kontraktor sebagai imbuhan Sykt tersebut mendapat Tender (Peruntukkan Marris) bernilai hampir RM1juta. Manikavasagam kini Penyelaras DUN Bukit Melawati (N10) selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor

Selepas pendedahan Rafizi mengenai rasuah dan juga upah perempuan di Negeri Selangor nampaknya satu persatu orang-orang Azmin bakal terdedah.

Menurut sumber Zuraidah Kamaruddin orang harapan dan amat rapat dengan Azmin Ali MB turut disiasat dan diintai lama oleh SPRM. Zuraida dikatakan proksi Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukkan Marris yang disalurkan kepada PBT untuk kos bawah RM 3 juta. Zuraida bukan sahaja menguasai projek PBT MPAJ tetapi seluruh negeri Selangor.

Di Ampang kroni Zuraidah dan Azmin Ali dalam projek MPAJ bukan lagi rahsia. Semua kontraktor mencari Zuraida jika mahukan projek.

Kisah kekayaan Zuraida turut pernah kecoh satu ketika dalam blog dan media sosial mengenai kekayaannya yang dianggap luar biasa selepas empat tahun bergelar Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Ampang ini mengaku memiliki beberapa buah kenderaan dan termasuk yang terbaru khabarnya sebuah mercedes C200 hasil kroninya di Selangor.

Menurut Tian Chua Naib Presiden PKR, Zuraida memiliki kekayaan luar biasa selepas menguasai projek Kerajaan Negeri bawah RM3 juta. Atas arahan dan kuasa MB Selangor itu semua dalam tangan mereka sekarang.

"Saya dan lain-lain pejuang reformasi awal dalam PKR. Kami sanggup berpanas, bergolek atas jalan dan ditangkap dalam demonstrasi. Apa kami dapat? Zuraida mak lampir tu juga yang Azmin Ali beri kekayaan" katanya.

Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.

Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

Dengan tertangkapnya S. Manikavasagam oleh SPRM apakah Zuraida bakal menerima nasib sama? Azmin Ali MB Selangor pasti akan menyelamatkan dirinya dari dikaitkan dengan pemimpin PKR yang terlibat rasuah ini.

Sumber : Master Dedah

Comments (1)

Terlebih sumbat dedak ni. Tuan punya bdn ckp betul, si dedak kata fitnah pulak.. alahai dedak