Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:36 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Poster Calon #BarisanNasional YB Budiman Dilempar Cat Merah ‪#‎PRKSgBesar‬

Posted: 17 Jun 2016 07:00 AM PDT


Hampir sepuluh poster calon BN disimbah dengan cat merah di sepanjang jalan dari Sungai Besar menuju ke Sekinchan. Cat merah itu betul betul disimbah ke muka YB Budiman.

Gambar di atas memaparkan poster calon yang disimbah dengan cat merah berhampiran stesyen minyak Petronas Sungai Haji Dorani. Bila disiasat, didapati ada kesan seolah tin penyembur ditinggalkan di tepi jalan.
Pihak yang membuat kerja jahat ini sudah hilang pertimbangan dan tidak menghormati kemuliaan Ramadhan. Diharap pihak berkuasa dapat segera menyiasat dan menangkap pihak yang melakukan kerja terkutuk ini.

Ini bukan kali pertama poster Budiman dijadikan bahan sabotaj. Sudah dua kali. Pertama kali di Sekinchan bila gambar billboard Budiman yang palsu dimanipulasi oleh DAP dan kali kedua poster YB Budiman ditampal sticker PAN dan DAP.

Kali ini siapa punya kerja? Apa salah YB Budiman hingga sanggup simbah cat merah ke mukanya?

#KemAzmin - Orang Kepercayaan Azmin Seterusnya Bakal Ditahan SPRM Pula Selepas Ini #PKRRasuah

Posted: 17 Jun 2016 05:30 AM PDT


Selepas S Manickavasagam, seorang lagi orang kuat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Captain M, individu yang dimaksudkan itu ialah Zuraidah Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Pusat.

Pendedahan lengkap Captain M adalah seperti berikut :
[#BERITA PANAS] SELEPAS MANIKAVASAGAM, AYAM TAMBATAN AZMIN ALI ZURAIDA KAMARUDDIN MP AMPANG PULA BAKAL DISIASAT SPRM?

S. Manikavasagam mantan Ahli Parlimen Kapar ayam tambatan PKR untuk menjatuhkan Bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah ditangkap SPRM semalam (15 Jun 2016) setelah mengambil rasuah bernilai RM30 ribu dari seorang Kontraktor sebagai imbuhan Sykt tersebut mendapat Tender (Peruntukkan Marris) bernilai hampir RM1juta. Manikavasagam kini Penyelaras DUN Bukit Melawati (N10) selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor

Selepas pendedahan Rafizi mengenai rasuah dan juga upah perempuan di Negeri Selangor nampaknya satu persatu orang-orang Azmin bakal terdedah.

Menurut sumber Zuraidah Kamaruddin orang harapan dan amat rapat dengan Azmin Ali MB turut disiasat dan diintai lama oleh SPRM. Zuraida dikatakan proksi Azmin Ali menguasai semua projek dan tender Peruntukkan Marris yang disalurkan kepada PBT untuk kos bawah RM 3 juta. Zuraida bukan sahaja menguasai projek PBT MPAJ tetapi seluruh negeri Selangor.

Di Ampang kroni Zuraidah dan Azmin Ali dalam projek MPAJ bukan lagi rahsia. Semua kontraktor mencari Zuraida jika mahukan projek.

Kisah kekayaan Zuraida turut pernah kecoh satu ketika dalam blog dan media sosial mengenai kekayaannya yang dianggap luar biasa selepas empat tahun bergelar Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Ampang ini mengaku memiliki beberapa buah kenderaan dan termasuk yang terbaru khabarnya sebuah mercedes S350 hasil kroninya di Selangor.
Menurut Tian Chua Naib Presiden PKR, Zuraida memiliki kekayaan luar biasa selepas menguasai projek Kerajaan Negeri bawah RM3 juta. Atas arahan dan kuasa MB Selangor itu semua dalam tangan mereka sekarang.

"Saya dan lain-lain pejuang reformasi awal dalam PKR. Kami sanggup berpanas, bergolek atas jalan dan ditangkap dalam demonstrasi. Apa kami dapat? Zuraida mak lampir tu juga yang Azmin Ali beri kekayaan" katanya.

Sebelum di pilih sebagai Ahli Parlimen Ampang pada tahun 2008 Zuraida adalah seorang penjual buah di kawasan Ampang. Selain menjual buah beliau juga secara sampingan turut menjual ubat-ubatan tradisional termasuk minyak angin.

Sebelum menjadi wakil rakyat di negeri yang diperintah oleh PKR, Zuraida hanya menggunakan kenderaan Perodua Myvi yang dibelinya pada tahun 2005. Itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki beliau pada masa itu.

Dengan tertangkapnya S. Manikavasagam oleh SPRM apakah Zuraida bakal menerima nasib sama? Azmin Ali MB Selangor pasti akan menyelamatkan dirinya dari dikaitkan dengan pemimpin PKR yang terlibat rasuah ini.

Budiman Berazam Mahu Menjadi 'Lidah Rakyat' Untuk Semua Kaum & Keturunan #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 17 Jun 2016 03:30 AM PDT


Memilih calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi akan membuatkan suara dan rintihan rakyat Sungai Besar akan diberi keutamaan di Parlimen kelak.

Begitulah janji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu jika pengundi di kawasan berkenaan memberi mandat kepadanya.

Sebagai seorang ADUN dan Setiausaha BN Selangor, semestinya Budiman tiada masalah untuk memastikan harapan penduduk berjaya diangkat sehingga ke peringkat Parlimen.

Soalnya sekarang, beliau hanya memerlukan mandat sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar sahaja sekarang ini untuk mengembangkan lagi khidmatnya selaku wakil rakyat.

Dengan berazam untuk menjadi 'lidah rakyat', Budiman sudah berjanji akan mewakili semua kaum, agama dan keturunan.

ADUN Sekinchan Langsung Tak Minat Layan Isu Nelayan Ditangkap Pihak Indonesia #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 17 Jun 2016 01:30 AM PDT


Pembangkang tidak akan menduga atau percaya sama sekali bahawa dua nelayan di sini yang ditahan pihak berkuasa Indonesia Mac lalu berjaya dibebaskan dengan bantuan Barisan Nasional (BN).

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, sejarah yang terlakar pada petang Khamis menunjukkan bahawa kerajaan telah menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat khususnya kumpulan nelayan di sini.

Katanya, ini berbeza dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim yang turut didatangi kumpulan nelayan di sini untuk meminta bantuan berhubung kes ini tetapi tidak dapat memberi sebarang bantuan.
"Dia langsung tak terlibat walaupun saya dimaklumkan nelayan-nelayan ada minta bantuan dan sebagainya, beliau menyatakan ini tanggungjawab kerajaan pusat, bukan di bawahnya.

"Saya anggap kenyataan beliau itu langsung tak bertanggungjawab dan saya yakin pihak beliau tak percaya apa yang berlaku pada hari ini. Beliau tak akan menduga apa yang sudah berlaku ini," katanya kepada pemberita di jeti nelayan Pantai Redang di sini, Khamis.

Beliau ditemui selepas menyambut dua nelayan Sekinchan Chua Lee teck, 45 dan Heng Chee Yong, 29 yang dibebaskan pihak berkuasa Indonesia dan tiba dengan dengan bot nelayan, kira-kira pukul 5.25 petang Khamis.

Jamal berkata, usaha membawa pulang dua tahanan ini sudah dibuat sejak Mac lalu, justeru tidak ada sebab untuk pembangkang mendakwa ia dilakukan semata-mata bagi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun ini.

"Saya sudah maklumkan dari awal, sejak 4 Mac usaha ini telah dilakukan dan kebetulan PRK berlaku pada Jun, tak ada sebab pembangkang nak kaitkan ini dengan PRK.

"Paling mustahak usaha berterusan kami di peringkat pimpinan bahagian dan sokongan kuat daripada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri lain, hari ini kita lihat Datuk Seri Shahidan Kassim pun ada dan beliau sungguh teruja dengan apa yang berlaku," katanya.

Ditanya sama ada terdapat syarat yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia berhubung pengampunan dan pembebasan ini, Jamal berkata, ia berlaku tanpa syarat kerana hubungan baik Malaysia dan pemimpinnya dengan kerajaan Indonesia.

Malah, beliau juga memberi jaminan bahawa bot yang dirampas semasa penahanan itu akan dikembalikan semula.

"Tak ada syarat. Istimewa kerana hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Indonesia, hubungan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Indonesia Joko Widodo.

"Bot-bot juga akan dikembalikan. Ini pengampunan khas yang tak terikat. Saya sudah maklumkan kepada tauke-tauke bot ini supaya terus datang ke Batam dan berurusan untuk bawa pulang bot tersebut," katanya.

Dalam pada itu Jamal turut berterima kasih kepada kerajaan Indonesia dan presidennya kerana mempertimbangkan bukti-bukti yang dilampirkan sehingga membawa kepada pembebasan dua tahanan tersebut.

Sumber : MStar

LRT #AmpangLine Ditutup Sementara Pada Hari Raya Kedua & Ketiga #RapidKL

Posted: 16 Jun 2016 11:00 PM PDT


Perkhidmatan LRT Laluan Ampang akan digantung sementara pada 7,8, dan 16 Julai 2016 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dan proses penghijrahan sistem semboyan tren.

Bermula 17 Julai 2016, pengguna boleh menikmati perjalanan secara terus dan lancar antara Stesen Putra Heights dan Sentul Timur dengan tren baru 6 gerabak AMY yang telah ditauliah untuk menggantikan tren LRT sedia ada yang kini hampir mencecah usia 20 tahun. 

"Penggantungan sementara perkhidmatan ini perlu bagi membolehkan proses naik taraf dan penghijrahan sistem semboyan sedia ada kepada sistem CommunicationBased Train Control (CBTC) atau sistem kawalan tren berasaskan komunikasi yang terbukti lebih efisen dan lebih selamat.

"Kami memutuskan untuk memilih tarikh 7 dan 8 Julai yang dijangka merupakan hari kedua dan ketiga sambutan Aidilfitri serta disusuli pada 16 Julai 2016 bagi mengurangkan kesan dan kesulitan kepada pengguna," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ahmad Nizam Mohamed Amin. 

Sepanjang tempoh penggantungan, perkhidmatan bas pengantara PERCUMA akan disediakan antara jam 6 pagi dan 12 tengah malam untuk membawa penumpang sepanjang stesen LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling ke Hab Bas Rapid KL Pasar Seni. 

Maklumat terperinci mengenai bas pengantara akan dimaklumkan kelak. Menurut Ahmad Nizam, 

"Pengguna yang ingin ke pusat bandar Kuala Lumpur dari Putra Heights tidak perlu lagi menukar tren di stesen LRT Sri Petaling setelah kerja-kerja menaik taraf dan penghijrahan sistem semboyan dapat dilaksanakan kelak. 

"Pengguna juga akan dapat menikmati kelesaan perjalanan antara Putra Heights dan Sentul Timur dengan menaiki tren baru AMY". 

"Walau bagaimanapun, sementara menunggu proses penggantian tren baru selesai pada Disember 2016, tren akan berpatah balik di stesen Bandar Tasik Selatan secara berselang seli ketika waktu puncak pagi dan petang antara 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 petang bagi menampung pemintaan yang tinggi pada waktu puncak," menurut Ahmad Nizam.

Dengan siapnya kerja menaik taraf dan migrasi sistem semboyan ini kelak, Rapid Rail akan memperkenalkan mod operasi baru iaitu LRT Laluan Sri Petaling yang akan dikhususkan untuk perkhidmatan LRT antara Putra Heights dan Sentul Timur manakala LRT Laluan Ampang dikhususkan hanya bagi perkhidmatan LRT antara Ampang dan Chan Sow Lin. 

"Pengguna dari Ampang yang ingin menuju ke Sentul Timur atau Putra Heights perlu menukar dan mengambil tren Laluan Sri Petaling di stesen Chan Sow Lin bermula pada 17 Julai 2016.

"Papan tanda informasi akan dipasang serta pengumuman juga akan turut dibuat. Pengguna yang ingin ke Putra Heights dari Chan Sow Lin akan menaiki tren dari Platform 1, manakala bagi destinasi ke pusat bandar pula pengguna perlu menaiki tren dari Platform 2A dan 2B.

Apa Salahnya Budiman Menjadi ADUN & Ahli Parlimen? #PRKSgBesar #SCS93

Posted: 16 Jun 2016 08:47 PM PDT


Antara kempen kotor DAP PAN di PRK Sungai Besar adalah serangan yang dilakukan ke atas calon Barisan Nasional (BN) dan PAS berikutan kapasiti mereka berdua sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN).

Kempen kotor yang cuba disebarkan adalah mereka tamak untuk menjadi Ahli Parlimen (MP), walaupun sudah bergelar ADUN. Tindakan calon BN dan PAS ini kononnya akan menjejaskan khidmat mereka kepada pengundi di Sungai Besar.
Namun DAP PAN terlupa bahawa YB Budiman Mohd Zohdi adalah anak jati Sungai Besar. Beliau dilahirkan di sini, bersekolah dan dibesarkan di sini, malah beliau sekarang turut berkhidmat dengan penduduk di sini. PAN (baca DAP) juga terlupa bahawa YB Budiman adalah merupakan ADUN Sungai Panjang, yang merupakan salah satu daripada dua kerusi DUN di bawah Parlimen Sungai Besar.

Oleh itu, bukankah YB Budiman sudah melakukan separuh kerja kepada Rakyat di dalam Parlimen Sungai Besar?

DAP PAN terlupa bahawa seorang ADUN bertanding MP dan sebaliknya bukan merupakan perkara baru. Tidak kurang dari 6 orang pemimpin pembangkang yang mempunyai dua jawatan iaitu sebagai MP dan ADUN. Bagi yang terlupa baca senarai di bawah:

1. DS Dr Wan Azizah Wan Ismail - ADUN Kajang dan MP Permatang Pauh.
2. DS Azmin Ali - ADUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak.
3. Lim Guan Eng - ADUN Air Putih dan MP Bagan.
4. Nga Kor Ming - ADUN Kepayang dan MP Taiping.
5. Ngeh Koo Ham - ADUN Setiawan dan MP Beruas.
6. TS Khalid Ibrahim - ADUN Port Klang dan MP Bukit Antarabangsa.

Lambang parti PAN yang sebenar adalah seperti di bawah:

Comments (0)